Kadang dunia ini serabut. Fasal 'breast feeding selfie' pun macam dah nak ribut. - Ije Qelate
Kadang dunia ini serabut.
Fasal 'breast feeding selfie' pun macam dah nak ribut.
oleh :
Ije Qelate
Hari ini kita ada akaun Facebook, yang suka viralkan pendedahan itu ini. Kononnya amar makruf nahi munkar. Alasan - dah dia pergi tayang kat Facebook dia, saya kenalah terangkan kepada umum.
Tak salah. Terangkan elok-elok. Kenapa dan mengapa ianya tidak bagus. Kita tak perlu viralkan gambar, viralkan orangnya. Tak perlu guna laras bahasa yang memperleceh, menghina atau sebagainya.
Seterusnya datanglah pula gelombang kedua - retaliation. Golongan pro-selfie-breast feeding pula mula berganding bahu muat naik gambar masing-masing tengah breast feeding.
Breast feeding, satu aktiviti yang pada saya sangat personal antara seorang ibu dan anak, yang punya banyak manfaat dan khasiatnya, yang tidak salah bahkan digalakkan pula di dalam Islam, menjadi bahan tayangan yang menjelekkan. Bahkan ada yang sampai tak segan silu muat naik gambar yang tidak menutup aurat.
'Breast feeding' memanglah bagus. Tetapi tidak perlu kita ber'selfie' sebelum nak breast feeding. Untuk apa? Nak promot breast feeding, perlukah sampai begitu sekali rakan-rakan? Cuba fikirkan dalam-dalam. Samalah macam yang jadi polis-polis Facebook, nak tegur orang(untuk pengajaran ramai) sampai perlu ke muat naik gambar, tayang nama, dan sebagainya?
Dulu zaman tak ada Facebook, kalau bergaduh dua orang ni, atau dua golongan ni, habis di situ sahaja. Bila zaman Facebook, habis orang lain ditarik sekali untuk sibuk sama. Baik sibuk sokong, atau sibuk bantah.
Semuanya kerana kita terperangkap dengan kemudahan yang tersedia di hadapan kita - Facebook, Media Sosial dll. Kemudahan yang patutnya kita gunakan sebagai jalan untuk mendekatkan kita, jadi jalan pemecah belah. Kemudahan mencari pencerahan, menjadi jalan pergaduhan. Kemudahan untuk promosi benda baik, jadi jalan promosi benda bukan-bukan. Kemudahan untuk berdakwah, jadi jalan untuk buat hukuman ke atas orang.
Selfie tunjuk kita tengah breast feed itu masalah, yang sibuk viralkan konon nak betulkan hal ini pun masalah. Perkara yang pada saya asalnya kecil dan patut boleh setel cara lebih baik antara mereka sahaja, namun atas sikap masing-masing, mengheret banyak pihak dan mula berpanjangan.
Menyentuh berkenaan breast feeding, ianya bagus, digalakkan. Berkenaan 'public breast feeding' pula, jika ada tempat tertutup, afdholnya kita usahakan pergi ke tempat tertutup. Jika tidak, kita cuba sehabis baik untuk jaga aurat kita. Tapi sampai nak selfie? Cuba fikir dengan minda yang waras rakan-rakan. Ada banyak lagi cara yang lebih beradab dan terjaga untuk motivasikan ibu-ibu breast feeding.
Adakah kroniknya penyakit selfie ni sampai breast feeding pun kita nak selfie?
"Salah ke? Kan tutup aurat?"
Lelaki tak pakai baju, tutup pusat sampai ke lutut, pun tutup aurat. Tapi kita rasa beradab tak dia pergi tempat public pakai seluar tutup pusat sampai lutut sahaja?
Sikap ini perlu diperiksa semula.
