PRO GUAM: NGO PEGUAM HAK ASASI MANUSIA (HARAPAN BARU)
9 Julai, 2015 merupakan suatu tarikh keramat lahirnya sebuah Ngo baru yang terdiri daripada barisan Peguam Hak Asasi Manusia.
ProGuam, yang merupakan singkatan kepada Pertubuhan Pengamal Undang-undang & Hak Asasi Manusia Malaysia telah ditubuhkan melalui cetusan idea para Peguam yang cintakan undang-undang dan keadilan, lahir di saat masyarakat Malaysia inginkan HARAPAN BARU dan sinar baru kepada badan-badan perundangan di Malaysia yang terdiri daripada Badan Kehakiman, PDRM, SPRM dan lain-lain badan yang berlatar belakangkan perundangan agar bukan sahaja dilihat adil, malah dilihat berlaku adil.
ProGuam meneliti pelbagai isu negara yang berlaku mutakhir ini, daripada isu penyiasatan 1MDB, isu wang tunai berbilion ringgit yang dipindahkan ke akaun Perdana Menteri sehinggalah kepada isu saman AES yang dikatakan bakal "hidup" semula.
Sebagai komitmen awal kami, ProGuam melalui barisan Peguamnya yang terdiri daripada individu-individu dari seluruh negara akan menyediakan khidmat guaman percuma dalam himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos kelak.
ProGuam dengan berbesar hati ingin menjemput mana-mana pengamal undang-undang termasuk pensyarah dan mahasiswa undang-undang baik lelaki mahupun wanita untuk bersama-sama menyertai kami demi melihat masa depan yang adil, bersih dan sejahtera.
Noorazmir Zakaria
Presiden ProGuam
(No. Pendaftaran: PPM-004-10-09082015)
Penyelaras
Gerakan Harapan Baru
Negeri Melaka
11hb Ogos 2015
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka
Assalamu’alaikum WBT
SOKONGAN TERHADAP TINDAKAN SPRM DALAM MEMBANTERAS GEJALA RASUAH DI MALAYSIA
Adalah dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.
2. Perkembangan mutakhir mengenai isu rasuah yang melibatkan pemimpin utama negara adalah amat membimbangkan. Umum mengetahui rasuah adalah penyumbang utama kepada keruntuhan banyak negara dan institusi. Justeru mendorong kerajaan Malaysia suatu ketika meletakkan SPRM dibawah seliaan SPB Yang Dipertuan Agong bagi memperkukuhkan kuasa dan keupayaan SPRM menjalankan siasatan terhadap isu-isu rasuah yang berlaku dalam semua agensi dan institusi dalam negara.
3.Adalah begitu malang apabila SPRM dicabul dan tidak dihormati oleh penguasa melalui pasukan penguatkuasa yang lebih rendah kedudukannya dalam hieraki agensi penguatkuasa dalam negara kita. Kedudukan suruhanjaya dibawah SPB YDP Agong langsung tidak mendatangkan rasa hormat malah telah diperkotak-katikkan. Kami memahami bahawa siasatan SPRM selama ini sering diganggu pihak tertentu yang berkedudukan untuk kepentingan peribadi mereka. Lebih malang apabila beberapa pegawai SPRM ditangkap dan mungkin akan didakwa atas tuduhan membocorkan maklumat penyiasatan skandal 1MDB. Malangnya, pesalah yang sedang disiasat kini semakin bermaharajalela dengan kuasa dan kedudukan yang ada pada mereka.
4.Sehubungan itu, Gerakan Harapan Baru Negeri Melaka menyokong penuh tindakan SPRM membanteras gejala rasuah sehingga ke akar umbi. Mereka yang bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal. Kami juga menyokong agar SPRM diberi kebebasan sepenuhnya menyiasat kes-kes rasuah dan terkini termasuklah kes melibatkan skandal 1MDB. Kami juga merasa kesal dan dukacita apabila SPRM diganggu, pegawainya ditangkap dan pegawai tertinggi SPRM dipaksa berehat seketika bertujuan mengganggu siasatan yang sedang berlaku keatas skandal 1MDB.
5.Justeru itu, Gerakan Harapan Baru Negeri Melaka menegaskan bahawa kami menyokong penuh usaha SPRM membongkar rasuah dan skandal 1MDB yang boleh menjahanamkan negara kita. Petualang negara perlu didakwa ke muka pengadilan. Maruah SPRM, sebuah badan penguatkuasa di bawah SPB YDP Agong perlu dikembalikan.
Sekian, Terima kasih.
Yang Benar,
Haji Adly bin Zahari
Penyelaras
Gerakan Harapan Baru
Negeri Melaka.
