Saya Cabar Datuk Seri Liow Tong Lai Seperti Mana Saya Cabar Datuk Seri Hishamuddin Dahulu - Zulhazmi Shariff
SAYA CABAR DATUK SERI LIOW TIONG LAI SEPERTI MANA SAYA CABAR DATUK SERI HISHAMUDDIN DAHULU.
Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan memberitahu pemberita seperti dilaporkan dalam beberapa akhbar bahawa Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan akan meneruskan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES] selepas semakan semula perlaksanaan sistem tersebut selesai.
Liow dilaporkan berkata bahawa beliau akan mengumumkan perlaksanaan semula AES apabila tiba waktu yang sesuai.
Selain itu Liow juga turut menegaskan bahawa pengguna jalanraya yang menerima saman AES hendaklah membayar saman-saman tersebut walau pun AES masih di dalam semakan.
Saya ingin mengimbau kembali tarikh 18 Disember 2012 di mana Peguam Negara ketika itu mengumumkan bahawa semua prosiding saman AES di mahkamah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Sehingga kini penangguhan prosiding tersebut tidak pernah ditarikbalik oleh Peguam Negara walau pun Peguam Negara telah bertukar.
Saman ialah suatu perintah kehadiran ke Mahkamah, justeru apabila prosiding mahkamah ditangguhkan maka saman tersebut tiada sebarang kuatkuasa justeru penerima saman tidak perlu membuat apa-apa bayaran kompaun mahu pun ke mahkamah.
Malang sekali Liow seperti mana Menteri sebelum ini masih meminta penerima saman membayar kompaun dan denda sedangkan ianya adalah jelas suatu yang tiada keperluan.
Justeru saya sekali lagi mencabar Menteri Pengangkutan seperti mana saya mencabar Menteri Dalam Negeri dahulu, tunjukkan kepada saya peruntukkan Akta dan Peraturan mana yang memerlukan penerima saman AES membayar kompaun dan denda. Jika ada, saya akan membayar kesemuanya tetapi jika tiada, sila tarik balik kenyataan tersebut dan batalkan kesemua saman-saman AES yang telah dikeluarkan.
BERANI BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
17112015
Sila kongsi artikel ini...