Tunggakan SABK Hanya Setengah Juta - Husam Musa

1:59 PM 0 Comments A+ a-



Tunggakan SABK Hanya Setengah Juta

Saya mendapat maklum, seorang pembesar Kelantan telah berucap merasmikan mesyuarat agung PIBG Ma'ahad Muhammadi Sabtu lalu.

Antara lain, beliau beralaskan YIK pernah membayar gaji guru SABK semasa transisi dari perkhidmatan YIK. Guru-guru berkenaan belum membayar balik wang itu.


Ada beberapa implikasi dari ucapan ini:

1. Dakwaan saya berlakunya tunggakan berkenaan nampaknya akhirnya disahkan.
2. Kerajaan masih dalam sindrom penafian. Enggan berterus terang dan mengakui masalah yang wujud.

Tunggakan bayaran balik gaji guru SABK hanyalah berjumlah sekitar setengah juta, hingga September ini.

Jumlah tunggakan caruman YIK pula mencecah hampir 15 juta.

Bolehkah setengah juta tunggakan dijadikan alasan untuk tunggakan lain hampir 15 juta?

Setengah juak pula mendakwa, tunggakan ini bermula sejak saya menjadi Exco Kewangan.

Alhamdulillah, nampaknya saya telah menjadi penanda aras!

Jika ia berlaku di zaman saya, perkara itu dikira tidak apa-apa.

Selaku Exco Kewangan, YIK bukan bidang tugas saya secara langsung. Selagi mana tidak ada pemakluman terus kepada saya atau kertas menerusi mesyuarat Exco, saya tidak mempunyai info mengenainya.

Apa lagi, saya tidak pernah terlibat dengan YIK dalam apa jua bentuk.

Hanya pada tahun 2012, perkara ini dibangkitkan. Bukankah pada tahun 2012 semua tunggakan itu diselesaikan?

Itu sebab, jika pun saya hendak diserang dan diaibkan, teliti fakta dan angka yang saya tuliskan.

Bukankah ia mula tertunggak sejak Mei/Jun 2014 dan mula bertambah buruk kemudiannya?

Sepanjang 2013, ia tidak berlaku, berdasarkan statistik YIK sendiri.

Sejak lama saya mencadangkan YIK mempunyai projeksi kewangan jangka panjang.

Asetnya mesti dioptimumkan.

Saya telah contohkan isu ladang KTeknik milik YIK.

Saya mungkin mampu menulis lebih detail jika niatnya hanya untuk memalukan sesiapa.

Dalam amalan demokrasi sihat dan matang, teguran untuk kebaikan tidak perlu dibalas dengan 'mematikan' orang yang menegur.

Cukuplah jika tunggakan itu dijelaskan. Guru-guru akan bergembira.

Guru-guru juga, rasa saya, sedia memaafkan jika kerajaan berterus terang akan masalah kewangan yang mungkin dihadapi.

Husam Musa
14 Muharam 1437/26 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.