NASIB ANAK MUDA DAN MALAYSIA HARI
Kita yang telah lebih dari separuh umur ini menghadapi situasi yang tidak pernah kita lalui dan tidak menjangka akan bolih berlaku dalam Negara yang di sayangi ini. Bagi mereka yang baru mula berkerja mereka bergelut dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Anak muda hari ini pula menghadapi berbagai cabaran dan dugaan yg amat hebat sebelum mereka tamat pengajian dan sebelum dapat berkerja lagi. Krisis keyakinan dalam Negara kepada kerajaan amat parah dan nilai wang Malaysia di luar Negara jatuh begitu teruk sekali.
Anak muda Mahasiswa hari ini cerdik dan celik maklumat. Mereka tidak bolih dan tidak rela di perbodohkan olih mana mana pihak. Berbekalkan ilmu di dada, semangat yang berkobar serta tenaga muda yang dinamik mereka terpanggil untuk bertindak.
Mahasiswa yang menjemput Ahli Parlimen yang merupakan pakar ekonomi untuk memberi kuliah di sebuah Universiti UIA tempatan tentang situasi ekonomi semasa telah di gantung pengajian mereka. Mereka hanya dahagakan maklumat dan ilmu semasa bukan ketagih dadah. Anak muda yang hanya menyeru pemerintah di ganti kerana keadaan Negara yang sudah parah di tangkap di bawah akta yang hukumannya amat berat sekali. Bagaimana pun Ini tidak melunturkan semangat ikon anak muda Malaysia saperti Adam Adli dan Safuan Anang untuk terus mendesak walaupun mereka di penjarakan..
Terkini anak muda mahasiswa berkemah secara aman di luar Parimen menuntut pemerintah yang gagal mengurus Negara dengan baik di tukar, tetapi 17 dari mereka di muatkan kedalam lori olih Polis dan di kurung dalam Penjara Jinjang. Diantara yang di kurung di dalam adalah Khairul Najib, Lau Yi Leong dan Mustapha Kamal. Yang menunggu diluar pada malam 25 Ogos bersama saya di Penjara Jinjang adalah ketua gerakan mahasiswa Muqit Mohd dan Shukri serta ramai rakan rakan muda yang lain. Mendengar kuliah bebas tak bolih, bersuara tak bolih dan berkemah di luar Parlimen pun di tangkap. Apa yang bolih untuk anak muda kita.? Adakah Kerajaan kita hanya berminat menglahirkan generasi mahasiswa anak muda yang pekak, bisu dan buta ?
Saya meninggalkan acara menyambut setahun hari kelahiran anak saya , Bariq Umar, malam 25 Ogos itu untuk bersama mereka dalam saat dugaan hebat yang mereka hadapi. Tiada apa yang lebih penting dari memperjuangkan masa depan anak anak kita serta mahasiswa yang akan menerajui Negara kita satu hari nanti- In Sya Allah.
Sudah sampai masanya semua pihak memberi komitmen yang tinggi menangani masalah meruncing Negara. Tinggalkan lah pejabat berhawa dingin kita, bilik Kuliah kita, keselesaan rumah kita serta ruang Masjid dan Surau kita untuk seketika untuk turun kebawah bersama rakyat menyatakan kebimbangan dan penentangan apa yang berlaku di Negara kita hari ini. Islam menyuruh kita menegur kezaliman sekurang kurangnya dengan hati, atau mulut dan jika perlu dengan tangan. Tampa masa depan baik untuk anak muda tidak akan ujud sebuah Negara yang berdaulat dan Merdeka. Hanya beberapa hari lagi sehingga 31 Ogos 2015 hari Merdeka kita. Merdeka kan lah minda kita dari di kongkong, di ugut dan di jajah dengan menuntut keadilan untuk semua dengan turun ke Jalan Raya pada hujung minggu ini. "Bersih" kan lah segala yang telah mencemarkan Negara kita demi Agama, Negara dan Bangsa Malaysia yang Bersatu, In Sya Allah- God Willing.
Raja Bahrin Shah.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
(Di luar Lokap Berpusat Jinjang- malam ini-17 mahasiswa di tangkap di luar Parlimen di bawa ka Lokap di bawah 124 B........termasuk Khairul Najib)
oleh: Dr Dzulkefly Ahmad
Tidak pasti apa respons saya sebenarnya. Sedih atau suka apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kata Melayu akan jadi 'bangsat' sekiranya Umno kalah dan hilang kuasa kerajaan persekutuan.
