Semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru dinasihat meletakkan jawatan legislatif tersebut tanpa menunggu penubuhan rasmi parti politik baru itu

11:46 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan media PAS Kawasan Titiwangsa

Semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru dinasihat meletakkan jawatan legislatif tersebut tanpa menunggu penubuhan rasmi parti politik baru itu.

Ironisnya, ketika usul memutuskan tahalluf siyasi bersama DAP dalam muktamar lalu, sebahagian mereka dengan bingkas meletakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kononnya menunjukkan rasa patuh terhadap usul tersebut walaupun belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’. Mereka telah menunjukkan sikap hipokrit yang jelas dan tidak lagi mematuhi disiplin jemaah ini.

Ketika mereka melancarkan GHB dan memburukkan PAS di pentas ceramah dan lapangan media, tanpa segan silu mereka terus membawa status Ahli Parlimen dan ADUN yang dimenangi atas tiket PAS.

Malah, mereka mengelak untuk menjawab persoalan mengenai baiah yang telah dilafazkan sebelum ini. Perkara ini bukan lagi taktikal politik sebaliknya adalah perkara dasar dan melibatkan pengkhianatan terhadap PAS.

Lebih parah, mereka telah meniupkan bibit perpecahan di kalangan ahli PAS dan sudah pasti ia akan memecahkan lebih ketara undi Melayu Islam sekiranya mereka bersaing dalam pilihanraya umum nanti.

Maka dengan ini, PAS Titiwangsa mendesak semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang menyertai GHB segera melepaskan jawatan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi di kawasan mereka.

Mohd Shahir Abu Hassan
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Titiwangsa



Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.