Apa Najib Tun Razak Dan Shahril Samad Nak Pertikai Tan Sri Muhyiddin Serta Dato Seri Shafei Apdal Hadiri Program Khas - Khairuddin Abu Hassan
APA NAJIB TUN RAZAK DAN SHAHRIL SAMAD NAK PERTIKAI TAN SRI MUHYIDDIN SERTA DATO SERI SHAFEI APDAL HADIRI PROGRAM KHAS
Kenapa najib tun razak dan shahril samad kini nak pertikaikan kehadiran tan sri muhyiddin untuk berucap pada program khas di kelab sultan sulaiman semalam?!
Kepimpinan umno di bawah najib tun razak ditadbir seolah-olah parti keramat melayu ini adalah milik 'bapa' mereka!! Segalanya diurus-tadbir mengikut citarasa sendiri tanpa mempedulikan lagi tradisi, etika dalam perlembagaan serta juga kehendak ahli-ahli umno di peringkat akar umbi!!
Hak tradisi timbalan presiden untuk merasmikan mesyuarat agung sayap-sayap umno dan membuat ucapan penggulung telah disekat!! Begitu juga dengan hak naib-naib presiden untuk berucap pada ucapan penggulung di perhimpunan agung umno turut disekat!! Hanya presiden seorang yang nak bercakap pada sesi penggulungan!!
Apakah najib tun razak ni syok sendiri dan tak sedar bahawa majoriti daripada ahli-ahli pun dah menyampah dengan gaya kepimpinan ala 'otokratik' beliau!! Kulit najib tun razak lebih tebal dari kulit kerbau!! Beliau adalah seorang yang tak tahu malu!!
Apakah kepimpinan umno masakini nak buktikan?! Tradisi umno mereka pecahkan hari ini!! Perlembagaan umno juga tidak diikut lagi ketika melucutkan keahlian atau jawatan seseorang ahli yang tidak sehaluan dengan kepimpinan merepek mereka!!
Ahli-ahli majlis tertinggi umno hanyalah 'pak pacak' serta dijadikan seperti 'lembu dicucuk hidung' yang hanya tahu mengangguk secara membuta tuli!! Kalangan kaki-kaki bodek minda lemah otak udang ini tak berani langsung untuk melontarkan pemikiran bernas ataupun berdebat keatas semua keputusan-keputusan yang dibuat secara tidak popular pada mesyuarat mkt!!
Sebab itulah umno hari ini dilihat sebagai sebuah parti politik 'haprak' yang dibenci bukan saja oleh rakyat jelata tetapi juga di kalangan ahli-ahli umno akar umbi!!
Sekiranya inilah cara kepimpinan umno yang diterajui oleh najib tun razak pada masakini; yakinilah selepas perhimpunan agung umno nanti parti ini akan terus ditolak secara berterusan oleh orang-orang melayu di tanahair kita!!
Pemimpin-pemimpin umno yang bangang, buta mata serta buta hati inilah yang sedang merosakkan parti dan dalam masa yang sama mereka cuba menyalahi orang lain!!
Puak-puak bangang inilah yang harus diambil tindakan sekiranya umno terus ditolak oleh orang-orang melayu natijah daripada tindakan bodoh serta keangkuhan mereka selama ini!!
Sila kongsi artikel ini...