Palestin: AMANAH Sambut Baik Pengiktirafan PBB - Salahuddin Ayub
KENYATAAN MEDIA
PALESTIN: AMANAH SAMBUT BAIK PENGIKTIRAFAN PBB
www.amanahnegara.org
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik pengiktirafan yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menaikkan bendera Negara Palestin mulai semalam (30 September 2015) di Ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. Ini sekaligus membuktikan perjuangan rakyat Palestin selama ini didengari oleh seluruh dunia.
2. Pengiktirafan ini melambangkan bahawa Palestin adalah sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai hak-hak yang terpelihara di dalam Piagam PBB, biarpun berdepan tindakan tidak berperikemanusiaan regim Zionis Israel yang cuba merampas hak dan tanah-tanah rakyat Palestin sejak sekian lama.
3. Dengan pengiktirafan ini juga, PBB sewajarnya perlu berperanan lebih aktif memelihara dan memulihkan kembali Palestin demi memastikan keselamatan rakyatnya. Sudah tiba masanya Tentera Pengaman PBB di hantar ke sana serta bantuan kemanusiaan disalurkan segera.
4. AMANAH juga menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab mengambil tindakan awal membantu Palestin dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan untuk memastikan Pentadbiran Baitulmaqdis mampu dibangunkan semula tanpa sekatan daripada negara-negara yang bersengkokol dengan Isreal.
Amanah. Progresif. Peduli.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
1 Oktober 2015
Sila kongsi artikel ini...