BENARKAH AKAUN NAJIB DI AMBANK ITU TRUST ACCOUNT UMNO?
Disebabkan pengesahan SPRM berhubung duit "sumbangan" dari luar berjumlah RM 2.6 bilion disahkan dan Najib juga tidak akan sama sekali The Wall Street Journal (WSJ) maka bahan bukti yang kononnya fitnah adalah sah untuk kita kaji dan fahami.
Tak ramai yang teliti lampiran bukti WSJ yang menunjukkan peranan Nik Faisal Ariff Kamil yang kini telah lari ke luar negara yang merupakan Pengarah SRC International Sdn. Bhd (dahulunya anak syarikat di bawah 1MDB) adalah salah satu pemegang amanah yang diberikan kuasa untuk mengurus selia akaun Najib di Ambank.
Seperti tertera pada gambar lampiran di atas ada TIGA AKAUN yang berkait dengan Najib.
Kalau benar ini akaun pemegang amanah duit parti UMNO, kenapa bukan Bendahari UMNO yang memiliki "power of attorney" untuk uruskan akaun amanah tersebut?
Kenapa Nik Faisal dari SRC International?
Adakah beliau ahli UMNO?
Adakah Majlis Tertinggi tahu hal ini khususnya Muhyiddin?
Adakah akaun-akaun tersebut telah diaudit?
Ke mana pergi duit-duit tersebut setelah akaun ditutup?
Kenapa semua ini sangat pelik dan kabur??!!
Posting asal Wan Ahmad Fayhsal di Facebookl
KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN CUKUP BODOH
oleh
Khairy jamaluddin memang bangang dan beliau ingat dia boleh perbodohkan rakyat!! Apa saja reka cerita yang beliau cuba katakan untuk menegakkan benang yang basah tidak akan berhasil!!
Tanya budak hingusan KJ ni dia faham tak undang-undang di bawah akta suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia?!
Undang-undang di bawah akta sprm secara jelas menyatakan sumbangan kewangan itu adalah rasuah!! Ini undang-undang yang jelas yang termaktub di bawah perlembagaan kita. Janganlah nak ubah tafsiran perundangan untuk ikut citarasa serta keperluan mereka bagi menutup segala kemungkaran yang telah dilakukan!!
Sebagai makluman ikhlas saya kepada budak hingusan KJ ini; hakikatnya rakyat tidak bodoh macam beliau!!
Budak KJ ni agak bangang dan tak faham bahasa!! Dalam isu ini duit sumbangan rm2.6 billion telah dimasukkan dalam akaun peribadi najib tun razak yang juga menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai penggubal undang-undang cukup malu bagi rakyat untuk dengar kenyataan bodoh yang dibuat oleh budak hingusan KJ ni!!
Saya juga nak tanya KJ mana dia resolusi dari MKT umno untuk lantik najib tun razak sebagai pemegang amanah kepada wang sumbangan tersebut?! Mana akaun umno yang diserahkan pada Registrar or Societies (ROS) pada waktu itu?! Ada tak perincian perbelanjaan wang sumbangan ini dalam akaun atau 'book keeping' umno?! Mana bukti resit pembayaran pada lembaga hasil dalam negeri (LHDN)?!
Apakah bank negara malaysia dimaklumkan tentang kemasukkan wang ini dengan jumlah yang amat besar?! Adakah suruhanjaya pilihanraya (SPR) juga telah dimaklumkan mengenai jumlah wang perbelanjaan BN itu?!
Janganlah nak cakap ikut sedap mulut saja kerana kita tertakluk di bawah undang-undang yang amat jelas!!
Kenapa bank negara dan lembaga hasil dalam negeri masih membisu dalam isu wang sumbangan ini yang telah dimasukkan dalam akaun peribadi najib tun razak?!
Di masa depan kalau budak KJ ni nak buat kenyataan; cakaplah secara ilmiah serta komprehensif. Jangan nak tegakkan benang yang basah untuk tutup segala kemungkaran serta salahlaku yang telah dilakukan.
Sekali lagi untuk pengetahuan budak hingusan KJ; yakinilah rakyat tidak bodoh macam beliau!!
s
Krisis kepimpinan Najib – 10 Pemimpin Pelajar
Episod ketirisan dan agenda menindas rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak bagaikan bertali arus.
Ia bermula dengan peningkatan harga barangan yang disambut dengan implementasi GST sehingga skandal kewangan syarikat pelaburan nasional 1MDB yang mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang ringgit dan melemahkan pasaran bon negara.
