Belanjawan untuk Internet - Dr MAL

10:35 PM 0 Comments A+ a-



Belanjawan untuk Internet

1. Memetik ucapan belanjawan hari ini "... meningkatkan kelajuan Internet luar bandar 4 kali ganda dari sehingga 5 Megabit sesaat, kepada 20 Megabit sesaat ...".

2. Bila dilihat terjemahan dalam The Star: "for rural broadband projects which will see a four-fold increase in Internet speed from 5 megabyte per second to 20 megabyte per second". Nampaknya mereka masih jahil untuk membezakan antara megabyte dengan megabit.


3. Walau apa pun, kenyataan ini menggambarkan kita sudah ada Internet di luar bandar sehingga 5 Mbps. Yang nampak hebat ialah "5 Mbps" dan "20 Mbps". Yang mengabui kita ialah perkataan "sehingga" - yang bermakna apa-apa kelajuan yang kurang daripada 5 Mbps!

4. Tentunya rancangan ini bukanlah untuk rumah kediaman. Saya agak ia berkaitan dengan perkhidmatan WiFi untuk pusat Internet luar bandar. Beberapa minggu lepas ada sebuah syarikat datang ke kampung saya di Sungai Buloh untuk buat kajian bagi memasang sistem WiFi berkenaan. Belum ada perkembangan.

5. Nampaknya tiada yang baru, kecuali peruntukan RM1.2B. Tentu kita boleh agak syarikat mana yang mendapat kontrak berkaitan.




Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.