malaysia Pasca-TPPA, Bagaimana - Wan Ahmad Fayhsal
MALAYSIA PASCA-TPPA, BAGAIMANA?
Berkerut dahi saya memikirkan tadi samada nak ulas atau tidak ceramah Mao Zedong bertajuk "US Imperialism is a Paper Tiger" depan Tun Mahathir (yang tidak sihat tapi gagahkan diri juga untuk hadir) dan tetamu istimewa DS Abdul Wahid Omar dalam Sidang Kemuncak Bantah TPPA 2016.
Saya tidak sempat ulas sebab masa terhad dan saya harus tumpukan tugas saya sebagai emcee.
Kita tidak boleh fahami TPPA sekadar mengkaji teks TPPA. Kena lihat konteks keseluruhan- dari segi sejarah seperti Doktrin Truman sampailah apa yang berlaku di Syria.
Sebab itu penting sekali kita faham Tanah Besar China kerana dialektika dengan "imperium maius" Amerika Syarikat.
TPPA adalah reaksi balas kepada China - full stop.
Ianya pada satu tahap untuk kepentingan Imperaturia Amerika dan juga pada tahap yang lain untuk golongan kapitalis sekular keturunan Syarikat Hindia Timur yang menjajah Timur melalui perjanjian perdagangan bebas seperti Perjanjian Pangkor.
Saya selitkan tadi dalam ucapan ringkas saya bahawa mendiang Lee Kuan Yew, seperti yang dibocorkan dalam cable Wikileaks yang utarakan TPPA kepada Amerika pada 2007 untuk "berikan pilihan buat rantau ini bagi mengimbangi China".
Kita akan tandatangani TPPA. Keberangkalian 99% itu sudah ada. Lihat saja Tok Pa ronda satu Malaysia dan apa mesej beliau.
Saya memang dah lama sedar hal TPPA ini adalah "fait accompli". Tanda-tanda banyak.
Apa pilihan kita ada? Buat masa ini tiada.
Tapi akan datang insha Allah. Saya yakin. Kita perlu pemimpin baru yang bijak yang faham high level politics dan geopolitik.
Dengan itu kita dapat "taper" impak Malaysia di bawah TPPA malah dengan izin Allah kita boleh ambil semula aset negara yang terjual kepada China oleh 1MDB.
Solusi tersebut tidak ada dalam Malaysia. Kita buat masa ini sudah kalah. Perlukan 10 tahun untuk betulkan "the Lost Decade".
Jemput tonton rakaman para pembentang yang pakar dalam menerangkan ancama TTPA dalam channel Youtube ISMA (https://www.youtube.com/channel/UCoOedDJCaBK1ObTYPCJKHNw)
Tahniah kepada Sekretariat Bantah TTPA khususnya MTEM, Third World Network, CAP, SAM, PERKASA, ISMA, ABIM, dan ramai lagi NGO, sarjana yang menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk didik rakyat memahami ancaman yang rumit ini.
Jangan mengaku kalah. Allah haramkan kita bersifat fatalisme. Biarpun Malaysia di bawah TPPA kita akan mampu mendepani cabaran bersama selagi mana kita tidak ekstrim antara sesama kaum dan agama.
Melayu perlukan sokongan kaum Cina, India (ketepikan cauvinisme masing-masing) dan juga negara-negara yang boleh beri imbangan kepada Amerika dan China.
Belajar daripada Argentina, Brazil, Vietnam, Indonesia yang telah lama menjadi "vassals".
Jangan lupa kes Mahkamah TPPA yang dibawa ABIM pada 12hb ini di mahkamah tinggi dan juga rapat umum 23hb di Dataran Merdeka.
Sila kongsi artikel ini...