Bantahan Terbuka Isu Bai'ah Dan Sumpah Calon PAS Dengan Taklik Cerai Isteri Talak Tiga Jika Keluar parti Atau Melompat ke Parti Lain
BANTAHAN TERBUKA ISU BAI'AH DAN SUMPAH CALON PAS DENGAN TAKLIK CERAI ISTERI TALAK TIGA JIKA KELUAR PARTI ATAU MELOMPAT KE PARTI LAIN.
Saya merujuk kpd Bai'ah dan Sumpah yg telah dibuat oleh Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan sebagaimana Surat Bai'ah dan Sumpah yg dikeluarkan atas nama Majlis Syura Ulama Pas bertarikh 19.4. 2013 yang telah didedahkan oleh Ust Haji Wan Ismail bin Wan Jusoh, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan merangkap bekas ADUN MELOR melalui status facebooknya, yang antara lain mengandungi sumpah taklik bahawa jika beliau keluar parti atau melompat ke parti lain dgn kerelaan sendiri setelah terpilih menjadi ADUN/AHLI PARLIMEN, maka tertalaklah isteri/isteri - isterinya dengan 3 talak.
Saya berkeyakinan Bai'ah dan Sumpah ini telah dilafazkan oleh semua calon- calon PAS yang telah bertanding dlm PRU 13 tahun 2013 samada di dewan undangan Negeri dan parlimen.
Sebagai Ketua PAS Cawangan Kepala Jambatan, Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan yg menjadi DUN kepada Dato' Haji Ahmad bin Yakob, membantah sekeras-kerasnya Bai'ah dan Sumpah tersebut atas alasan-alasan berikut:
1. Perkahwinan antara suami isteri adalah dibina atas asas kekal selama lamanya tanpa mengira status politik atau parti suami.
2. Perceraian adalah suatu perkara yang amat dibenci oleh Allah dan bergoncang tiang Aras setiapkali ianya dilafazkan oleh seorang suami.
3. Ikatan perkahwinan suami isteri adalah merupakan perjanjian sehidup semati antara pasangannya, ianya tidak boleh dirombak semata2 kerana suaminya hanya bertukar parti kecuali kerana maslahat atau kepentingan agama yg lebih besar.
4. Keluar parti atau melompat parti lain selama mana ianya tidak menimbulkan mudharat yg besar kpd Islam bukanlah suatu yg diharamkan oleh syariah, lebih2 lagi bila ada keperluan di segi syarak untuk berbuat sedemikian.
5. Bai'ah dan Sumpah mencerai isteri dgn 3 talak yg telah dibuat telah melangkaui maslahat syarei antara kepentingan menjaga kerukunan dan ikatan perkahwinan dgn maslahat politik yg diperlukan semasa ianya dilafazkan.
Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri hendaklah memgambil tindakan sewajarnya membatalkan Bai'ah dan Sumpah yg telah dibuat kerana ianya bertentangan dengan tujuan asal perkahwinan dan boleh mendatangkan mudharat yg lebih besar kepada isteri, anak-anak dan keluarga pihak berkenaan berbanding sekatan utk keluar parti, ianya juga satu proses menyalahgunakan kuasa talak yg dibenarkan oleh islam tanpa tujuan yg dibenarkan oleh syarak.
Bantahan saya ini berdasarkan Undang-Undang Mesir , Perkara 25 Tahun 1929 dan Perkara 90 Undang-Undang Syria yang memperuntukkan :
لا يقع الطلاق غيز المنجز اذا لم يقصد به الا الحث علی فعل شيء او المنع منه او استعمال القسم لتاءكيد الاخبار لا غير
" Tidak jatuh talak yg ditaklikkan jika ianya dilafazkan bukan dgn maksud bagi menceraikan isterinya kecuali untuk mendorong ianya melakukan sesuatu atau menghalang dari berbuat sedemikian, atau ianya menggunakan sumpah untuk menyatakan sesuatu, tanpa apa2 tujuan lain.
Pendirian ini juga adalah selaras dengan pegangan Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim sebagaimana dalilnya yg diriwayatkan oleh Ibn Hazmi drp Ali bin Abi Tholib dan Qadhi al Syuraih.
Mereka yg telah melafazkan Bai'ah dan Sumpah ini hendaklah melepaskan diri mereka drp ikatan sumpah ini secara membayar kafarah sumpah iaitu memberi makan kpd 10 orang miskin, atau memberi pakaian kpd mereka, atau berpuasa tiga hari.
(sumber )
Sila kongsi artikel ini...