Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

DS Anwar: “Rakyat Malaysia Perlu Bersatu dan Bertekad Untuk Selamatkan Negara Kita”

1:32 PM

DS Anwar: “Rakyat Malaysia Perlu Bersatu dan Bertekad Untuk Selamatkan Negara Kita”

DS Anwar: “Rakyat Malaysia Perlu Bersatu dan Bertekad Untuk Selamatkan Negara Kita”

Berikut adalah perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang disampaikan melalui peguam beliau pada 21 Julai 2015:

“Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan BN terus menafikan keadaan ini. Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi.

Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita.


PKR: Saman, Bukan Halang Akses Sarawak Report

1:15 AM

PKR: Saman, Bukan Halang Akses Sarawak Report

SAMAN, BUKAN HALANG AKSES SARAWAK REPORT

Halangan akses kepada laman web Sarawak Report oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini amat dikesali dan cukup membimbangkan bagi pengamal media, aktivis hak asasi manusia, dan rakyat Malaysia. Walaupun laman tersebut kini memaparkan mesej "Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara", kemungkinan besar salah satu sebab utama Sarawak Report dihalang bagi pengguna internet di Malaysia kerana rencana-rencana menggempar mengenai isu 1MDB.

Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak menggunakan langkah-langkah kukubesi seperti ini - ada pelbagai cara untuk mengatasi halangan akses, malah sesiapa sahaja yang tahu mengguna Google boleh mencari jalan penyelesaian - dan hadapi isu dengan berlaku jujur terhadap rakyat Malaysia mengenai isu 1MDB yang dibawa bukan sahaja Sarawak Report malah media antarabangsa lain seperti Wall Street Journal, atau dengan memfail saman terhadap pengendali laman web Sarawak Report dan bawa mereka ke mahkamah.


Wan Azizah: Keadilan Tidak Akan Hadir Program Hari Raya BN

1:32 AM

Wan Azizah: Keadilan Tidak Akan Hadir Program Hari Raya BN

KENYATAAN MEDIA

KEADILAN TIDAK AKAN HADIR PROGRAM HARI RAYA BN

KEADILAN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia.

KEADILAN amat kesal bahawa sdr Anwar Ibrahim, yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai seorang tahanan politik, terus dipenjara.

Pada ketika ketidaktentuan halatuju ekonomi dan urus tadbir kerajaan kian meruncing, walhal pemimpin demokratik yang sah yang telah dipilih rakyat melalui undi popular masih terpenjara.

Sebagai tanda protes terhadap sabitan dan pemenjaraan sdr Anwar Ibrahim, KEADILAN akan memboikot kesemua program anjuran Barisan Nasional di peringkat Nasional dan Negeri.


Rafizi: Konspirasi Jahat Menutup Skandal 1MDB Melalui Laporan Polis dan Fitnah

11:57 PM

Rafizi: Konspirasi Jahat Menutup Skandal 1MDB Melalui Laporan Polis dan Fitnah

KONSPIRASI JAHAT MENUTUP SKANDAL 1MDB MELALUI LAPORAN POLIS DAN FITNAH

Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang mendedahkan mengenai satu laporan polis yang dibuat oleh individu bernama Ramesh Rao Krishnan Naidu yang mengaitkan saya, YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), YB See Chee How (ADUN Batu Lintang), YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan satu fitnah.

Laporan polis yang kini disebarkan oleh laman-laman yang menyokong Dato’ Seri Najib Tun Razak menuduh kononnya seorang yang bernama Lester Melanyi yang mendakwa pernah bekerja untuk Sarawak Report membuat pengakuan bahawa kami (nama-nama yang disebut di atas) adalah dalang yang memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Dato’ Seri Najib Tun Razak bersabit 1MDB.


Muafakat Baru Menumbangkan UMNO/BARISAN NASIONAL - Rafizi

6:48 PM

Muafakat Baru Menumbangkan UMNO/BARISAN NASIONAL - Rafizi

15 JULAI 2015

MUAFAKAT BARU MENUMBANGKAN UMNO/BARISAN NASIONAL

Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli-ahli Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno/Barisan Nasional. Gerakan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno/Barisan Nasional ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang.

Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda yang lain.


PKR: Laporan Interim Ketua Audit Negara Perlu Didedahkan pada Umum

3:30 PM

PKR: Laporan Interim Ketua Audit Negara Perlu Didedahkan pada Umum

LAPORAN INTERIM KETUA AUDIT NEGARA PERLU DIDEDAHKAN KEPADA UMUM

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meminta pengkritik 1MDB, agar menghentikan dakwaan tidak berasas kerana, Laporan Interim Ketua Audit Negara terhadap 1MDB, tidak menunjukkan bukti wujudnya salahlaku. Bagaimanapun, Laporan Interim Ketua Audit Negara ini, tidak didedahkan kepada umum.

Amatlah tidak adil dan tidak wajar untuk merujuk isi kandungan dokumen yang kononnya menyatakan, tiada sebarang bukti salahlaku, walhal orang ramai tidak boleh mengesahkan kesahihan kenyataan tersebut. Kenyataan Husni bukan sahaja tidak memperjelaskan isu sebenar, malah ia menambah kekalutan dan cuba mengelirukan orang ramai hakikat sebenar yang berlaku. Ini kerana orang ramai dihalang dari membaca laporan tersebut, bagaimana boleh menyimpulkan sama ada kenyataan Husni itu benar atau palsu.


PKR: Grafik Palsu Diedar, Keadilan Tiada Kaitan

12:08 AM

PKR: Grafik Palsu Diedar, Keadilan Tiada Kaitan

KENYATAAN MEDIA

GRAFIK PALSU DIEDAR, KEADILAN TIADA KAITAN

Saya difahamkan satu grafik sedang diedar melalui laman media sosial dan aplikasi WhatsApp yang berkata kononnya KEADILAN akan menganjur satu himpunan pada 1 Syawal mendesak DS Najib Razak untuk berundur.

Ini adalah satu fitnah dan provokasi murahan. KEADILAN tidak menganjur program ini.

Harap maklum.

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN

11 Julai 2015

Recent Posts Widget

.

.