Majlis Raja Raja Melayu Perlu Bersidang Segera Tangani Krisis Kepercayaan Terhadap PM dan Kerajaan - Mahfuz Omar

10:11 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

MAJLIS RAJA RAJA MELAYU PERLU BERSIDANG SEGERA TANGANI KRISIS KEPERCAYAAN TERHADAP PM DAN KERAJAAN.

1. Krisis politik yang berlarutan dalam negara sekarang mengakibatkan fokus kepada membangunkan negara dan rakyat telah tersasar daripada kerangka matlamat pembanggunan negara.

2. Krisis ini telah menjadi krisis kepercayaan terhadap PM dan Kerajaan yang dilihat mahu melindungi jenayah politik dan ekonomi yang jelas merugikan rakyat dan negara. 1MDB, pengumpulan kekayaan keluarga Najib serta sikap pak turut (Hang Setia) anggota kabinet dan pimpinan tertinggi Umno Bn serta Pegawai Tinggi Kerajaan khususnya PDRM bakal meruntuhkan negara.

3. Demi menyelamat dan melindungi rakyat dan negara, Majlis Raja-Raja Melayu perlu untuk bersidang segera bagi mengambil langkah dan perjalanan demi melindungi Rakyat dan Malaysia tercinta. Keseluruhan Kabinet Kerajaan yang ada tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Maka, sebuah Kabinet Kerajaan Peralihan perlu dibentuk sebelum mendapat mandat baru daripada rakyat dalam tempoh yang segera.

4. Saya percaya dengan penglibatan kebawah Duli-Duli Tuanku semua akan dapat merungkai permasalahan krisis yang dihadapi seterusnya melindungi dan menyelamatkan rakyat dan negara daripada keadaan yang lebih buruk.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA".

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

10 Ogos 2015/25 Syawal 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.