Jamal Md Yunos Jangan Ego Serta Nak Tunjuk Hero Bagi Tujuan Membodek - Khairuddin Abu Hassan

11:09 PM 0 Comments A+ a-



JAMAL MD YUNOS JANGAN EGO SERTA NAK TUNJUK HERO BAGI TUJUAN MEMBODEK

Saya ingin sarankan kepada ketua umno bahagian sg besar iaitu jamal md yunos agar jangan angkuh serta nak tunjuk hero untuk tunjuan membodek!!

Siapa jamal md yunos ni?! Kalau nak tunjuk hero tolong jemput najib tun razak sama untuk menghadiri perhimpunan baju merah pada 16 september ini!! Jangan lah jemput tun dr mahathir mohamad seorang saja!!


Saya cabar jamal md yunos untuk jemput najib tun razak untuk hadir di samping tun dr mahathir mohamad dan beri pentas kepada kedua-dua tokoh pemimpin ini untuk berhujah di hadapan ribuan rakyat jelata secara 'live'!! Jangan jemput kosong tapi biar kedua-dua tokoh ini berhujah mengenai kemelut politik mahupun ekonomi mutakhir tanahair kita!! Jamal md yunos ni berani kah?!

Kalau sekadar jemput tun dr mahathir seorang saja buat apa?! Masalah kemelut politik dan ekonomi negara masakini boleh diselesaikan secara suasana tenteram apabila kita bagi peluang kepada kedua-dua tokoh ini untuk berdebat secara professional seterusnya memberi pencerahan kepada rakyat jelata untuk menghakiminya!! Siapa yang bercakap benar dan siapa yang bercakap bohong biarlah rakyat yang buat penilaian masing-masing!!

Yang penting bagi mikrofon serta pentas kepada najib tun razak serta tun dr mahathir pada hari perhimpunan tersebut!! Itu baru betul!! Jamal md yunos berani ker anjurkan perhimpunan baju merah pada 16 september yang dihadiri oleh najib tun razak serta tun dr mahathir mohamad?!

Saya secara sukarela boleh menjemput semua pengamal media-media dari dalam negeri serta seluruh dunia untuk hadir buat liputan pada perhimpunan baju merah ini secara siaran terus menerus!!

Barulah juga perhimpunan baju merah ini jadi ilmiah sedikit diisikan dengan ungkapan perdebatan secara professional oleh najib tun razak serta tun dr mahathir mohamad!!

Saya rasa kalau jamal md yunos boleh bagi jaminan kehadiran najib tun razak dan tun dr mahathir pada perhimpunan ini; bukan ribuan malah jutaan rakyat malaysia akan nenerkam untuk menghadiri diri pada perhimpunan ini!!

Alang-alang nak bodek biarlah kita anjurkan sebegini-rupa baru ada 'impact' wahai jamal md yunos!! Kalau tak boleh anjur macam ini jangan buang masa tun dr mahathir lah!! Banyak lagi benda lain yang lebih berfaedah untuk tun dr mahathir tangani bagi menyelamatkan keseluruhan bangsa, agama serta tanahair kita!!


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.