Deposit AABAR Yang Lesap. Mana Pergi? Wan Ahmad Fayhsal

7:09 AM 0 Comments A+ a-



DEPOSIT AABAR YANG LESAP. MANA PERGI?

oleh:
Wan Ahmad Fayhsal

Masih ingat penerangan simple oleh Arul Kanda?

Apa yang WSJ dan IPIC bangkitkan? Tu dalam bulatan bertulis "Aabar Deposit".


Dua bos besar Aabar yang jadi wakil IPIC berunding dengan 1MDB telah dibuang kerja.

Hutang ini dalam mata wang USD. Dekat mana 1MDB nak cekau USD?

Di Malaysia ada beberapa syarikat milik kerajaan yang ada USD reserve seperti PETRONAS, TNB, Khazanah sebab mereka ada operasi di luar negara.

Adakah CEO dan Ahli Lembaga Pengarah mereka akan bagi kepada 1MDB untuk tutup lubang USD $1.4 bilion itu?

Kalau 1MDB nak ambil dari tabung ringgit mereka, ianya kena ditukarkan melalui Bank Negara. Sanggupkah Bank Negara tukarkan ringgit kepada USD bagi pihak 1MDB?

Bulan lalu DS Najib kata Qatar bersetuju nak melabur di projek Bandar Malaysia 1MDB.

Tapi hari ini Qatar mengizinkan Al Jazeera untuk keluarkan dokumentari Altantuya.

Apa agaknya signal yang Qatar mahu tunjuk? Rasa skeptisisme menebal. Mungkin mereka tidak mahu lagi ada sangkut paut dengan 1MDB.

Berat. Ini belum dibuka lagi kes pelaburan 1MDB dalam Brazen Sky di Cayman yang Datuk Khairuddin buat laporan polis di Hong Kong.

6 bulan lagi janjinya. Dah berapa kali 6 bulan.

Dah berapa kali "Selasa" nak saman WSJ?




Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.