Zahid Hamidi Berikan Isyarat Umno Akan Hilang Dominasi Kuasa Politik Kalau Masih Pertahan Najib - Mahfuz Omar

11:06 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

ISU AKUAN BERSUMPAH JATUHKAN KERAJAAN : ZAHID HAMIDI BERIKAN ISYARAT UMNO AKAN HILANG DOMINASI KUASA POLITIK KALAU MASIH PERTAHAN NAJIB.


1. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tiba-tiba menimbulkan kononnya wujud Akaun Bersumpah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedang diusahakan oleh pihak tertentu dalam umno untuk mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang. Sedangkan saya sebagai Ahli Parlimen Pembangkang sendiri tidak mengetahuinya.


ZAHID TPM PALING SINGKAT

2. Jika benar sekalipun ada usaha tersebut, ia bukan suatu yang menyalahi Perlembagaan dan Perundangan negara seperti mana Umno BN pernah lakukan untuk merampas Kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Tetapi persoalannya, apa perlunya Zahid dedahkan kepada khalayak umum? Ianya tidak lain menunjukan kegelisahan yang sangat dibimbangi oleh Zahid kerana jika usaha undi tidak percaya terhadap PM berjaya, Zahid akan menempah sejarah baru Politik Malaysia (Malaysian Book Of Record) sebagai TPM paling singkat. Sebenarnya Zahid berada dalam keadaan sangat tidak selesa.

ZAHID MAHU NAJIB TURUN SECARA TERHORMAT.

3. Melalui pendedahan Zahid sebenarnya, beliau sedang memberi isyarat kepada pimpinan Umno supaya memberi tekanan ke atas Najib agar melepaskan jawatan secara terhomat bagi mengelak daripada berdepan dengan undi tidak percaya. Zahid mengguna kaedah psikologi yang cukup mendalam kononnya demi Umno Najib kena berundur. Hakikat sebenar ialah demi untuk beliau tidak menjadi TPM paling singkat, sekaligus upaya melangkah lebih jauh mengintai peluang untuk menjadi PM paling tidak pun sampai PRU 14.

SAYA DOAKAN RAKAN SAYA BERJAYA.

4. Saya perlu akui kehebatan sahabat saya ini dalam mencaturkan kedudukan dan masa depan politik beliau. Saya doakan beliau berjaya. Namun berhati-hati lah wahai sahabat ku, kerana Najib juga sedang memerhati sepak terajang kamu. Masa depan Najib hanya akan selamat jika Zahid tidak khianat. Apakah begitu realiti politik umno?

Tunggu kesudahan episod seterusnya peperangan dalaman Umno.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

16 Ogos 2015/1 Zulkaedah 1436



Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.