AMK Gesa Kerajaan Benarkan DS Anwar Dapat Rawatan - Nik Nazmi

5:20 PM 0 Comments A+ a-



AMK MENGGESA KERAJAAN BENARKAN DS ANWAR DAPAT RAWATAN

Angkatan Muda KEADILAN ingin menggesa pihak Kerajaan Persekutan untuk membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan rawatan pembedahan dengan kadar segera.

Sebarang penangguhan di dalam pemberian rawatan kepada beliau hanya akan memudaratkan lagi keadaan. Seperti yang telah dinyatakan oleh peguam-peguam Anwar, permohonan ini telah dibuat sejak Februari tanpa sebarang komitmen oleh pihak kerajaan untuk menyediakan rawatan yang baik sehinggalah keadaan beliau menjadi semakin parah seperti sedia ada.

Pakar perubatan yang dirujuk oleh keluarga Anwar juga berpendapat bahawa beliau memerlukan rawatan pembedahan segera ke atas bahu kanannya, namun begitu sehingga sekarang kebenaran masih belum diberikan.

Dalam pada itu, pakar yang menjadi ketua panel yang dirujuk oleh pihak kerajaan pula, Dr S Jeyaindran, sudah mempunyai sejarah layanan yang buruk kepada Anwar sejak 2003.

Kami menggesa pihak kerajaan untuk segera membenarkan Anwar mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan menggantikan Dr S Jeyaindran dengan pakar yang lain untuk mengetuai panel rujukan perubatan.

Sebarang penangguhan hanya membuktikan sekali lagi bahawa BN sememangnya ingin berlaku kejam kepada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Malaysia.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.