Pengaruh vape di Malaysia - Muhamad Zulkhairie

12:12 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Rasmi.
5 Nov 2015.

Pengaruh vape di Malaysia.

Hari ini secara rasminya harga cukai tembakau yang dikenakan ke atas rokok di Malaysia telah meningkat sehinggakan menjangkau ke paras harga yang sangat tidak munasabah dan yang tertinggi didalam sejarah Malaysia. Harga sekotak rokok berjenama Dunhill telah mencecah sehingga RM 17.00 bagi 20 batang. Ini sekaligus jelas membuktikan bahawa wujudnya diskriminasi keatas perokok-perokok tegar yang ada di Malaysia.

Berbeza dengan negara jiran iaitu Singapura. Harga sekotak Dunhill pada tahun 2009 adalah Sgd 12.30 manakala harga pada 2015 adalah Sgd 13.00. Menunjukkan kenaikan sebanyak Sgd 0.70 sen sepanjang enam tahun. Ini sekaligus menyangkal dakwaan kerajaan bahawa jualan tembakau dunia menjunam teruk hingga mengakibatkan berlaku kenaikan mendadak pada harga rokok Malaysia.

Oleh yang demikian, ramai rakyat Malaysia di pelbagai peringkat umur telah beralih kepada alternatif baru iaitu E-cig atau lebih popular dikenali sebagai vape. Vape telah dibuktikan oleh sebuah kajian di negara maju United Kingdom bahawa ianya terbukti jauh lebih selamat berbanding rokok bertembakau dan rakyat Britain yang merokok disarankan supaya beralih ke arah rokok elektronik ini.

Lebih menggembirakan lagi adalah fenomena vape di Malaysia telah membuka banyak peluang perniagaan kepada anak muda bumiputra menceburi perniagaan melibatkan vape dan perkakasannya. Ada juga anak-anak muda Malaysia yang telah menunjukkan kepakaran dalam menghasilkan flavor atau perasa tersendiri yang mempunyai rasa asli Malaysia dan ini diiktiraf di program karnival vape peringkat antarabangsa yang dianjurkan di China baru-baru ini.

Namun demikian. Mutakhir ini jelas menunjukkan bahawa vape yang popular di kalangan anak-anak muda Malaysia jelas tidak disenangi oleh pihak2 tertentu sehinggakan wujudnya ugutan yang dikeluarkan berbunyi 'setiap perasa memiliki nikotin akan dirampas kerana rakyat Malaysia seharusnya menghirup udara segar dan bukannya vape'. Selaku seorang pengguna vape dan selaku anak muda Malaysia, ingin saya ajukan soalan kepada doktor tersebut. Dimanakah rasionalnya kenyataannya itu berkaitan udara segar sedangkan baru seminggu yang lepas kerajaan Malaysia gagal menangani jerebu teruk yang melanda Malaysia. Jerebu telah pun menjadi upacara tahunan wajib bagi kita dan doktor masih ingin menegaskan rakyat Malaysia berhak menghirup udara segar?

Selain itu, tindakan kerajaan yang telah pun mula bertindak menyerbu dan merampas barangan vape di kedai-kedai berdaftar di Malaysia jelas menunjukkan kerajaan serius cuba melancarkan perang ke atas komuniti vape di Malaysia. Kami di Solidariti Anak Muda Malaysia mengecam tindakan oleh kerajaan ini yang ternyata telah melanggar hak asasi rakyat. Kedai telah diserbu dan barangan dirampas ibarat melakukan kesalahan jenayah berat sedangkan kesemua peniaga itu mempunyai lesen perniagaan yang sah dan di tapak perniagaan yang sah.

Ini sekaligus jelas membuktikan bahawa kerajaan Malaysia memang telah bertindak menekan rakyat sehinggakan menentang sepenuhnya alternatif lain rakyat yang menyahut seruan kerajaan bagi berhenti merokok.

Muhamad Zulkhairie Bin Dzulcaply.
Solidariti Anak Muda Malaysia
blackparade505@gmail.com


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.