Hujah Jijik Lagi Memualkan Untuk Mempertahankan Korupsi UMNO - Wan Ahmad Fayhsal

12:46 AM 0 Comments A+ a-

HUJAH JIJIK LAGI MEMUALKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN KORUPSI UMNO

Aku sakit hati baca hujah-hujah insan yang dangkal dalam membaca apa yang tersirat dalam tindakan-tindakan gampang segelintir pimpinan UMNO dan cyber troopers mereka yang kini telah tukar strategi dan terima hakikat bahawa demi Najib, akan mereka melacurkan diri mereka untuk menghalalkan dan justifikasi RM 2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

Sebab itu Najib takkan berani saman Wall Street Journal kerana mereka akhirnya selepas Tan Sri Muhyiddin jelaskan dalam rakaman curi baru-baru ini terpaksa akur bahawa wujud wang sebanyak itu dan telah masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan ini mengesahkan dakwaan WSJ memang ada asas!

Kata mereka yang masih berpaut pada dahan reput Najib, kita kena berhati-hati dengan fitnah takut berpecah Melayu.

Aku sakit hati baca hujah cetek dan dangkal sebegini.

Wahai penyokong yang dangkal, UMNO sendiri sedang menggali kubur orang Melayu. Mereka benar-benar telah khianat bukan saja orang Melayu tapi seluruh rakyat Malaysia kerana pecubaan demi percubaan batil menghalalkan wang yang ada dalam akaun peribadinya itu dan telah pun digunakan oleh Najib Razak ketika pilihan raya lalu.

Yang memecah belahkan orang Melayu kini adalah UMNO kerana menghalalkan rasuah RM 2.6 bilion. UMNO yang berdiri di belakang Najib Razak cuba menipu dan perbodohkan para pengundi dengan alasan dan hujah gampang bahawa tiada masalah untuk Presiden partinya menyimpan wang sebesar RM 2.6 bilion yang disyaki disalurkan dari SRC International Sdn. Bhd. dan daripada Timur Tengah seperti laporan WSJ.

Bodohnya kamu kerana walaupun telah jelas percubaan-percubaan jijik dalam mengaburi rakyat untuk menutup pekung korupsi mereka, kini penyokong ini masih mampu menganggap UMNO sebagai penyelamat umat sedangkan UMNO sudah hilang moral high ground. UMNO menipu kita semua! UMNO yang menjual negara sama juga seperti NGO yang mengambil duit haram daripada NED!

Penyelesaian bukan memilih antara dua kebatilan UMNO dan DAP tapi kembali kepada Raja-Raja Melayu dan Ulama' yang ikhlas dan jujur dalam memimpin ummah, bukan "rent seekers", kaki ampu dan penyanggak bangsa Melayu!

MALAH YANG DITUNTUT RAMAI BUKAN MENGGULINGKAN KERAJAAN APATAH LAGI UMNO SEBALIKNYA MEMINTA PENGUNDURAN NAJIB RAZAK KERANA TERPALIT DENGAN TUDUHAN YANG AMAT-AMAT MEMALUKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

ITUPUN SUSAH NAK FAHAM!




Wan Ahmad Fayhsal



--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.