Saya ada isteri, dan isteri saya sangat komited breast feed anak-anak. Ada masa memang pernah isteri saya breast feed di tempat public. Tapi saya akan 'shield' isteri saya dari pandangan ramai. Kalau ada pilihan ke tempat yang lebih tertutup, isteri saya akan utamakan ke sana, walaupun saya boleh lindungi isteri saya. Kalau isteri saya breast feed anak di dalam kereta, yang mana ada hanya ahli keluarga - mahram lelaki - dia akan berselindung di hujung tempat duduk belakang. Begitu. Itulah adab pada saya.
Jadi untuk nak pergi selfie kita tengah breast feed anak kita - walaupun tutup aurat dan tidak terdedah - pada saya tiada keperluannya. Maka saya harap kegiatan breast feed anak itu dapat diteruskan, tapi kegiatan breast feeding selfie itu dapat dihentikan.
Akhir sekali kepada kaki suka viralkan sesuatu dengan alasan nak perbetul, ada situasi memerlukan kita bertindak sedemikian. Namun ada situasi yang tidak. Saya dulu pun kadang teruja, tapi alhamdulillah, Allah berikan teguran dan pengajaran. Sekarang cuba lagi nak perbaiki diri. Saya faham kadang kita teruja, lebih-lebih lagi bila kita ada kelebihan untuk 'viral'kan satu-satu isu - mungkin kerana punya followwer yang ramai dan komited. Hampir semua benda kita nak sibukkan, kita nak bersuara, kita nak betulkan depan follower kita. Kadang perkara itu boleh selesai dengan cara lain yang tak perlu libatkan publik.
Saya tidak pasti jika rakan-rakan rasa suasana ini suasana yang baik. Tapi saya pernah menjadi mangsa public bashing. Jadi saya sangat anti-public bashing dan public shaming.
Kalau viralkan kes rompakan, viralkan wajah penjenayah yang diburu polis, viralkan pencarian orang yang hilang, viralkan promosi infaq, viralkan isu salah guna harta awam, viralkan penentangan kepada kezaliman, mungkin saya boleh nampak manfaatnya.
Tapi dalam nak perbetulkan kesilapan dan kesalahan individu - walaupun mungkin individu tersebut menayang-nayangkan tindakan salahnya pada awam - pada saya memviralkannya bukan jalan pertama & utama. Lebih-lebih lagi individu yang tak ada follower seramai mana. Kita ada follower ribu raban, kita viralkan pula dia punya kesalahan. Pada saya tak patut.
"Ala, kan nak tegur untuk insaf."
Ya, bagus tegur. Bagus hajat orang insaf. Tapi gunakan cara yang bijaksana. Public shaming atau public bashing, bukan caranya. Kita boleh sahaja ulas perkara yang silap tersebut tanpa memberi fokus kepada si pembuatnya. Kita boleh gunakan bahasa yang terbaik. Angkat perbahasan dengan cara yang matang.
Saya sentuh isu ini bukan untuk kita fokus isu ini semata-mata. Namun saya ingin mengajak diri saya dan rakan-rakan, untuk kita sama-sama muhasabahkan suasana di sekeliling kita hari ini.
Kita tahu, cerita hari ini hanyalah simptom kepada masalah yang lebih mengakar. Cerita sebegini sebenarnya hanya skrip yang telah berulang-ulang dengan lebih kerap kebelakangan ini, hanya tukar watak dan isu sahaja. Masalah sistem, masalah life style, masalah kefahaman kita terhadap Islam dan pembumiannya dalam segenap penjuru hidup kita.
Jika kita tengok di instagram sahaja contohnya, di bahagian 'search', kita akan nampak 1001 ragam rakyat Malaysia yang kehidupannya dah tak macam Muslim/Muslimah walaupun mereka berbangsa melayu beragama Islam. Lebih teruk dari selfie breast feeding. Adakah kita akan viralkan satu persatu untuk perbetulkan semuanya?
Kita patut benar-benar duduk sebentar dan bermuhasabah akan suasana sekarang. Entah masa hadapan yang bagaimana akan kita sama-sama wariskan kelak untuk generasi seterusnya, jika kita semua, masing-masing tidak bertindak untuk melakukan perubahan, bermula dari diri masing-masing.
Sama-samalah kita.
Sila kongsi artikel ini...