Moga Ujian Tidak Patahkan Semangat Untuk Sempurnakan Haji - Khalil Hadi

7:16 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
28 Zulkaedah 1436 | 12 September 2015

"MOGA UJIAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT UNTUK SEMPURNAKAN HAJI"


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia merakam takziah di atas kematian dan kecederaan dialami jamaah haji ekoran kejadian runtuhan jentera binaan di Masjidil Haram semalam.

2. Kami berharap, para dhuyufurrahman menerima kejadian tersebut sebagai ujian daripada Allah dalam meningkatkan ubudiyyah dan ketaqwaan mereka kepada-Nya.

3. Pihak kami juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan berharap mereka redha serta bertenang menghadapi perkhabaran tersebut.

4. Didoakan mereka yang meninggal dunia diganjari Allah sebesar-besar pahala atas ibadah sedang mereka laksana.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia memohon agar pihak pengurusan haji khususnya Tabung Haji memberi bantuan sewajarnya kepada jamaah yang ditimpa ujian tersebut.

6. Pihak kami mendoakan agar para jamaah memperolehi haji yang mabrur.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADITimbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.