Sistem Harga Minyak Apungan Terkawal - Terus Membuli Rakyat - Ahmad Tarmizi Sulaiman
KENYATAAN MEDIA
8 OKTOBER 2015
SISTEM HARGA MINYAK APUNGAN TERKAWAL - TERUS MEMBULI RAKYAT
Dewan Pemuda PAS Kedah melihat penggunaan sistem sistem harga apungan terkawal untuk menganggar harga minyak seumpama cek kosong untuk kerajaan Malaysia mengaut keuntungan daripada poket rakyat.
Atas nama rasionalisasi subsidi, subsidi terarah dan sebagainya, pengiraan harnga minak yang kelihatan membuka wewenang luas kepada kerajaan menetap harga saban bulan umpama membuli rakyat sendiri.
Pihak kami tidak melihat faedah besar pemberian wang tunai secara "one-off" melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diamalkan Putrajaya sejak beberapa tahun sebelum ini yang dianggap ramai pemimpin UMNO demi demi memastikan subsidi kononnya sampai kepada golongan berpendapatan rendah dengan efisyen.
Ramai rakyat yang dipermainkan dengan manipulasi harga minyak kerajaan Malaysia, ada bulan diturunkan, rakyat lega dan kelihatan bersyukur. Setelah dinaik semula mula kedengaran suara ketidakpuashatian semula sedangkan perkara ini akan berlanjutan selagi ststem pengiraan yang boleh dianggap tidak telus ini berangsung.
Menerusi pengumuman rasmi harga minyak bulan oktober 2015, harga baru bagi RON95 adalah RM2.05 sen seliter manakala RON97 RM2.35 sen seliter termasuk GST manakala Diesel naik RM1.90 sen seliter. Ketiga-tiga bahan bakar itu mengalami kenaikan sebanyak 0.10 sen mulai 1 Oktober 2015.
Kami juga melihat manipulasi harga ini menjadi senjata menggula-gulakan rakyat. Di saat rakyat marah atas kes skandal ketirisan dan sebagainya, kerajaan akan menurunkan harga minyak dengan harapan graf kemarahan rakyat berkadar terus dengan graf harga minyak Malaysia!
Seperti biasa juga kerajaan mengambil sikap ' melepaskan batuk di tangga' memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga jualan akan kedengaran. Jelas kerajaan BN membuli rakyat saban bulan.
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah
Sila kongsi artikel ini...