Tahniah Ainina Walau Dipecat UMNO,Keberanian Mu Umpama Mahsuri - Mahfuz Omar

12:31 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

TAHNIAH AININA WALAU DIPECAT UMNO,KEBERANIAN MU UMPAMA MAHSURI.

1. Tahniah Puan Ainina atas keberanian bertutur benar kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia yang berkuasa.Selepas 58 tahun merdeka Malaysia berjaya melahirkan seorang srikandi baru dari pulau lagenda Mahsuri Langkawi yang punya keberanian sehingga sanggup hilang kedudukan dalam parti pemerintah.


2. Pemecatan keahlian Umno keatas Ainina hanya kerana Ainina menyaman Presiden Parti ke mahkamah untuk meminta Presiden Umno yang juga PM menjelaskan secara terperinci tentang derma politik untuk Umno RM2.67 bilion yang dimasukkan kedalam akaun peribadi beliau. Inilah dia rupa perlembagaan Parti yang tidak demokratik sehingga ahli parti tidak dapat membersihkan parti dari salah guna kuasa yang merosakkan dan menghakiskan kepercayaan rakyat pada parti Umno.Pemecatan Ainina adalah salah guna kuasa perlembagaan untuk melindungi jenayah Presiden Umno.

3.Tidak wajar peruntukan perlembagaan diguna dalam kes ini keatas Ainina.Apa yang dilakukan Ainina sepatutnya dilihat Untuk kebaikan Umno.Tindakan Ainina setelah usaha mendesak Najib memberi penjelasan isu derma politk untuk Umno Rm2.67 bilion dalam akaun peribadi Najib tidak berkesan. Hingga kini Najib buat pekak badak saja. Apa lagi yang boleh dilakukan bagi seseorang ahli parti yang sayangkan Umno seperti Ainina.

4. Tahniah Ainina.Keberanian anda berdepan dengan Najib yang berkuasa umpama mengalirnya darah Mahsuri dalam tubuh anda.Teruskan perjuangan kebenaran ini walaupun tanpa Umno disisi mu. Rakyat Malaysia khususnya penduduk negeri Kedah yang berpayung Dibawah Duli Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berbangga memiliki wanita seperti anda yang menjadi Serikandi Bangsa untuk menegakan kebenaran dan keadilan untuk semua. Ayuh kami hulurkan salam perjuangan untuk kita bersama menentang salah guna kuasa dan ketamakan harta.

BERSAMA MENYELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

Dato' Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
8 Sept 2015/24 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.