Bila sebut ttg isu bauksit ni, saya nak kongsikan pengalaman sy sepanjang tahun lepas dealing dgn kes2 yg melibatkan bauksit ni. - Salkukhairi Abd Sukor

4:47 PM 0 Comments A+ a-



Bila sebut ttg isu bauksit ni, saya nak kongsikan pengalaman sy sepanjang tahun lepas dealing dgn kes2 yg melibatkan bauksit ni.

Kes 1

Saya pernah didatangani oleh seorang makcik dn anak lelakinya, pemilik tanah ladang yg dipercayai mempunyai mineral bauksit di dalamnya.

Mereka jumpa sy mengadu yg ada satu syarikat pemaju, telah mendesaknya tandatangan satu perjanjian usahasama utk membina projek perumahan.

Setelah perjanjian usahasama tersebut ditandatangani, dan deposit saguhati dibayar kpd mereka, rupa2nya pemaju tersebut bercadang utk korek bauksit dlm tanah mereka tnpa pengetahuan mereka.

Yg menjadikan mereka tertekan, pemaju tersebut telah masukkan kaveat keatas tanah tersebut dan geran asal tanah tersebut telah diserahkan kpd pemaju.

Nasib baiklah tindakan segera diambil sebelum pemaju tersebut sempat menjalankan kerja2 pengorekan.

Setelah beberapa bulan sy kejar dan mendesak pemaju tersebut, akhirnya mereka bersetuju utk membatalkan perjanjian usahasama tersebut dan menarik balik kaveat serta mengembalikan semula geran asal kpd tuan tanah tersebut.

Syukur, alhamdulillah, terselamat satu tanah org kampung.


Kes 2

Sy didatangani oleh tuan tanah, broker dan tokey syarikat perlombongan bauksit , mintak sy sediakan satu perjanjian utk perlombongan bauksit.

Setelah berbincang dgn tn tanah, sy mencadangkan beliau mengenakan deposit yg tinggi kpd syarikat tersebut dan sekiranya didapati syarikat pengusaha melakukan sesuatu perkara yg melanggar perjanjian dan /atau undang2 berkaitan dgn urusan perlombongan bauksit atas tanah beliau, deposit tadi secara otomatik dianggap hangus.

Tujuan sy mencdgkan syarat2 begitu adalah semata-mata utk melindungi hak dan kepentingan tuan tanah.

Akhirnya, mungkin disebabkan syarat2 yg agak ketat, syarikat pengusaha tersebut tidak jadi utk proceed dgn perjanjian.

Syukur alhamdulillah, terselamat lg satu tanah orang kampung.


Kes 3

Sy didatangi oleh seorang broker yg mintak sy mewakili beliau dan team nya sbg org tengah utk dptkan satu tanah org kampung utk tujuan perlombongan bauksit.

Sy mintak dgn beliau beberapa dokumen sblm sy boleh mewakili beliau. Sy yakin beliau tk mampu utk provide dokumen2 tersebut. Dan sy juga menetapkan stakeholder fee sebanyak rm2k sehari jika hendak mintak sy jadi stakelder utk perlepasan komisyen. Kalau mereka mendakwa boleh dpt puluhan ribu ringgit sehari hasil drpd jualan bauksit tersebut, apalah sgt dgn rm2k tu.

Mungkin agak terkejut dgn syarat-syarat sy tersebut agaknya, akhirnya dia x jadi utk buat agreement dgn sy.

Syukur alhamdulillah terselamat lagi satu tanah orang kampung.


Kes 4

Ada juga tuan tanah yg dtg jumpa sy utk mintak sy selesaikan masalah mereka setelah mereka rasa tertipu dgn syarikat pengusaha bauksit.

Yang itu sy mintak maaf awal2..mmg sy tk mampu nk bantu..kalau sblm sign agreement dan serahkan tanah hari tu dtg jumpa sy mungkin sy boleh bantu..Ttp sekarang bila dah terkena baru nk cari peguam, sy fikir sy tidak mampu untuk membantu. Mungkin boleh rujuk dgn peguam lain. Itupun kalau mereka nak ambil kes tersebut. Sy hanya mampu berdoa agar urusannya dipermudahkan .

Prinsip sy, sy tk kisah tk dpt buat agreement utk urusan tersebut. Mungkin bg sesetengah org ia spt seolah-olah menolak tuah. Ttp bagi sy, matlamat sy adalah utk menyelamatkan tanah org2 kampung drpd menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak yg tidak bertanggungjawab.

Apalah gunanya mendapat legal fees yg tinggi, sedangkan tnpa disedari kita menyumbang saham sama utk menghancurkan bumi dan bangsa kita sendiri.

Sy tidak sanggup disoal oleh Allah Taala diakhirat kelak kerana subahat sama dlm kerja2 tersebut.

Marilah sama2 kita berdoa agar Allah pelihara negeri dan negara kita drpd sbrg musibah dan bala bencana.


s


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.