Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Kenyataan Pemuda UMNO Pasir Gudang Mengenai Isu Memorandum Kepada PM

10:20 PM

Kenyataan Pemuda UMNO Pasir Gudang Mengenai Isu Memorandum Kepada PM

KENYATAAN PEMUDA UMNO PASIR GUDANG MENGENAI ISU MEMORANDUM KEPADA PM

1. Pemuda amat kesal dan kecewa dengan eksplotasi memorandum yang dihantar kepada YAB Presiden UMNO semasa lawatan beliau ke Pasir Gudang semalam (9 Ogos 2015) bagi merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2015.

2. Walaupun pada dasarnya penghantaran memorandum adalah sebahagian daripada prinsip dan asas kebebasan bersuara, namun Pemuda Pasir Gudang ingin tegaskan bahawa isi kandungan memorandum tersebut langsung tidak menggambarkan pendirian sebenar UMNO Bahagian Pasir Gudang secara keseluruhan.


Teks Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang

9:41 PM

Teks Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang

Teks Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN

SEMPENA PERSIDANGAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO

BAHAGIAN PASIR GUDANG 2015

DI DEWAN TAMAN MAWAR

10.00 PAGI & 9 OGOS 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor

Datuk Seri Presiden,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya dan rakan-rakan di kawasan Pasir Gudang sangat berbahagia dengan kehadiran Datuk Seri Presiden, pada pagi yang damai dan indah ini. Kami di Pasir Gudang berasa amat bertuah dan berbesar hati dengan penghormatan ini.


Kenyataan Media Oleh Yb Dato' Seri Shahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

8:00 PM

Kenyataan Media Oleh Yb Dato' Seri Shahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM, AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Saya menerima maklum dan menyambut baik cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk berbincang dan mengkaji semula pertukaran dua orang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjadi perbualan umum pada ketika ini.

Difahamkan, kedua-dua mereka akan bertemu dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta Ketua Setiausaha Negara esok.

YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM

9 OGOS 2015


Hari ini masuk hari ke-22 kita berada dalam bulan kemenangan - Najib Razak

2:24 PM

Hari ini masuk hari ke-22 kita berada dalam bulan kemenangan - Najib Razak

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Hari ini masuk hari ke-22 kita berada dalam bulan kemenangan, bulan Syawal. Saya percaya tentu ramai yang sudah ataupun sedang menunaikan puasa enam. Hikmah di sebalik puasa enam ini amat besar.

Sabda Rasulullah SAW, "Barang siapa berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, bererti dia telah berpuasa satu tahun." Beruntung kita umat Muhammad diberikan kelebihan ini. Wallahualam. Semoga rakyat Malaysia terus diberkati Allah SWT.


Fitnah 'Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional' - Idris Jusoh

11:51 PM

Fitnah 'Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional' - Idris Jusoh

Dato' Seri Idris Jusoh

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".


UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati - Khaled Nordin

11:40 AM

UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati - Khaled Nordin

UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergelumang dengan kemiskinan dan jurang keberadaan.

UMNO tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati.

 UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti atau disiplin kepartian mentaati pemimpin.

Sudah sampai masanya UMNO bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan

DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

s

Tindakan Saman Terhadap Yb Mohd Rafizi Ramli - Khairul Azwan Harun

2:13 PM

Tindakan Saman Terhadap Yb Mohd Rafizi Ramli - Khairul Azwan Harun

TINDAKAN SAMAN TERHADAP YB MOHD RAFIZI RAMLI

Ingin saya maklumkan bahawa hari ini peguam saya telah memfailkan tindakan undang-undang (saman) di mahkamah terhadap YB Mohd Rafizi Ramli ke atas tohmahan serta fitnah beliau ke atas saya mengenai isu transaksi perniagaan yang dilakukan oleh MARA baru-baru ini.

Tindakan ini diambil setelah tempoh yang saya berikan kepada beliau untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan telah tamat.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa dakwaan beliau itu adalah tidak betul dan berniat jahat terhadap saya serta Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Recent Posts Widget

.

.