Corat-Coret Himpunan Aman Mengutuk Zionis Israel Berhubung Isu Pengepungan Masjid Al-Aqsa - Akhi Fairuz Al-Jengkawi
CORAT-CORET HIMPUNAN AMAN MENGUTUK ZIONIS ISRAEL BERHUBUNG ISU PENGEPUNGAN MASJID AL-AQSA
1. Dalam 1000 orang yang hadir.
2. Himpunan dihadiri lebih 40 NGO dan parti2 politik di Malaysia
3. NGO itu termasuklah MAPIM, IKRAM, ABIM, HALUAN dan lain2.
4. Juga kelihatan Pekida, Perkasa, Pemuda UMNO. Panglima ludah Armand Azha juga ada. Mujur beliau tidak meludah sana sini tadi.
5. Tiada pemuda PAS. Demo mereka di Masjid Jamek KL. Asalnya demo mereka di sini juga. Namun entah macam mana ditukar lokasi. Mungkin alergik dengan 'jebon2' dan 'pengkhianat' dari Parti Amanah agaknya, yang turut bersama. Salahuddin Ayub, Ust Abu Ghani Samsudin, Ustaz Ahmad Awang, Khalid Samad antara figura amanah yang hadir.
6. Cikgu Azmi dan wakil Abim menghantar memorandum ke kedutaan USA. Seperti biasa, duta US sentiasa mengelak untuk berjumpa. Hanya berjumpa security. Berjaya serahkan memorandum. Dan mereka 'berjanji' akan faks kan memorandum kepada Obama di Washington petang ini.
6. Sedang doa akhir dibacakan oleh Ust Ahmad Awang, seornag lelaki arab melintas depan aku dan tidak semena-mena tumbang di atas jalan raya. Aku panik dan tak tahu nak buat apa2. Mujur ada orang yang membantu menyedarkan beliau kembali. Ada sorg abang ni saat2 mencemaskan itu beliau keluarkan handphone dan rakam video. Kalau viral video tu, dialah punya kerja.
7. Ada juga provokasi dr pihak Perkasa. Bakar gambar Netanyahu. Akhirnya disuraikan oleh pihak keselamatan penganjur.
8. Namun, yang baiknya abang2 Perkasa itu jugalah yang mengutip botol2 air mineral yang ditinggalkan orang ramai selepas habis demo. Bagus bagus.
Tahniah kepada semua yang hadir. Semoga Allah merahmati kita dan membebaskan bumi AlAqsa. Allahuakbar!!
Sila kongsi artikel ini...