'Bangsat' Modal Untuk Beri Balang Oksigen Pada Umno - Ustaz Idris Ahmad

11:35 PM 0 Comments A+ a-



"Bangsat" Modal Untuk Beri Balang Oksigen Pada Umno.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad

Naib Presiden Pas

25/8/15

Bijak sungguh pemimpin Umno apabila hendak selamatkan kapal yang hendak karam kerana masalah dalaman yang melanda 1MDB. Ia bermula daripada Timbalan Presiden Umno, Naib Presiden Umno, mantan Perdana Menteri dan pemimpin Umno bahagian yang membangkitkan isu ini. Akhirnya DS Najib memberi gambaran dan meniupkan sentimen yang menakutkan tentang survival Melayu, jika Umno kalah. Melayu akan menjadi bangsat telah menjadi modal supaya oksigen diberi untuk Umno terus memerintah

Dengan harapan biarlah isu 1MDB yang melibatkan RM42 bilion, wang RM2.6 bilion yang masih menjadi misteri ke dalam akaun DS Najib, hutang negara sudah mencecah RM768.1 bilion, ringgit semakin lemah sehingga setengah negara tidak mahu menerima Rinnggit Malaysia. Pada pemimpin Umno biarlah apa hendak jadi kepada masa depan negara tidak penting. Pentingnya Umno mesti diselamatkan. Kerana mereka sedar, apabila Umno tumbang yang paling terkesan sekali ialah pemimpin Umno, kerana mereka menjadi jutawan segera selagi Umno berkuasa.

Realitinya Melayu merempat angkara daripada pemimpin Umno sendiri yang tidak amanah sepanjang 58 tahun merdeka. Berbagai dasar untuk orang Melayu, persoalannya siapa yang kianat amanah rakyat. Masihkah kita ingat tahun 1985 saham Bumiputera RM54 bilion, hanya berbaki RM2 bilion sahaja. Royalti untuk Kelantan dan Terengganu masih disekat bukankah ini negeri Melayu. Apa khabar saham FGV, hampir 100 peratus Melayu?. Melibatkan keluasan 365,000 hektar. Apa jaminan tanah ini pula tidak tergadai. Berapa banyak tanah rezab Melayu hilang selepas merdeka, pada hal penjajah mewartakan seluas 3 juta hektar.

Menjadi kebiasaan, Umno bergaduh kerana kek semakin kecil, manakala yang hendak makan pula terlalu ramai. Ia berpunca daripada keyakinan pelabur sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kerancakan nilai dagang di negara ini. Kayu ukurnya ialah nilai mata wang semakin merudum , malahan lebih parah daripada apa yang berlaku dihujung tahun 1990.



Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.