Kenaikan Elaun Perlu Setanding Prestasi - Ali Hanafiah Mohammed

7:40 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

KENAIKAN ELAUN PERLU SETANDING PRESTASI

Persada merakamkan ucapan tahniah kepada anggota pentadbiran dan ADUN Kelantan di atas kenaikan elaun seperti yang diluluskan dalam sidang DUN semalam. Kenaikan elaun tersebut yg antara lain adalah untuk diselaraskan dengan kadar elaun semasa negeri-negeri lain.


Namun demikian, dalam keadaan semasa rakyat jelata yang dihimpit kegawatan ekonomi, prestasi semasa kewangan kerajaan negeri disamping ‘perkembangan’ dalam pelaburan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang agak malap, keputusan menaikkan elaun tersebut merupakan satu langkah 'berani' yang boleh menimbulkan pelbagai reaksi semua pihak.

Mungkin lebih berani dan rasional sekiranya elaun anggota kerajaan yang lain termasuk guru-guru YIK turut diselaraskan sesuai dengan perkembangan semasa negeri-negeri lain.

Walau bagaimana pun, kita percaya kerajaan negeri mempunyai alasan yang jelas dengan mengambil kita pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi semasa serta komitment dan bebanan kerja yang ditanggung oleh anggota dewan.

Dengan kenaikan elaun tersebut, kita mengharapkan akan dimanfaat sepenuhnya oleh semua anggota dewan terutama yang bertanggung-jawab secara langsung dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat jelata.

Wassalam

Ali Hanafiah Mohammed
Presiden
Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Selangor & Kuala Lumpur
(PERSADA)

3 Nov 2015




Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.