Secara ikhlasnya memang ada perasaan sedih dan kecewa mengenangkan masih ramai orang Melayu yang percaya akan khurafat dan doktrin hanya Umno mampu membela Melayu. Untuk membebaskan Melayu daripada doktrin ini sangat sukar.
Orang Melayu khasnya di luar bandar bahkan juga di bandar, yang kurang bermaklumat atau mendapat maklumat daripada akhbar perdana seperti Utusan dan RTM, akan terus percaya hanya Umno yang mampu membela Melayu.
Ya, memang sedih dan kesian orang Melayu terbelenggu dengan khurafat ini. Mereka kekal dalam politik perlindungan atau ‘patronage’ ini. Mereka mudah ditakut-takutkan atau diugut. Mungkin sampai kiamat agaknya.
Hendak ketawa dan merasa lucu ya juga, sebab PM ini tidak habis-habis hendak 'berjenaka'. Dengan ‘expose' atau pendedahan yg dibuat media antarabangsa seperti WSJ dan New York Time (NYT) tentang pelbagai skandal, termasuk terkini hal 'derma', melibatkan Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat syarikat 1Malaysian Development Berhad atau 1MDB, dia masih mencuba. Ini melucukan.
Kalau dulu Umno memang jelas membantu rakyat khasnya orang Melayu. Contoh mudah, allahyarham Tun Razak, ayahanda Najib, membangunkan kaum Melayu dan Bumiputera dengan projek pembangunan seperti Felda. Sebaliknya, hari ini Umno di bawah Najib merungkaikan dan merencat usaha membangunkan warga peneroka.
Kini mereka dimangsakan. Ketika Felda Global Venture (FGV) akhirnya disenaraikan menjana hampir RM10 bilion, 112, 635 peneroka hanya diperuntukkan 91 juta saham dan berakhir dengan mendapat kurang daripada satu lot (800 unit). Mereka meminjam RM3,563 untuk membeli saham tersebut. Mutakhir, harga saham Felda merudum tinggal RM1.50 sesaham berbanding RM4.55 sesaham ketika diapung dulu. Peneroka terbeban hutang kerana membeli saham dahulu. Yang untung pihak korporat dan pengurusan. Yang merana peneroka. Umno membela peneroka Melayu?
Umum belum melupai bagaimana FGV Berjaya membeli 51% pegangan saham Koperasi Peneroka Felda (KPF) dalam Felda Holding Berhad (FHB) dengan harga murah daripada sepatutnya sebanyak RM4.1 bilion. Sekali lagi Melayu yakni kelompok peneroka ditipu korporat Melayu Umno!
Ramai yang mula celik sekarang ini dan tahu peneroka yg mengusahakan kebun sendiri mendapat pendapatan lebih lumayan daripada berurusan dengan pihak korporat Felda. Ada juga pihak tertentu terbukti sabit menipu peneroka tentang perahan minyak sawit.
Tun Razak sebagai Umno Asal atau Original, bangunkan Melayu, Umno sekarang tipu Melayu. Inilah 'Melayu tipu Melayu'.
Cerita terkini tentunya hal 1MDB. Bayangkan dana berbilion ringgit yang boleh digunakan untuk membangunkan orang Melayu dan juga kaum lain kalau tidak digunakan untuk 'bailout' dan selamatkan 1MDB. Hutang korporatnya mencecah lebih RM42 bilion. Seandainya gagal dilunaskan 1MDB, semua akan terbeban ke atas kerajaan persekutuan.
Berapa kali kerajaan bailout dengan diberi pula line kredit RM950 juta untuk digunakan 1MDB bila-bila masa.
Nah, bayangkan kalau tidak ada Umno dan Najib, maka tidak akan ada angkara 1MDB. Seluruh dana berbilion ringgit ini boleh kita gunakan membangunkan rakyat. Maka sekali lagi Umno bangsatkan rakyat khasnya bangsa Melayu.
Dengan kata lain, sebab angkara Najib dan Umnolah berbilion dana-dana awam ini 'koyak' dek mereka. Jadi siapa yang 'kencing dan tipu' Melayu. Umno!
Satu lagi contoh Najib 'tipu' Melayu ialah dengan menjual tanah diperuntukkan Pak Lah untuk Perbadanan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) kepada 1MDB. Itulah tanah yang kini hendak dibangunkan projek TRX Exchange.