Kami, barisan pemimpin mahasiswa mewakili golongan mahasiswa seluruh Malaysia menzahirkan kegusaran terhadap kepimpinan Najib.
Kami menggesa beliau untuk memberi penjelasan mengenai persoalan yang timbul mengenai hutang 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan pemindahan wang bernilai USD700 juta ke akaun peribadi beliau.
1. Kewujudan akaun peribadi milik Najib seperti yang didedahkan Wall Street Journal.
2. Penggunaan wang di dalam akaun peribadi tersebut untuk tujuan peribadi dan parti.
3. Kesediaan Najib mengisytiharkan harta sepanjang menjadi perdana menteri dan menjelaskan sumber perbelanjaan mewah beliau dan keluarga.
Rakyat sudah muak dengan polemik dan permainan politik kerajaan pimpinan Datuk Seri.
Perwakilan mahasiswa seluruh Malaysia nyata kecewa dengan sikap tidak profesional dan menuntut kerajaan segera menghentikan sandiwara dan mula mengutamakan rakyat.
Adakah slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sekadar laungan retorik?’
Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet walapun sah di sisi undang-undang, namun tindakan Datuk Seri bersifat tidak bermoral lagi tidak berasas dan dilihat bersifat 'politically driven'.
Perkara ini secara langsung membunuh kualiti 'keterbukaan kerajaan' dalam menerima kritikan.
Mahasiswa melihat integriti dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan teramat penting untuk direjuvenasikan bagi membina negara Malaysia yang lebih matang dan berdaya saing.
Selain itu, kerajaan perlu mengangkat suara mahasiswa sebagai ejen ‘check & balance’ negara yang juga merupakan aset negara paling bernilai (modal intelek).
Memetik kata Profesor Diraja Ungku Aziz semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya pada 25 Jun 1971.
Wahai Datuk Seri Najib hayatilah petikan kenyataan Prof Diraja Ungku Aziz;
“Saya dengan ikhlas tidak takut mengatakan saya menyanjung tinggi hasrat mahasiswa hendak melakukan peranan sebagai 'conscience' negara. Pemimpin yang menyeleweng perlu ditunjukkan haluannya, rasuah perlu dibongkarkan, keadaan terbiar perlu diberi perhatian sewajarnya dan kemiskinan desa serta tindasan buruh yang semuanya merupakan penyakit masyarakat harus menjadi perhatian golongan pemuda-pemudi amnya dan MAHASISWA khususnya".
Selamatkan Malaysia! – 5 Ogos, 2015.
Kenyataan bersama:
1. Mohd Ammar Bin Atan
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
2. Hanif Bin Mahpa
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak
3. Muhammad Sallehudin Bin Khalid
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Abdul Muiz Bin Abdul Hakim
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
5. Mohammad Syahme Bin Baharuddin
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak
6. Mohd Akram Bin Mohd Yusoff
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universti Tenaga Nasional
7. Mohd Khairul Nizam Bin Suhaimin
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka
8. Akram Ikrami Bin Taib Azamudden
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
9. Mohd Arif Zaki bin Ali
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor
10. Mohd Abdul Muhaimin bin Zainol
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan.
r
Terdengar ceramah Ustaz Jefri dalam radio dan beliau ada keluarkan ayat sebegini "ni sebab tak kaya lah kita datang masjid, kalau kaya tak datang ni"
Saya gelak kecil bila dengar sambil kunyah chewing gum. Hehe. Sejak saya pindah ke kawasan baru dimana ia lebih elite, saya jadi kurang setuju sedikit dgn ustaz. Dulu saya memang berfikiran begitu. Cuma kawasan perumahan baru saya sangat membuka mata.
Pertama kali jejak ke surau kawasan baru ni saya agak tergamam kerana makmumnya ramai. Sekeliling surau tu penuh dgn kereta BMW, MERC, VELLFIRE, AUDI dan lain2. Bila solat baru tau sebelah kanan adalah manager kilang yang bergaji puluh2 ribu. Sebelah kiri pula ketua taman perumahan iaitu seorang ahli perniagaan berjaya yg mempunyai helikopter sendiri. Jadi ketar tgn saya bila dpt salam orang-orang hebat. Tiap2 tahun bawa keluarga ke Tanah Suci. Sangat terinspirasi. Secara jujurnya mereka sangat humble dan sangat welcome kepada kami yang baru ini.
