Duit 1MDB USD 700 Juta ke Akaun Peribadi PM.
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
1. Pendedahan yang dibuat oleh akhbar Wall Street Journal yang bertarikh 2 Julai 2015, yang mengaitkan perpindahan wang 1MDB ke akaun peribadi PM Dato' Seri Najib Razak sebanyak USD 700 juta (RM 2.67 billion) adalah suatu mengejutkan banyak pihak.
2. Dakwaan ini sangat serius kerana ia melibatkan imej negara, lebih-lebih lagi Malaysia yang diuar-uarkan sebagai negara Islam contoh. Tindakan memindahkan wang negara ke dalam akaun peribadi seorang Perdana Menteri adalah bukti ketirisan dan penyelewengan.
3. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak wajib menjawab segala dakwaan ini bagi membersihkan imej negara. Sekiranya dakwaan ini tidak benar, beliau dicabar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal.
4. Satu persatu penyelewengan dan ketirisan didedahkan sepanjang pemerintahan UMNO dan BN, menandakan kegagalan Parti pemerintah menerajui negara, sudah hampir ke penghujungnya. Semua slogan cekap, efisyen , transformasi dan sebagainya adalah laungan palsu dan penuh dengan penipuan.
Sekian.
Sila kongsi artikel ini...