Ramai di kalangan sahabat lama saya dalam PAS mempertikaikan keislaman dan perjuangan di dalam HB. Banyak label dan tomahan. Terpulang, disini saya berikan perbezaan pendekatan dan dasar HB dalam memertabatkan Islam dalam negara ini.

Apakah Beza Dasar Islam PAS Dan HARAPAN BARU (HB)?
1. HB lahir daripada hasrat untuk mengembelingkan tenaga seluruh rakyat dan menghidupkan semula semangat Pakatan Rakyat.
2. Berbeza dari sudut Penegasan ciri2 yang kita nak tonjolkan. Kita tahu Islam itu tidak ada ciri2 yang kita boleh tempelkan. Islam adalah Islam. Cuma dari sudut bagaimana cara orang Islam atau parti Islam atau Organisasi Islam membawa pendekatan Islam itu.
3. HB mengasaskan Islam yang sifatnya RAHMAH (Kasih Sayang), Ramah Tamah. dan bukan Islam Marah atau 'the Compesionate Islam, not the compeling Islam'. Ada setengah pihak tanpa kita sedari, melalui pendekatannya, seolah-olah mengambarkan Islam itu Islam yang marah-marah.
4. Idea berkenaan Pendekatan Islam yang Ramah ini memerlukan kita merungkaikan semua cara kita berfikir, cara kita mendekati orang ramai, cara kita berdepan dan berinteraksi dengan masyarakat berbagai kaum, bangsa dan agama.
5 Ciri yang kami maksudkan ialah Islam yang bersifat Syamilah (Inklusif) bahawa tidak ada seorang pun tertinggal dalam hal ini.
6. Yang kedua, Islam yang sifatnya itu PEDULI bukan hanya soal agama tetapi juga soal politik, sosial, ekonomi, pendidikan yang boleh bagi keadilan kepada semua tidak kira kaum dan agama.
7. Islam yang sifatnya itu melihat perkembangan semasa itu perlu dijadikan sebagai tema bahawa Islam itu mampu bergerak dengan majunya pada setiap masa.
8. Kita mengambil kira soal realiti, perundangan negara, kepelbagaian yang ada tanpa kita cuba nak bulldoze (paksakan). Itu perbezaan nyata dalam konteks isu2 Islam seperti perlaksanaan hudud.
9. Isu2 yang melibatkan sensitiviti orang Islam, kita lebih berminat untuk menggarap persoalan itu melalui dialog, kepercayaan antara satu sama lain, dan lebih penting kita nak memelihara kesepaduan sehingga tidak muncul perpecahan akibat isu itu sehingga mengambarkan Islam itu bersifat tidak boleh berunding dan seolah-olah Islam itu cuba nak paksa orang lain menerima idea-ideanya tanpa dibawa dalam proses demokrasi dan dialog awam.
10. Apa yang kita bawak dalam kerangka negara kita menerimanya sebagai salah satu dari proses demokrasi dan orang ramai boleh berbincang soal itu cumanya perbincangan itu jangan sehingga membawa kepada kebencian dan segala pertentangan idea perlu dilihat sebagai sesuatu yang berada dalam kerangka demokrasi yang sihat dan bukan benci-membenci antara satu sama lain hatta kepada isu yang sensitif sekalipun.
Kenyataan Media Sempena Kematian Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaily
www.harapanbaru.net
Assalamualaikum wrt bth.
Pada awal pagi hari ini, Ahad 9 Ogos 2015, dunia Islam dalam kesedihan menerima berita pemergian sebutir permata ilmu dan rujukan umat dari Syria. Beliau adalah almarhum Syeikh Prof. Dr. Wahbah Moustafa al-Zuhaily (1932 - 2015) yang terkenal dengan keilmuannya dan khazanah kitab-kitab yang diwariskan kepada umat kini, dalam pelbagai bidang ilmu Islam khasnya perbandingan mazahib dan tafsir.
Sesungguhnya pemergian almarhum menyahut panggilan Tuhannya adalah satu kehilangan yang besar bagi umat Islam seluruh dunia. Almarhum adalah contoh ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang beraliran sederhana dalam pendirian sama ada penulisan atau ucapan. Ilmunya yang diperakui dunia dihiasi dengan akhlak terpuji walaupun berhadapan dengan lawan, apatah lagi kawan. Sesiapa pun yang pernah mengikuti kuliah, pembentangan, tulisan dan karya almarhum dikatakan tidak dapat tidak akan mengiktiraf uslub dan sikap kesederhanaan almarhum. Almarhum adalah satu contoh ulama pewaris Nabi saw yang benar-benar dapat dimanfaatkan oleh dunia Islam, bahkan dunia seluruhnya, yang sedang berhajatkan penyelesaian kepada krisis kemanusiaan yang tidak berhujung ini.
