Memo Bantah TPPA. Diterima oleh Pegawai Khas Menteri MITI.

8:35 PM 0 Comments A+ a-



Memo Bantah TPPA.
Diterima oleh Pegawai Khas Menteri MITI.

MEMORANDUM BANTAHAN
PEMETERAIAN PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA)
OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

kepada

Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia.

Daripada

JAWATANKUASA BERTINDAK BANTAHAN PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA) KONGRES RAKYAT BERSAMA 100 NGO.

25 Oktober 2015

“Ke Arah Menjamin Kedaulatan Negara dan Kebebasan Ekonomi dari Kuasa-Kuasa Asing”

Kami, sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dari kalangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang bergabung dalam Kongres Rakyat ingin menyampaikan bantahan terhadap kemungkinan kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA kepada Y.A.B. Perdana Menteri.

Seperti mana yang sudah sedia maklum, rundingan mengenai isi kandungan TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Ogos 2015 di antara wakil-wakil kerajaan melibatkan Malaysia dan 11 negara anggota yang lain di Atlanta , Amerika Syarikat . Mengikut 'time plan' yang dibentangkan oleh MITI, proses perdebatan Parlimen dan kabinet membuat keputusan akan berlangsung pada Januari tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, perjanjian TPPA telah mencetuskan kontroversi dalam beberapa aspek melibatkan bukan sahaja penguasaan ekonomi dan kedaulatan negara, malah berkaitan juga dengan pencerobohan terhadap undang-undang dan dasar negara.

TPPA jelas mengambil contoh teks Perjanjian Perdagangan Bebas US (USFTA) yang pernah digunakan semasa rundingan bilateral US dengan negara-negara lain termasuklah Malaysia. 43 daripada 63 negara yang terlibat dalam rundingan teks perjanjian berkenaan telah dilaporkan menarik diri. Begitu juga perjanjian TTIP yang merupakan TPPA 'versi Eropah' juga mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat di sana.

Sepanjang perundingan TPPA itu , ia telah berjalan dalam penuh kerahsiaan. Pada hal dalam perundingan terhadap teks perjanjian itu yang mengandungi 29 bab itu, ia menyentuh hampir semua hal ehwal kepentingan negara dan rakyat. Perundingan yang dijalankan secara rahsia inilah yang menimbulkan kesangsian rakyat. Kenapa perkara yang sebesar ini tidak mahu dirunding secara telus?

Kami ingin mengulangi pendirian bahawa perjanjian TPPA adalah berat sebelah apabila tidak "bermula di garisan yang sama" di samping tidak menyediakan padang yang sama rata.

Antara faktor utama yang mendorong kepada bantahan ini adalah isu kedaulatan negara (national sovereignty) disebabkan klausa 'Investor-State Dispute Settlement' (ISDS) yang jelas bakal mengheret Malaysia ke lembah bahaya. Meskipun kerajaan memberikan maklum balas bahawa Malaysia sudah mempunyai 74 perjanjian perdagangan dua hala yang turut memuatkan klausa tersebut, kami menegaskan bahawa implikasinya adalah tidak sama. Risiko negara dihadapkan ke Tribunal Perdagangan Antarbangsa yang berpusat di Amerika Syarikat akan membawa implikasi yang sangat berat kepada status ekonomi dan dasar negara. Malaysia perlu mengambil iktibar kepada beberapa negara seperti Kanada yang telah dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat pelabur Amerika Syarikat bila didapati melanggar perjanjian perdagangan yang di meterai dengan Amerika Syarikat.

Selain itu, kemampuan syarikat-syarikat tempatan bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi luar juga menjadi faktor penting penolakan kami terhadap TPPA.

Kami meyakini peranan dan keampuhan syarikat-syarikat tempatan yang begitu banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pihak kerajaan tidak seharusnya berkompromi dengan mendedahkan risiko syarikat tempatan ditenggelamkan oleh syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang mempunyai kedudukan kewangan, pengurusan dan tenaga kerja yang jauh lebih kukuh berbanding syarikat lokal di Malaysia.

Kami juga sangat prihatin terhadap isu hak harta intelek yang semakin hebat diperdebatkan oleh pelbagai pihak terutama dikalangan mahasiswa dan tenaga pengajar di bidang akademik. Kesukaran untuk mendapat akses kepada bahan kajian ilmiah dalam bidang pendidikan akan membeban mereka bagi menjalankan penyelidikan.
Kami mengesa YAB Dato Sri mengambil perhatian serius kepada pandangan yang dikemukakan Professor Jane Kesley dari Universiti Auckland. Beliau menyebutkan ; "TPPA has nothing to do with trade." Begitu juga pandangan Joseph E Stiglitz dan Adam S Harsh, tokoh ekonomi dunia yang menyebutkan "TPPA beyond just cutting tariffs and quotas, it also gives mandate changes in legal, judicial and regulatory".

Kewaspadaan dan pandangan kritikal pakar ekonomi dunia ini terhadap TPPA seharusnya diambilkira dengan serius oleh kerajaan.

