SUSU-KAN ANAK DI KHALAYAK: Antara Kelucahan & Hak - Dr Fathul Bari bin Mat Jahya

8:39 PM 0 Comments A+ a-



SUSU-KAN ANAK DI KHALAYAK: Antara Kelucahan & Hak

1. Heboh semalaya apabila trdapat sejumlah ibu-ibu mengadakan satu prhimpunan beramai2 menyusukan anak2 beserta media turut membuat liputan.

2. Sekadar pemahaman saya, tujuan diadakan flashmob trsebut adalah utk menggalakkan ibu2 tetap menyusukan anak dgn susu badan walaupun di tempat awam. Kerana trdapat ibu2 yg malu, lantas menggunakan susu bancuhan.


3. Dari satu perspektif, ianya dilihat satu kempen yg positif. Ia bersifat galakan utk ibu2 menyusukan anak dgn susu badan.

4. Cuma, saya ada beberapa teguran:

a) Nak berkempen silakan, tp x perlulah sehingga menyusukan anak di hadapan media2 yg merakam aksi kalian. Payu dara kalian bukan utk tontonan umum. Namun saya yakin kalian menutupi/melindunginya dengan baik. Moga2 tiada rakaman berniat jahat-insyaAllah.

b) Ibu-ibu yg dikasihi sekelian, Islam adalah agama yg berdisiplin. Pada masa yg sama, trdapat juga kelonggaran khususnya di saat yg memerlukan. Oleh itu, tindakan kita perlu lebih berimbang.

c) Menjaga aurat adalah salah satu disiplin dan tanggungjawab setiap muslim kepada Allah. Manakala menyusukan anak merupakan tanggungjawab seorg ibu kepada anak. Maka trdapat 2 tanggungjawab di sini. Apabila berlaku pertembungan di antara 2 tanggungjawab ini, bagaimana seorg muslim menyikapinya? Adakah dgn cara:

- mendedahkan payu dara sewenang2nya tanpa mengambil kira soal disiplin aurat?
- membiarkan anak menangis kelaparan?

Sebagai wanita muslimah, sudah tentu kalian menolak kedua2 cara di atas. Lalu bagaimana?

d) Imbangilah antara tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tanggungjawab sbg ibu. Caranya mudah; bersungguh2 menyusukan anak di samping bersungguh2 menjaga batas aurat. Bukan dgn cara "selamber" mengeluarkan payu dara kalian tanpa menghiraukan persekitaran yg memiliki niat pelbagai.

e) Kehidupan beragama adalah suatu hal trindah bagi yg memahami. Keterbukaan dalam beragama bukan bermaksud "liberal"kan agama sebaliknya ianya satu rukhsoh/kemudahan yg Allah sediakan utk hamba-Nya. Maka manfaatkan keterbukaan dan kemudahan trsebut dgn disiplin agama bukan liberalisme.

Wallaahua'lam.

p/s: kenyataan di atas bukan menuduh sesiapa, cuma ianya sekadar nasihat atas prinsip Islam itu bersaudara.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.