Tanah itu asalnya diberikan kepada PHBB utk dibangunkan oleh mana-mana pemaju Bumiputera sebagai pembangunan hartanah Bumiputera dan akhirnya akan menerbitkan REIT seumpama Amanah Hartanah Bumiputera (ASH) untuk orang Melayu dan Bumiputera. Ini penting untuk bangunkan Melayu supaya memiliki saham dalam aset 'prima' di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Sebab Najib dan Umno 'tipu dan bangsatkan' Melayu, maka semua perancangan baik dulu dikorbankan Umno hari ini. Menjadi lebih celaka dan bangsat kerana dijual kepada 1MDB dgn harga kroni sebanyak RM60 kaki persegi (kps), tetapi dijual semula kepada seumpama Tabung Haji setinggi RM2,700 kps dan terkini kepada Affin Bank melebihi RM4,700 kps. Apa yang orang Melayu dapat?
Dengan hanya mengambil beberapa contoh ini saja, cukup untuk saya buktikan Umno sekarang ini yang 'membangsatkan' Melayu! Naratif penuhnya terlalu panjang, dengan kisah pembangsatan bangsa Melayu yang sangat mengaibkan. Tolak tepilah hal urusan kewangan yang sangat culas, boros dan khianat yang mengakibatkan rakyat dibebani cukai GST yang ganas regresif.
Najib tidak sedar apabila beliau mengatakan kalau Umno kalah Melayu menjadi bangsat bermakna selain Umno, Melayu akan jadi bangsat! Tetapi hakikat sebaliknya tidak beliau sedari sehingga kini.
Nah untuk menamatkan program 'pembangsatan' Melayu, maka Melayu mesti tolak Najib dan Umno dalam pilihan raya akan datang. Tegasnya, Melayu akan selamat dan sejahtera apabila Umno hilang kuasa di peringkat persekutuan!
Dengan kata lain, siapa yang 'membangsatkan' orang Melayu? Najib dan Umno! –
25 Ogos, 2015.
Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara.
Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAMHB) memandang serius kejatuhan berterusan nilai mata wang negara Ringgit Malaysia yang akhirnya boleh mengakibatkan negara menjadi bankrap. Faktor utama yang mendorong kesusutan nilai matawang negara adalah faktor sentimen kewangan berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan integriti Perdana Menteri yang gagal diselesaikan sehingga kini serta faktor fundamental ekonomi akibat hutang negara yang cukup tinggi.
Kebankrapan negara jika menjadi realiti dan bukannya mimpi di siang hari, maka rakyat lah yang akhirnya menanggung kesan buruknya. Kadar inflasi akan meningkat, kenaikan melampau harga barangan dapur yang kebanyakannya diimport, kilang-kilang ditutup dan industri perdagangan menjadi lumpuh yang pasti menambah jumlah pengangguran dan lelongan hartanah, harga bahan api menjadi lebih mahal yang akan memberikan kesan kepada perkhidmatan awam serta penjawat awam berkemungkinan kehilangan pekerjaan jika kerajaan tidak lagi mampu membayar gaji.
Akibatnya, masalah sosial dan jenayah akan meningkat dan ini akan meruntuhkan nilaimurni dan jatidiri masyarakat Malaysia terutama di kalangan anakmuda. Hutang PTPTN pasti menjadi mimpi ngeri bagi graduan anakmuda sedangkan tiada jaminan untuk ditawarkan pekerjaan.
Kebimbangan risiko ini menjadi lebih parah jika kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dalam penstrukturan membayar hutang negara termasuk kemungkinan bersetuju kepada TPPA yang akhirnya mengakibatkan dagangan milik kuasa luar menguasai ekonomi negara.
Ketika itu, kita bakal mengemis di bumi sendiri. Ketuanan Melayu hanya menjadi ukiran sejarah. Melayu akan dibangsatkan akibat korupsi dan penyelewengan pemimpin umnobn.
Maka, GAMHB menyeru semua pihak mengambil langkah-langkah demokratik yang drastik dan berkesan terutama ahli-ahli parlimen dari semua parti politik bersama-sama berkonsultansi mencari solusi untuk memulihkan ekonomi negara secara telus dan berkesan. Tindakan pembersihan sistem pilihanraya hendaklah diambil segera agar proses demokrasi dapat dijalankan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang amanah dan adil bagi menerajui tampuk pemerintahan negara.
Satu sidang parlimen khas perlu dipangil dengan segera bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara ini sebelum terlambat. Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri perlu menjadi agenda permulaan bagi merealisasikan agenda perubahan ini.
