Kerajaan BN Tiba-Tiba Jadi Pemalu Beri Alasan Kenaikan Harga Minyak - Mahfuz Omar

10:59 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

KERAJAAN BN TIBA-TIBA JADI PEMALU BERI ALASAN KENAIKAN HARGA MINYAK .

1. Hari ini 1 Oktober menyaksikan kenaikan harga minyak Petrol dan Diesel di seluruh negara. Kenaikan ini pada waktu harga minyak dunia mengalami kejatuhan antara 8-10%. Sesuatu yang sangat pelik ketika harga runcit minyak di seluruh dunia tidak mengalami kenaikan tetiba harga runcit di Malaysia naik 10 sen.


2. Kerajaan nampak macam pemalu sedikit pada kali ini untuk memberikan alasan kenaikan seperti biasa yang diberikan dengan bersandarkan kenaikan harga minyak dunia. Jarang kerajaan mempunyai sifat pemalu seperti ini.

3. Persoalannya, kenapa kenaikan ini berlaku pada ketika Malaysia mempunyai 35 orang Menteri Kabinet. Sepatutnya 35 Menteri Kabinet perlu berfikir bagaimana untuk mengelakkan kenaikan yang akhirnya memberi beban pada kehidupan rakyat. Saya pasti kenaikan ini tiada dapat dielakkan kerana Malaysia mengalami kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia.

4. Tetapi mengapa Kerajaan tidak menambahkan jumlah suntikan subsidi bagi mengelakkan kenaikan harga minyak khususnya Ron 95 Diesel? Apakah dengan 35 orang Menteri Kabinet dengan 2 Menteri Kewangan tidak menemui jalan untuk menambah subsidi atau pun mereka hanya sekadar mencari sumber kewangan untuk dibelanjakan bagi projek-projek yang membawa pulangan keuntungan pada sesama mereka.

5. Saya hairan mengapa Kerajaan boleh menyuntik RM20 bilion ke dalam pasaran saham menerusi ValueCap Sdn Bhd bagi tujuan untuk merancakkan pasaran modal kususnya membantu saham saham GLC yang belum tentu dapat mengatasi kejatuhan saham GLC tetapi tidak boleh menyuntik dalam bentuk subsidi bagi mengatasi kenaikan harga minyak untuk meringankan beban keseluruhan rakyat. 35 orang Menteri Kabinet buat apa? Adakah mereka ini umpama Menteri "Kabinet" (lipas) dapur?

6. Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia adalah disebabkan krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara yang terlibat dengan Skandal 1MDB. Bukan disebabkan fundimental ekonomi Yang tidak kukuh. Inilah yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara. Penyelasaian segera isu 1 MDB akan dapat memulihkan kembali kedudukan nilai mata wang ringgit. Segerakan pendakwaan mereka yang terlibat dalam Skandal 1MDB seperti yang dicadangkan dalam Kertas Laporan Siasatan Bank Negara yang diserahkan kepada Peguam Negara sebulan yang lalu.

"TAMBAH SUBSIDI DAKWA SEGERA 1MDB PASTI RAKYAT GEMBIRA DIHATI"

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMARAhli Parlimen Pokok Sena
1 Oktober 2015/17 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.