Apa Yang Penting Ialah Sesi Terbuka Untuk Penjelasan - Nasrudin Hassan

10:50 AM 0 Comments A+ a-



APA YANG PENTING IALAH SESI TERBUKA UNTUK PENJELASAN

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


Tarikh : 18 Zulhijjah 1436 / 1 Oktober 2015

1. Sesi Prime Minister’s Question (PMQ) seperti yang diamalkan di United Kingdom harus dicontohi oleh Parlimen Malaysia. Ini adalah amalan praktis demokrasi terbaik yang memberikan peluang kepada Perdana Menteri untuk menjawab soalan-soalan penting yang melibatkan kepentingan awam sekitar 30 minit, sehari dalam seminggu.

2. Kita boleh merujuk contoh amalan yang dilakukan di United Kingdom menerusi laman informatif parlimennya, www.parliament.uk. Ini adalah contoh kematangan politik yang dipamerkan oleh ahli legislatif bagi menunjukkan sikap akauntabiliti dalam pentadbiran. Malah, lebih banyak lagi amalan yang boleh dicontohi dan difikirkan untuk mereformasi institusi Parlimen di Malaysia.

3. Akhir-akhir ini, terlalu banyak isu yang dipalitkan dengan kewibawaan Perdana Menteri. PAS telah menasihati Perdana Menteri untuk memberikan notis memanggil sidang khas Dewan Rakyat atau pembentangan kertas putih untuk menjawab isu-isu yang dikemukakan seperti skandal kewangan 1MDB, derma RM 2.6 bilion dan lain-lain lagi. Tetapi, ia masih tidak dilakukan.

4. Walau apa pun medium yang dicadangkan, PAS mahu Perdana Menteri memanfaatkan sesi khas di Dewan Rakyat bagi menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan selama ini dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang dilontarkan. Ia akan menjadi role model yang terbaik untuk dipraktikkan dalam sesi sidang mesyuarat selepas ini.

5. Malah Parlimen Belia Malaysia yang baru dilaksanakan telah lama dipraktikkan di United Kingdom. Di samping itu, mereka juga giat memberikan pendidikan politik kepada rakyat berhubung proses pendemokrasian di Parlimen melalui video animasi yang interaktif, program outreach dan lawatan ke sekolah-sekolah. Ia penting untuk mewujudkan rasa kebersamaan rakyat terhadap institusi Parlimen.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.