Perlu cara yang lebih telus dan bertanggungjawab dalam membentuk kewangan negara - Dr Mujahid Yusof

10:40 AM 0 Comments A+ a-



Semalam saya menyertai perbahasan memgenai bajet Kementerian Kewangan. Antara intipati-intipati utama perbahasan saya ialah;

1. Perlu cara yang lebih telus dan bertanggungjawab dalam membentuk kewangan negara supaya tercapai prinsip penting proses pembikinan bajet iaitu;

a) Pemakluman kepada orang ramai bajet negara yang akan dibentuk.
b) Adanya peluang dan ruang awam untuk terlibat dalam proses bajet
c) Adanya ruang secara institusi formal untuk meneliti sebelum bajet dibentang iaitu Audit dan Jawatankuasa Parlimen.


2. Apakah piawaian antarabangsa yang dipakai oleh kerajaan untuk memastikan proses bajet mengikut standard antarabangsa contohnya Code of Good Practices on Fiscal Transparency oleh IMF.

3. Jangkamasa sebelum, semasa dan selepas bajet dibentangkan dan bajet pindaan setelah dibahas dalam parlimen. Menolak bajet atau pindaan kepada bajet adalah perkara biasa kerana semnagat perbahasan bukanlah hanya untuk diluluskan tetapi dipinda malah mungkin ditolak. Ini amalan bajet yang telus dan bertanggungjawab.

4. Perlunya satu jawatankuasa Parlimen untuk pertanggungjawaban supaya keseluruhan perbelanjaan yang hendak diperuntukkan dapat dirasionalkan dan tidaklah perlu semasa perbahasan tanggapan buruk dan perbahasan tidak produktif berlaku kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu.

Isu bahas bajet lebih kepada sistem yang perlu dibentuk dan proses yang lebih telus. Tanpa sistem ini Ahli Parlimen Malaysia akan terus berbalahan kepada satu ketetapan yang telah pun keputusannya dibuat lebih awal lagi. Sistem dan proses inilah yang tidak dipakai dan dibaiki selama ini.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.