Info Penempatan Banjir Kelantan - Zamakhshari Muhamad
INFO PENEMPATAN BANJIR KELANTAN
Mana Rumah Kami?
Memahami proses pembinaan Rumah kekal Mangsa Banjir.
1. Mangsa mengisi Borang A untuk rumah yang musnah (total lost) dan senarai B bagi rumah yang rosak.
2. Senarai tersebut disahkan oleh Penghulu Mukim dan di hantar ke pejabat tanah untuk tindakan lanjut.
3. Pejabat tanah turun ke lokasi untuk pengesahan status kerosakan rumah dan status tanah.
4. Ada tiga kategori tanah. Tanah milik, tanah kerajaan dan tanah ragu.
5. Bagi kategori tanah milik, rumah kekal akan di bina di lokasi tersebut. Pembinaan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan (JKR), Kerajaan Negeri (Pejabat Tanah) dan NGO.
6. Bagi kategori tanah kerajaan (Rizab sungai, rizab KTMB dll) mangsa akan mendapat rumah di penempatan berkelompok. Kerajaan Negeri akan mengenalpasti tanah kerajaan yang bersesuaian bagi pembinaan rumah kelompok oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan NGO.
7. Manakala bagi kategori tanah ragu, mangsa perlu berurusan dengan pejabat tanah bagi mendapatkan geran milik sah bagi tanah tersebut. Sekiranya geran tidak dapat di keluarkan atas sebab-sebab tertentu, mangsa akan ditempatkan di penempatan berkelompok.
Isu-isu berbangkit ;
1. Penipuan- Pihak pejabat tanah perlu membuat pengesahan tentang status rumah kategori A. Ada beberapa kes sudah dilaporkan kepada SPRM.
2. Mangsa tidak menyelesaikan isu status tanah dengan pejabat tanah, menyebabkan JKR tidak dapat meneruskan pembinaan rumah untuk mangsa. Sehingga Oktober 2015, masih ada lebih 100 mangsa yang belum menyelesaikan urusan tanah mereka dengan pejabat tanah. Pejabat tanah telah mengambil keputusan untuk menawarkan penempatan berkelompok untuk mereka. Ada di kalangan mereka yang enggan berpindah.
3. Lambat mengenalpasti tanah yang sesuai untuk pembinaan berkelompok. Tanah Kerajaan yang ada di dapati tidak sesuai untuk pembinaan rumah. Pihak JKR telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai dan proses pembelian tanah sedang berjalan.
Kesimpulan ;
1. Proses pembinaan Rumah Kekal Mangsa Banjir terus berjalan.
2. Kelambatan berpunca dari sikap mangsa dan kelambatan penyelesaian isu tanah. Walaubagaimanapun perlu difahami isu tanah melibatkan akta dan undang-undang yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan masalah kepada mangsa di masa hadapan kerana ia melibatkan pembinaan Rumah Kekal dan menjadi hak milik.
3. Diharapkan penjelasan ini memberi sedikit kefahaman terhadap isu pembinaan Rumah Kekal Mangsa Banjir.
Zamakhshari Muhamad
Pusat Koordinasi NGO - Pasca Banjir.
Sila kongsi artikel ini...