AWAN Malaysia Ucap Takziah Kepada Semua Mangsa dan Keluarga Tragedi Kren Runtuh di Makkah

9:34 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

AWAN MALAYSIA UCAP TAKZIAH KEPADA SEMUA MANGSA DAN KELUARGA MANGSA TRAGEDI KREN RUNTUH DI MAKKAH

1. Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) merakam ucapan takziah kepada seluruh keluarga jemaah haji yang menjadi mangsa dalam tragedi kren runtuh di Masjidil Haram, Makkah, petang Jumaat.


2. Difahamkan, 10 jemaah haji dari Malaysia turut terlibat dalam tragedi tersebut.

3. Dua daripadanya sedang dirawat di Hospital King Faisal, dua lagi dirawat di Hospital King Abdul Aziz, lima orang di Pusat Rawatan Tabung Haji Mekah manakala seorang lagi dibenarkan pulang ke bilik penginapan selepas mendapat rawatan.

4. Sementara itu, setakat kenyataan ini ditulis, sekurang-kurangnya 107 jemaah terkorban dalam tragedi yang disebabkan angin kuat dan hujan itu manakala sekurang-kurangnya 238 dilaporkan cedera.

5. AWAN mendoakan kesejahteraan roh kesemua mereka yang terkorban dan berdoa agar mereka diangkat sebagai syahid di sisi Allah S.W.T. dan berharap keluarga mangsa redha di atas ketentuan Allah ini.

6. Bagaimanapun, AWAN bersyukur kerana tiada jemaah dari Malaysia yang dilaporkan terkorban.

7. Sementara itu, AWAN turut mendoakan mangsa-mangsa yang sedang dirawat kembali sembuh seperti sedia kala dan dapat menyelesaikan rukun-rukun haji yang masih belum dilaksanakan.

8. AWAN juga berharap keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia bertenang dan sentiasa mendoakan segala urusan pihak berwajib dipermudahkan dan segala kerja menyelamat dapat dilakukan dengan baik.

9. Di samping itu, AWAN juga yakin pihak Lembaga Tabung Haji mampu berperanan sebaik mungkin dalam memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji dari Malaysia termasuk pasukan perubatan Tabung Haji yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

10. Akhir kata, sama-samalah kita berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan segala amalan mereka diterima di sisi Allah S.W.T.

DR SITI MARIAH MAHMUD
Ketua Angkatan Wanita
Amanah Negara (AWAN)
12 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.