Pilihan Raya Bukan Dimenangi Selepas Penamaan Calon Sahaja. - Iskandar Samad

8:07 PM 0 Comments A+ a-



PILIHAN RAYA BUKAN DIMENANGI SELEPAS PENAMAAN CALON SAHAJA.

Mungkin ada wakil-wakil rakyat yang mendakwa bahawa beliau membelanjakan beratus ribu ringgit untuk pilihan raya maka beliau tidak terhutang budi kepada sesiapa.

Saya hendak ingatkan mereka bahawa kempen untuk memenangkan seorang calon pilihan raya bukan bermula dari pembubaran Parlimen atau penamaan calon.


Malah kempen atau usaha untuk memenangi pilihan raya bukan juga bermula 6 bulan atau 1 tahun sebelum hari pembuangan undi.

Gerakerja pilihan raya adalah satu gerakerja berterusan. Ia adalah satu gerakerja yang terus menerus berjalan selama belasan malah puluhan tahun.

Contohnya kemenangan untuk kerusi-kerusi pada pilihan raya umum 2013 adalah juga hasil gerak kerja seawal tahun-tahun 80'an dan 90'an.

Setiap ahli atau penyokong yang bertungkus lumus sepanjang tempoh tersebut mempunyai saham di dalam kemenangan seorang calon.

Setiap titik peluh yang dikeluarkan dan setiap sen yang dibelanjakan oleh mereka mesti diiktiraf dan bukan sahaja kerja-kerja selepas penamaan calon atau setahun sebelum penamaan calon.

Kalau hendak dikira, untuk memenangi satu kerusi sudah tentu melibatkan kewangan berjumlah jutaan ringgit atau tenaga kerja yang berjumlah beribu-ribu orang.

Malah ramai dari mereka yang telah meninggal dunia sebelum penamaan calon.

Oleh yang demikian, janganlah ada wakil rakyat yang mendabik dada kemenagan mereka adalah hasil usaha mereka sahaja.

Iskandar A Samad
9 Syawal 1436

 



--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.