Balik dari surau mak bgtau "mak rasa mak sorang je yang pakai barang kemas, yang lain sume tak pakai". Rupanya setiap kali ke surau semua simpan emas di rumah. Sampai mak rasa segan dgn orang-orang disitu. Lepas tu terus mak tak pakai.
Setiap hari ada jadual penuh dgn aktiviti keagamaan . Mereka menjemput ustaz2 dari luar utk usrah, tadarus, ceramah agama dan pelbagai aktiviti lain. Tiada langsung masalah kewangan kerana orang berebut2 nak taja utk dapat pahala Allah. Subhanallah.Silap apa yg sy fikir selama ini.
Masa saya di surau lama, kalau minta utk tajaan, berbuih mulut cakap tp masih tak cukup tabungan. Karpet yg dah sampai berbau dan lama masih tak tukar kerana tunjuk bajet dr jabatan yg dah bertahun2 minta bajet tapi tiada jawapan. Ayah hantar air cond hari ni, esok dah hilang. MasyaAllah. Sbb tu rasa tak patut utk ckp orang kaya tak pergi masjid atau jauh dari agama. Salah tanggapan. Terlalu banyak tgk drama melayu bersiri kot yg langsung tidak memotivasi bangsa kita.
Post ini tidak utk tuju kepada sesiapa cuma jgn salah tanggapan dan cepat judge menyebabkan kita tak perlu jadi kaya. Saya tidak cukup ilmu agama dan Ustaz Jefri lagi byk ilmu cuma keadaan sekeliling menyebabkan kita ubah persepsi kita.
Masa majlis open house baru2 ni, ayah nak pinjam meja dari surau. Ayah pening nk angkot dgn apa, ttba ada seorang jiran yg volunteer hantar meja dgn Hilux dia. Rupanya beliau adalah ahli perniagaan yg mmpunyai ratusan pkerja dibawahnya tetapi sgt terkejut kerana beliau sendiri yg angkat meja dan psangkan di rumah. Sgt membuka mata.
Semakin banyak persepsi negatif tentang kaya, semakin ramai bangsa lain monopoli ekonomi negara kita hingga kita dipijak2 spt ini bukan negara kita.
Lepas ni orang2 kaya kenalah bawa kereta mewah pergi masjid. Tutup telinga je kalau orang cakap riak. Kereta tu Allah yg bg dan bawalah ke rumah Allah.
Sekadar berkongsi. Jom maghrib!
SAID SAIFUL FAZLI
sumber asal
Menilai Hadiah
Sabda Nabi s.a.w:
فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ
“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung.
Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.
Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah.
- Dr MAZA
s
SOALAN BERKAITAN RM2.6 BILLION
Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan perkara berikut;
Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?
Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?
Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?
Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?
Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?
Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?
Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?
Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti
Parlimen Belia Malaysia
r
Saya Zulhazmi Bin Shariff merujuk kepada Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 3 Ogos 2015 seperti berikut :
"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB"
Kenyataan hasil siasatan SPRM tersebut dengan jelas menyatakan bahawa sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri adalah merupakan penjawat awam yang tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia. Justeru saya membuat laporan ini di bawah peruntukkan Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang menyatakan seperti berikut :
Barang siapa, yang menjadi seorang penjawat awam, menerima atau mendapat, atau bersetuju menerima atau mencuba mendapat, untuk dirinya atau untuk orang lain, sesuatu benda yang berharga, dengan tiada balasan atau dengan sesuatu balasan yang ia ketahui tidak mencukupi, daripada seseorang yang ia ketahui telah, atau sedang, atau mingkin ada kena mengena dalam apa-apa pembicaraan atau urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh penjawat awam itu, atau yang ada apa-apa perhubungan dengan kerja-kerja rasminya sendiri atau dengan kerja-kerja rasmi seseorang penjawat awam yang di bawahnya ia bekerja, atau daripada seseorang yang ia ketahui sebagai ada kepentingan atau bersangkutan dengan orang yang ada kena mengena demikian itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.
Saya memohon pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menyiasat Perdana Menteri Malaysia dengan kadar segera kerana ianya melibatkan integriti pemimpin tertinggi negara dan maruah Malaysia. Sekian laporan saya.
**** Saya mengajak semua sahabat-sahabat yang prihatin tentang masa depan Malaysia dan masa depan kita semua supaya sama-sama membuat laporan polis agar Polis membuat siasatan tanpa memihak.
BERANI BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
04082015
--