SAMM: Tidak Setuju Ali Tinju Didakwa Bawah Akta Hasutan, Akta Warisan Penjajah Ini Perlu Dimansuhkan.

1:08 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Umum

21 Julai 2015

Tidak Setuju Ali Tinju Didakwa Bawah Akta Hasutan, Akta Warisan Penjajah Ini Perlu Dimansuhkan.

Akta Hasutan merupakan satu Akta yang telah diwarisi daripada British. Akta ini telah diluluskan pada tahun 1948. Akta Hasutan ini merupakan undang-undang yang digunakan British untuk menahan rakyat yang menentang pemerintahan British bagi menuntut kemerdekaan ketika itu.

Namun, Akta Hasutan ini kekal digunakan oleh Kerajaan UMNO - BN sehingga hari ini. Malaysia merupakan negara yang sudah merdeka, Sepatutnya Akta warisan penjajah ini sudah lama dimansuhkan.

Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM), Menyeru Anak Muda Malaysia untuk mempergiatkan kempen dengan kuat bagi menuntut Akta Hasutan ini dimansuhkan.

Mengenai pendakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap Ali Baharum (Ali Tinju) berkenaan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat. SAMM mengambil pendirian tidak bersetuju Ali Tinju didakwa dibawah Akta Hasutan, Kerana masih boleh guna Akta lain dalam mendakwa beliau seperti boleh guna pendakwaan di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 506 (ugutan jenayah), 504 (mengugat keamanan), atau 503 (kerosakan awam).

Maknanya tanpa Akta Hasutan pun kes sentimen perkauman ni boleh didakwa guna kanun keseksaan. Jadi, apa perlunya Akta warisan penjajah ni?

Akta Hasutan Akta yang jelas telah disalah guna oleh Kerajaan UMNO BN demi kepentingannya. Sebagai contoh, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah pernah ditahan dibawah Akta Hasutan kerana ucapnya di Parlimen. Bayangkan ucapan seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat boleh ditahan dibawah Akta Hasutan, Soalnya dimana immuniti sebagai Ahli Parlimen apabila berbahas di Dewan Rakyat?

Maka, Akta Hasutan yang digelar Akta warisan penjajah ini perlu dimansuhkan. Jika tidak, Malaysia tidak akan dapat amalkan demokrasi dan kebebasan bersuara selagi Akta Hasutan kekal dilaksanakan.

Sekian,
Faisal Zainal
Komrad
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.