Saya amat bersedih dengan kejadian kren tumbang di Masjidil Haram Mekah - Muhyiddin Yasin

10:08 PM 0 Comments A+ a-



Saya amat bersedih dengan kejadian kren tumbang di Masjidil Haram Mekah yang menyebabkan sekurang-kurangnya 87 jemaah haji terkorban dan 184 orang mengalami kecederaan setakat ini. Saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dan berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah s.w.t.

Buat 6 jemaah haji dari Malaysia yang mengalami kecederaan, saya mendoakan semoga mereka segera sembuh dan dapat menyempurnakan ibadah haji serta beroleh haji yang mabrur. Demi keselamatan para jemaah dan kesempurnaan ibadah haji, saya berharap agar semua jemaah haji bertenang dan mematuhi nasihat serta panduan pihak Tabung Haji dari masa ke semasa.


Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan semua jemaah yang sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah dan mudah-mudahan mereka dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk beribadah, dipelihara keselamatan diri dan keluarga serta selamat kembali ke tanah air nanti.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.