Mahfuz Omar: Minta Dato' Hishamuddin Beritahu Apa Tafsiran Sebenar Daripada Kenyataan Majlis Raja-Raja

8:00 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

MINTA DATO' HISHAMMUDIN BERITAHU APA TAFSIRAN SEBENAR DARIPADA KENYATAAN MAJLIS RAJA- RAJA.

1. Saya meminta Dato' Hishamudin Hussin Onn, Naib Presiden Umno agar menjelas dan menafsirkan apakah maksud serta tujuan daripada kenyataan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja berkaitan dengan kes Skandal 1MDB.


2. Merujuk kenyataan Hishamudin yang meminta orang ramai untuk tidak menafsir kenyataan Majlis Raja-Raja sebagai hilangnya kepercayaan kepada PM Najib ; Saya minta Hishamudin tafsirkan apa yang boleh rakyat ambil daripada kenyataan Majlis Raja-Raja tersebut? Adakah kenyataan tersebut menunjukan betapa sayang dan percayanya mereka kepada Memanda Perdana Menteri? Adakah kenyataan tersebut merupakan belaian kasih Raja-Raja kepada Najib?

3. Hishamudin dalam kenyataan beliau tidak pula menyatakan apa maksud sebenar kenyataan majlis Raja-Raja. Beliau hanya menyatakan kalau Raja-Raja tidak percaya kepada PM Najib mereka akan cakap terus terang dan bulat-bulat terhadap Najib. Buat Hishamudin juga, saya minta agar dia fahami bahasa Istana yang begitu berhemah dan masih menjaga maruah memanda Perdana Menteri. Kalau Raja-Raja bermesyuarat dan keluarkan kenyataan minta Najib berundur maknanya itu telah berlaku "undi tidak percaya" oleh Raja-Raja ke atas Najib Memanda Perdana Menteri.

4. Dalam kehidupan berkeluarga pun, adakala tidak perlu sang Ayah bercakap menengking marahkan anak barulah anak-anak faham yang ayah tidak suka apa yang anak lakukan. Cukup dengan memek muka yang berkerut atau berdehem akan buat anak yang belum baligh pun faham dan akan berhenti melakukan perkara yang ayah tidak suka. Kalau anak buat juga akan merasalah penampar daripada sang ayah. Ini Najib Memanda Perdana Menteri sudah berapa kali baligh? Tak kan hendak tunggu Raja-Raja bertitah dalam bahasa "penampar Tokyo" baru nak faham?

4. Kepada Hishamudin, tolong fahami bahasa Istana yang punya tinggi nilai budi bahasanya menjaga maruah seorang Memanda Perdana Menteri. Mesejnya ialah Memanda Perdana Menteri berundurlah secara terhormat. Kepada Hishamudin juga, sebagai sahabat dalam politik Malaysia pesanan saya cukuplah Malaysia dan Johor ada seorang sahaja Ahmad Maslan.

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
8 Okt 2015/24 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.