Sebutir lagi mutiara dunia Islam telah hilang. Semoga kita generasi pelapis ini dapat mengutip hasil didikan almarhum dalam dunia keilmuan dan amalan. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas ruh almarhum, mengampunkan dosa-dosa almarhum dan menghimpunkan almarum bersama para anbiya', syuhadaa dan para soliheen. Ameen.
HAJI MOHAMAD B. SABU
Pengerusi Gerakan Harapan Baru
10 Ogos 2015/ 25 Syawal 1436H
5 Resolusi Bertindak & 5 Tuntutan Dalam 'Sidang Anak Muda Selamatkan Malaysia' anjuran Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAM HB) di KLSCAH yang berakhir sekitar jam 11.45 malam pada 8 Ogos 2015
5 Resolusi Bertindak Sidang Anak Muda:
1) Bersama-sama menggerakkan himpunan dan tuntutan Bersih 4.0
2) Berkempen menyalakan lampu kenderaan di siang hari sebagai simbolik protes terhadap kepimpinan negara dan bersama-sama mendesak perubahan
3) Bersetuju mewujudkan jawatankuasa bertindak (taskforce) di kalangan anggota sidang untuk bergerak bersama-sama dalam usaha menyelamatkan negara
4) Bermula 9 Ogos 2015, sidang bersetuju untuk viral hashtag #SelamatkanMalaysia dalam usaha memupuk kesedaran dan prihatin rakyat untuk bertindak demi masa depan negara
5) Pemimpin negara yang khianat dan rasuah perlu diturunkan segera
5 Tuntutan Sidang Anak Muda:
1) Membebaskan institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM daripada cengkaman eksekutif dan meletakkan badan-badan tersebut bawah pertanggungjawaban legislatif
2) Memansuhkan akta-akta drakonian yang mencengkam rakyat seperti Akta Hasutan, SOSMA, POTA, POCA, AUKU dan lain-lain lagi
3) Memastikan tiada pihak berkepentingan memainkan isu agama dan perkauman dalam usaha mempertahankan kedudukan politik
4) Menyeru dan bersama-sama para penjawat awam untuk bangun dan bersuara membetulkan kepincangan urustadbir kerajaan
5) Menggesa keterlibatan anak muda dalam proses membuat keputusan (dasar dan polisi kerajaan) serta penggubalan dan pelaksanaan polisi baru bagi membela hak-hak golongan pekerja, petani, nelayan, peniaga kecil, wanita dan orang kelainan upaya (OKU)
Disediakan oleh:
Jawatankuasa 'Sidang Anak Muda Selamatkan Malaysia'
Memandangkan kejadian ini berlaku di Bakri, saya bertanggungjawab utk memberi pencerahan....Markas PAS Bakri Bt.3 di wakafkan oleh seorang hamba Allah kepada cawangan Bt.3 dan pemegang amanah nya iala En. Nazeri penyokong tegar GHB. Dlm mesyuarat cawangan Bt.3 mereka memutuskan markas tersebut boleh di guna oleh GHB. Dlm mesyuarat GHB kawasan Bakri ,
Saya tegaskan agar PASTI tidak digangu dan biarkan beroperasi di situ. Kami tidak pernah menganggu PASTI apa lagi menghalau nya. Tetapi pemuda PAS memberi syarat kalau nk guna markas tersebut pastikan hanya utk aktiviti PAS sedangkan itu bukan pejabat PAS kawasan.Malah PASTI pun menumpang di situ. Akhir nya berlaku sedikit pertelagahan dan akhir nya Pemuda PAS mengambil keputusan keluar dari bangunan. Tp hanya pejabat pemuda yg keluar menakala PASTI akan terus di situ.
Kenyataan Penuh Sdr Huridin
YDP GHB Bakri
Nilai Ringgit Merudum Sama Semacam Tahap Kepercayaan kepada Najib.
www.harapanbaru.net
1. Tidak syak lagi nilai mata wang ringgit sedang mengalami keruntuhannya paling parah.
Berpandukan kadar penurunannya, ada pihak penganalisis meramalkan tidak mustahil akan mencecah pertukaran RM4=1US$ minggu hadapan.
Kesan terhadap kos sara hidup, inflasi diimpot dan kesan kepada pengimpot dan pengekspot pasti terjejas. Peniaga yang berniaga dsempadan Thailand dan Singapura, sedia maklumi penguncupan nilai wang kita. Yang menghantar wang kepada anak-anak yang belajar di luar negara juga tahu.
