Jabatan Amal Malaysia: Arahan Persediaan Banjir Tahap Akhir
KENYATAAN MEDIA
JABATAN AMAL MALAYSIA
ARAHAN PERSEDIAAN BANJIR TAHAP AKHIR
Bahagian Operasi Jabatan Amal Malaysia yang memantau perkembangan cuaca di semua negeri Semenanjung Malaysia telah menasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dibeberapa negeri pada bila-bila masa.
Jabatan Amal Malaysia dengan ini mengarahkan semua anggota dan pegawai untuk diletakkan dalam keadaan siap sedia, berkuatkuasa serta merta, untuk bertugas dalam tempoh kurang dari enam (6) jam sebaik menerima arahan. Semua aset dan peralatan juga hendaklah dipastikan siap untuk beroperasi.
Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia yang juga dikenali kini sebagai Khidmat Malaysia akan menguruskan keseluruhan operasi banjir dan seluruh Jabatan Amal Malaysia diletakkan dibawah Khidmat Malaysia. Semua penyelarasan akan dibuat oleh Khidmat Malaysia dan seluruh anggota dan pegawai Jabatan Amal Malaysia haruslah patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh Khidmat Malaysia.
Arahan akan dikeluarkan dari masa ke semasa berkenaan perkara ini.
Terima kasih.
Lt. Jeneral (A) Mohd Nazree bin Mohd Aris
Ketua Pengarah
Jabatan Amal Malaysia
Sila kongsi artikel ini...