MARA Terus Diperkudakan - Khairul Anuar Md Nasir

1:23 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

MARA Terus Diperkuda.

Nadi Rakyat mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya keputusan kerajaan melalui Majlis Amanah Rakyat(MARA), yang akan menamatkan tajaan biasiswanya kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Taylors College.


Tindakan drastik dan tidak bertanggungjawab ini dilihat sebagai misi membalas dendam kerajaan kepada pihak pengurusan universiti tersebut terhadap konflik penganjuran sebuah perhimpunan baru-baru ini.

Menjadi fokus Nadi Rakyat adalah, mengapa pelajar yang menjadi mangsa? Mengapa perlu memperjudikan kepentingan pelajar dalam misi menimba ilmu?

Nadi Rakyat ingin mengingatkan semula kerajaan serta MARA akan misi dan visi MARA itu sendiri ditubuhkan. Bukankah ianya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakyat?

Justeru itu Nadi Rakyat mendesak agar keputusan penarikan tajaan MARA kepada bakal pelajar-pelajar Taylors College ini segera ditarik balik. Seperti kata pepatah, 'jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pula yang dibakar'.

22 Sep 2015

Khairul Anuar Md Nasir
Ketua Penerangan Nadi Rakyat

s


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.