Tindakan Penguatkuasaan Pentadbiran - Bank Negara Malaysia

9:52 PM 0 Comments A+ a-

Tindakan Penguatkuasaan Pentadbiran

Bank Negara Malaysia ingin memberikan kejelasan berhubung dengan kuasanya untuk menguatkuasakan pematuhan terhadap undang-undang pengawalseliaan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan penguatkuasaan, yang juga dikenali sebagai tindakan pentadbiran, ke atas pihak yang didapati telah melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan pengawalan di bawah undang-undang tersebut. Tindakan ini boleh diambil secara serentak, atau secara berasingan dan berbeza daripada, prosiding jenayah yang di bawah kuasa Peguam Negara sepenuhnya.

Oleh itu, berasingan daripada sebarang keputusan berhubung dengan prosiding jenayah, Bank Negara Malaysia dibenarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengambil tindakan pentadbiran. Ini termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan, memberi bayaran balik (restitution) kepada mana-mana individu yang tidak berpuas hati disebabkan oleh pelanggaran terhadap Akta, memberi amaran awam dan persendirian serta arahan supaya langkah-langkah diambil untuk mengurangkan atau menyelesaikan sesuatu pelanggaran terhadap Akta.

Ini bagi memastikan integriti, dan keyakinan terhadap, sistem kewangan negara.


Bank Negara Malaysia
19 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.