Kami ingin mengingatkan bahawa penguasaan ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat hari ini bukan sahaja kerana mahu memonopoli perdagangan dunia tetapi lebih kepada penguasaan geopolitik antarabangsa. TPPA dan pelbagai perjanjian lain yang dimeterai dengan Amerika Syarikat bertujuan mengukuhkan kepentingannya dipelbagai arena dunia.

Kami mengesa agar YAB Dato Seri tidak mengambil keputusan menandatangani TPPA. Kami menyuarakan bantahan ini bersama dengan semua Ngo yang bergabung dengan Kongres Rakyat demi memastikan masa depan dan kedaulatan negara tidak terjejas.

Hj Mohd Azmi bin Abdul Hamid
Pengerusi Kongres Rakyat.

Sekian, terima kasih

Lampiran.

Senarai NGO - NGO yang bersama Kongres Rakyat untuk turut bersetuju membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melalui Memorundum Kongres Rakyat kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

1. Angkatan Belia Cemerlang Putrajaya
2. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
3. Angkatan Warga Aman Malaysia
4. Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)
5. Badan Kebajikan Pembangunan Insan Muslim Perak
6. Bangi Care
7. Gabungan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
8. Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (Gamis)
9. Gabungan NGO Professional Muslim Malaysia
10. Gabungan Pendidik Serdang (GPS)
11. Halwanis
12. Ikatan Ilmuwan Nasional
13. IMK
14. Jaringan Permuafakatan NGO Islam Perak
15. Kelab Kecacatan Fizikal Selangor (KKFS)
16. Kelab Profesional
17. KERABAT
18. KSPro - Kelab Siswazah Profesional
19. Langat Islamic Generation (LIG)
20. Maahad Darul Quran (MDQ)
21. Majlis Amal Hijrah Malaysia
22. Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan (MAKPEN)
23. Majlis Ketua Kampung Zon 5 (MKKZ 5)
24. Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Islam
Malaysia (MAPPIM)
25. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
26. Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK)
27. Majlis Professional Air dan Teknologi Hijau
28. Malaysia Youth Care Association (PRIHATIN)
29. Malaysian Indian Transformation Action Team (MITRA)
30. MAPIM Shah Alam
31. Markaz Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS)
32. MKK Jerlun
33. Momento 14
34. Muslim Care Malaysia Society
35. PERAKAN Kota Kinabalu
36. Sekretariat Anak Pahang Perantauan (SAPP)
37. Perkawati Care
38. PERKIM BTR
39. Permai Care
40. Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU)
41. Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK)
42. Persatuan Kebajikan AsSakinah
43. Persatuan Pendidikan Bushra
44. Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (BANGIKU)
45. Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Cawangan Kuala Terengganu
46. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia
47. Persatuan Prihatin Sahabat Sabah
48. Persatuan Profesional Muda Malaysia (IPRISMA)
49. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
50. Persatuan Teras Pendidikan Dan Kebajikan Melayu Malaysia
51. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
52. Persatuan Upaya Dhuafa dan Peduli Masyarakat
53. Persatuan Usahawan Melayu Progresif Selangor
54. Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH)
55. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
56. Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Sosial Islam Malaysia (PERDIM)
57. Pertubuhan Darul Muallim Selangor
58. Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri Selangor (FIKIR)
59. Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi)
60. Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia
61. Pertubuhan Kebajikan Amanah Prihatin Kulai Jaya (PKAP)
62. Pertubuhan Masyarakat Mampat Terengganu
63. Pertubuhan Pembangunan dan Kajian Insan Malaysia (PENGKAJI)
64. Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia
65. Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GENG USTAZ)
66. Pertubuhan Prihatin Sepang
67. PUTIS
68. Rahmat Care
69. Royalti - R Kelantan
70. Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)
71. Selayang Care
72. Sinergi Mahasiswa
73. Sinergi Mahasiswa Islam USIM
74. Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)
75. Tarbiyah Care
76. Tautan Rahmat
77. Wadah Permuafakatan Pertubuhan Islam Kedah
78. Wanita Dinamik
79. We Care Marang
80. Yayasan Amal Malaysia
81. Pertubuhan Maaruf Prihatin
82. Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS)
83. Pertubuhan Kebajikan Wanita Daerah Perak Tengah (PEKANITA)
84. Association of Muslimah for Nurture & Advocacy
(Pertubuhan Muslimah untuk Memupuk & Membela)(AMNA)
85. Pertubuhan Kebajikan Mawardah Parlimen Merbok
86. Tepoh Care
87. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
88. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
89. Pertubuhan Kebajikan Wanita Nurhikmah Kedah (Hikmah)
90. Pertubuhan Daie dan Ilmuan Muslim (DAIM)
91. Majlis Perundingan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS)
92. Persatuan Prihatin Pandan
93. Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat
Terengganu (Khairunnisa')
94. PERKIM Sentul Timur
95. Pertubuhan Kami Prihatin Malaysia
96. Pertubuhan Ummah Prihatin Selangor dan WP
97. PEMUDAH
98. JAPP
99. IPro UK Ireland
100. Sabah Care


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.