2. Semalam ringgit menjunam ke paras 3.9125 berbanding Dollar Amerika,
paling rendah dalam 17 tahun sekaligus menyaksikan Indeks komposit Bursa Malaysia kehilangan 30.92 mata. Ringgit, matawang Asia paling teruk di segi prestasi, kehilangan 9.8% berbanding Dollar Amerika, Baht-Thailand sebanyak 6.4%, Peso-Filipina sebanyak 2.2% dan Rupiah-Indonesia kehilangan 8.4%.
3. Pelabur-pelabur asing telah menjual pegangan saham mereka sejak 14
minggu lalu secara agresif kerana semakin hilang kepercayaan terhadap ekonomi Malaysia. Mereka akan mengalami kerugian dalam pertukaran asing atau
‘Forex’ apabila melabur dalam syarikat-syarikat di Bursa kerana ringgit susut nilainya.
4. Tekanan atas nilai ringgit berpunca, antara lain, dari harga minyak mentah yang turut jatuh. Perkara ini bersangkutan dan sentimen buruk akibat tidak kemampuan 1MDB membayar hutang korporatnya RM42 bilion. PM Najib wajar insaf apabila sentimen menjadi jelek dan celaka menimpa negara, apabila pasaran kewangan tempatantahu berita ‘perpindahan’ RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya menjadi viral.
5. Meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) telah nyatakan untuk tidak lakukan
‘tambatan ringgit’ sekali lagi, polisi itu mungkin terpaksa digunakan apabila ringgit mencecah pertukaran 4.10 atau 4.20, mengikut pandangan penganalisis. . Pada krisis kewangan 1997, kadar pertukaran mencecah RM4.80 = 1US$ serentak menuntut langkah intervensi ‘tambatan ringgit’.

6. BNM diketahui telah ‘mempertahankan’ ringgit dengan membeli ringgit apabila pelabur menjual secara drastik bagi mengelak suasana ‘volatility’ atau ‘ketidakentuan’ yang melampau. Betul, kesannya penurunannya semacam ada baik-buruk. Ekpot jadi murah, impot jadi mahal dan sebagainya. Namun, pelabur dan pasaran (market) resah dan tidak suka suasana ini. Mereka memerlukan situasi nilai matawang yang lebih stabil.
7. Seperkara lagi, ekonomi sesebuah negara ditentukan oleh beberapa ‘fundamentals’ atau ‘asas’. Antara faktornya ialah ‘Simpanan Asing’ atau ‘Foreign Reserves’. Simpanan asing kita telah menguncup secara drastik dari tahap US$140bilion (RM541b) pada tahun 2013 kepada US$100.5 (RM350b) pada 15 Julai lalu.
8. Pada awal Julai lalu, simpanan asing menurun sebanyak US$5 bilion.
Ini menandakan BNM telah menggunakan simpanan asing kita untuk ‘pertahankan’ dengan membeli ringgit apabila penjualan besar-besaran dilakukan oleh pelabur asing.
9. Penjualan besar-besaran ini menurunkan nilai ringgit. Penjualan ringgit bermakna ‘Permintaan’ jatuh, sekaligus menurunkan nilai ringit, apabila bekalan meningkat. BNM membeli bagi pertahankan ringgit, menggunakan ‘simpanan asing’nya. Namun langkah intervensi ini adalah berita buruk bagi rakyat, sama seperti berita ‘bailout’ syarikat sakit kerajaan (GLCs) kerana mengurangkan simpanan asing negara.
10. Mengurang simpanan asing mengurangkan keupayaan dan ‘options’ untuk BNM bertindak semasa berdepan dengan krisis kewangan. Penurunan simpanan asing juga bakal mengancam penurunan ‘penarafan negara’ atau ‘downgrading sovereign rating’.
11. Ini berita buruk buat negara dan bakal menjadikan kos pinjaman di
pasaran kewangan di Malaysia tinggi atau mahal. Kos menjalankan perniagaan akan menjadi mahal dan tidak menarik. Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pelaburan yang menarik.
12. PM Najib selaku Menteri Kewangan wajar faham kesemua kesan ini
apabila mengurus ekonomi dan kewangan negara secara culas, curang dan tempang. Pilihan untuk menggunakan kaedah monitari bagi menggamit pelaburan atau mengelak pelabur menjual ringgit, seumpama meningkatkan kadar faedah (yakni Kadar Pinjaman Semalaman atau Overnight Policy Rate, OPR), pastinya akan membebankan lagi rakyat.
Harap Pak Menteri tidak menggunakan hujah Pak Pandir acap-acap. Bukan matawang kita sahaja turn, semua matawang negara lain pun turun. (Bukan anak kita sahaja mati, anak orang pun mati juga).
- Dr Dzulkefly Ahmad
Setiausaha Gerakan Harapan Baru.