Perhimpunan Merah: Rakyat Diminta Bertenang dan Jangan Beri Reaksi - Tuan brahim Tuan Man
Perhimpunan merah: Rakyat diminta bertenang dan jangan beri reaksi
Rakyat Malaysia diminta bertenang dan jangan memberi sebarang reaksi kepada Perhimpunan Baju Merah yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.
Anda akan termasuk perangkap jika anda menyebarkan gambar-gambar perhimpunan yang membawa mesej perkauman di sepanduk dan banner yang disengajakan mereka.
Anda akan terkena perangkap jika anda mula berbicara mengenai insiden-insiden kurang enak yang terjadi di perhimpunan tersebut.
Anda akan termakan racun jika anda mula terasa hati dengan ucapan-ucapan yang dilaungkan di perhimpunan tersebut.
Itu yang dikehendaki mereka – di mana rakyat Malaysia sibuk dibuai dengan bicara perkauman.
Muslihat mereka jelas kerana tiada satu sepanduk mahupun banner mahupun sepatah ayat yang bertanya mengenai derma RM2.6 bilion milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kejatuhan nilai Ringgit, 1MDB dan juga inflasi yang sedang dihadapi rakyat.
Jangan biarkan muslihat mereka untuk mengalihkan tumpuan kamu berjaya.
Tindak-tanduk peserta Perhimpunan Merah bukanlah tindak-tanduk orang Melayu. Itu mirip tindak-tanduk Umno, yang sedang kita usaha untuk menumbangkannya di PRU14 bagi menghentikan kerosakan berterusan terhadap perpaduan nasional dan juga masa depan Malaysia.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16 September 2015
Sila kongsi artikel ini...