Harapan rakyat usah dipunahkan kerana kepentingan politik. Rakyat dambakan erti kemerdekaan hakiki untuk bebas daripada kemiskinan, penindasan dan kezaliman.
FAIZ FADZIL
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anak Muda
Harapan Baru
25 Ogos 2015
Kenyataan Media
PENDIRIAN PAS SELANGOR MENOLAK RUNDINGAN PENGAGIHAN KERUSI ADALAH PRA-MATANG
1. Kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor yang menolak sebarang rundingan dengan parti Islam baharu adalah pra-matang dan tidak melambangkan kebijaksanaan yang sejajar dengan usia parti yang diwakilinya.
2. Gerakan Harapan Baru tetap percaya bahawa muafakat politik adalah kunci penting membina negara yang berupaya membela rakyat, menyebarkan kebaikan, dan mendapat redha Allah. Politik angkuh yang menolak rundingan adalah amalan politik usang yang tidak lagi relevan dengan tuntutan semasa.
3. Dinamika politik negara bergerak cepat dan rakyat bakal menerima kesannya, baik atau buruk. Pemimpin politik perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, mengatasi kepentingan dan ego kelompok. Gabungan pembangkang mesti diperkukuh melalui muafakat dan rundingan bagi terus mendokong harapan rakyat yang mahu melihat gabungan politik alternatif yang kuat dan bersatu.
4. Parti Islam baharu akan meletakkan calon-calon untuk bertanding dalam pilihanraya berasaskan muafakat bersama gabungan baru pembangkang, kajian tentang keupayaan parti serta kecenderungan pengundi, dan perbincangan dengan pelbagai pihak. Keputusan yang bakal diambil akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai faktor utama.
Sekian.
Amanah. Progresif. Peduli.
Jamzuri Ardani
Pengarah Komunikasi
Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor.
25 Ogos 2015.

TANAH KG MUTIARA, TERGADAI ZAMAN UMNO P.PINANG
Kes ini adalah antara Penduduk Kampung Mutiara dengan Tuan Tanah.
Ringkasan Fakta.
1. Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman.
2. Atas sebab tertentu, Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.
3. Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.
4. Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.
5. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.
6. Tanah Park Royal Hotel.
Sebahagian penduduk Kg Mutiara sebelum ini menduduki tanah Hotel Park Royal. Bila Hotel Park Royal dibina, mereka berpindah ke Kg Mutiara.
7. Sehingga hari ini, TIDAK PERNAH ADA perundingan/perbincangan antara Penduduk dgn Tuan Tanah.
8. Atau antara Penduduk dengan Kerajaan Negeri.
9. Yang ada, adalah naik turun mahkamah yg akhirnya tetap berpihak kpd Tuan Tanah.
10. Oleh kerana kes ini kes yg melibatkan penduduk dan tuan tanah, dan pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam kes ini.
11. Peranan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan berpegang kpd polisi pentadbirannya; iaitu :-
TIDAK AKAN MELULUSKAN apa jua projek memajukan tanah tersebut SEHINGGA penduduk diberi pampasan yang sewajarnya.
12. Hingga hari ini, Tuan Tanah tidak hantar sebarang permohonan kepada kepada kerajaan negeri untuk memajukan tanahnya.
13. Sebaliknya, mengguna kuasa Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanahnya.
14. Atas kuasa tersebutlah, kampung tersebut sepatutnya dirobohkan pada hari ini, 24.8.15.
15. Atas pandangan keselamatan pihak polis, mereka menangguhkan perobohan ini selama 2 minggu.
16. Ambil maklum, bahawa TIADA PERNAH PERUNDINGAN RASMI antara Penduduk vs Tuan Tanah , dan Penduduk vs Kerajaan Pulau Pinang.
17. YB Zairil (MP DAP Bukit Bendera), TKM1, dan YB Mujahid akan cuba membawa Tuan Tanah ke meja rundingan BUAT PERTAMA KALI.
Ini akan dilakukan dalam masa 2 minggu ini.
Semoga dipermudahkan Nya dan berjaya.
Dr Zaidi Zakaria
Wakil
JK Khas (GHB) Kg Mutiara
Kenyataan Media.
HARAPAN BARU ISTIQOMAH BERSAMA PERJUANGAN ISLAM MEMBELA RAKYAT DAN NEGARA
www.harapanbaru.net
Saya memandang berat kenyataan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.
Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN. Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat.
Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan.
Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi.
Seperkara lagi pada saat ini, rakyat mendesak supaya Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas skandal wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadi beliau dan kegagalan pengurusan ekonomi negara. Nilai ringgit terus menyusut dan simpanan asing juga mengecil ke paras yang mencemaskan.
Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Dato Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka. Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat.
Yang pasti, wakil-wakil rakyat telah mengangkat sumpah di dalam dewan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan negara.
Sikap mereka yang menampilkan komitmen yang tinggi (di dalam dan di luar dewan) untuk terus memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat bagi menuntut perubahan untuk negara, tanpa mengira parti mana yang mereka wakili, seharusnya diberi pujian dan sokongan, bukannya diminta untuk melepaskan jawatan.
USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum
Gerakan Harapan Baru
23 Ogos 2015/ 8 Zulkaedah 1436H
Kenyataan Media
23 Ogos 2015
TIADA PERUBAHAN HARGA GETAH MALAYSIA BERBANDING VIETNAM ,INDIA DAN THAILAND.
Saya ingin menjawab maklum balas email dari pihak Lembaga Getah Malaysia ( LGM ) Berkenaan isu ketidakstabilan harga getah dimalaysia berbanding negara Thai ,Vietnam dan India.
Kerajaan malaysia tidak dapat mempertimbangkan cadangan mewujudkan harga lantai kerana dengan alasan bahawa perlaksanaan harga lantai memerlukan sumber kewangan yg tinggi bg menyokongnya sedangan wang negara hasil cukai rakyat doborosi tanpa penjimatan yg stabil.
Alasan kerajaan juga berkenaan menyediakan ruang kepada aktiviti spekulasi harga dimana para pedagang getah akan menekan harga ke paras rendah dan mengambil kira bahawa kerajaan akan menampung perbezaan diantara harga pasaran dan harga lantai. Sedangkan kerajaan ada kuasa mutlak untuk membasmi syarikat kroni dan org tengah bg mengurangkan penekanan tersebut.
Apa yg kami ketahui bahawa getah asli dimalaysia telah dieksport keseluruh dunia kira kira 70% dari jumlah jumlah getah Malaysia digunakan oleh industri otomotif iaitu untuk pengeluaran tayar dan komponen otomotif. China dan India adalah diantara negara yg berkembang maju dengan kadar pertumbuhan yg tinggi dan merupakan pemacu kepada permintaan getah asli dunia.
Populasi besar dikedua2 negara mendorong kepada permintaan kenderaan yg kukuh seterusnya menjadikan negara ini pasaran utama untuk tayar dan komponen otomotif , Tetapi kenapa kerajaan malaysia dan Lemabaga Getah Malaysia sendiri masih menyimpan jutaan tan getah dimalaysia u tuk dieksport sedangkan jumlah itu mampu mengstabilkan harga getah malaysia setanding dengan dengan harga getah vietnam dan thailand ?
Ini menunjukkan kerajaan masih bermain tarik tali dengan menunggu lonjakan harga getah dunia walaupon tahu rakyat bawahan dimalaysia yerpaksa menanggung derita dengan kos kenaikan harga barang.
Pada masa ini Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport terbesar sarung tangan getah dengan menguasai 63% ( RM10.5 billion ) daripada pasaran dunia.
Industri ini juga menyumbang hampir 72% jumlah eksport barangan getah selain daripada sarung tangan krpada negara2 pengguna. Menerusi promosi jumlah eksport barangan getah selain daripada Lateks telah meningkat daripada RM2.4 Billion pada tahun 2010 kepada RM2.6 Billion pada tahun 2013.
Pihak kami juga mengetahui bahawa LGM telah menjalankan beberapa sttrategi bagi menggalakkan penggunaan tempatan dan untuk pasaran eksport.Apa yg kami cadangkan kpd LGM harus mencuba industri baru dan jangan tertumpu kepada industri sarung tangan dan Kondom ( Lateks ) .
Hasil2 getah malaysia boleh dibawa ke penyelidikan bg membangunkan penggunaan getah didalam pembinaan jalan raya iaitu rubberrized-road seperti negara2 luar yg tidak mempunyai getah tapi mampu membangunkannya.
Tindakan kerajaan dan sikap segelintir pihak yg tidak berani bersuara dalam isu2 yg melibatkan getah dimalaysia bg membangunkan industri getah bg membantu penoreh getah yg berpendapatan rendah menunjukkan kerajaan dan LGM sendiri gagal dalam mengurus tadbir industri getah malaysia yg tidak peka kepada masalah pendapatan rakyat.
Sulaiman Ibrahim @LemanRL
Penyelaras
Harapan Baru
Kawasan Sik