Bank Negara Ada Hak Untuk Dakwa 1MDB - Wan Ahmad Fayhsal

11:01 PM 0 Comments A+ a-



BANK NEGARA ADA HAK UNTUK DAKWA 1MDB

Dengan pendedahan minit-minit mesyuarat 1MDB melibatkan Tan Sri Bakke Salleh, maka jelaslah sejelas-jelasnya kini kenapa Bank Negara pertama-tama sekali keluarkan notis "WANTED" kepada Casey Tang dan Jasmine Loo sewaktu Gani Patail masih jadi AG dan kenapa Bank Negara dakwa 1MDB di bawah Exchange Control Act.

Segala auta sarkis para penglipur lara 1MDB terbukti batil dan menghina Bank Negara dengan mempersendakan dakwaan Bank Negara hanyakerana 1MDB tak lengkap isi borang, "technical" saja. Casey Tang jelas menipu Lembaga Pengarah 1MDB yang asal di bawah pimpinan Tan Sri Bakke Salleh dan Jasmine Loo jelas menjadi pengantara kepada Jho Low.


Ini bermakna keputusan Peguam Negara tempoh hari adalah salah dan beliau tidak boleh lagi menolak kertas siasatan Bank Negara ke atas 1MDB kerana bukti penyelewengan adalah jelas.

Saya nak tengok semua golongan yang maki hamun Tun Mahathir, yang membakul sampahkan The Edge dan yang menghina saya seperti Tuan CFO Saiful Bahari Baharom (CEO Labuan IBFC), Tuan Haji CFO Azmi Arshad, Seademon, dan ramai lagi mengaku salah kerana memfitnah para pejuang yang telah menyiasat 1MDB dengan penuh profesional.

Adakah mereka berani lakukan perkara yang betul sebagai seorang Muslim? Atau mereka masih ingin bersifat angkuh seperti Iblis yang biarpun kebenaran jelas, masih ingin menafikannya dengan mentalbiskan kebatilan ke atas kebenaran?




Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.