Timbulnya GHB, PASMA adalah Natijah Sejarah Percubaan Dominasi PAS yang Panjang - Ahmad Hakimi Othman.
Timbulnya GHB, PASMA adalah Natijah Sejarah Percubaan Dominasi PAS yang Panjang.
APabila melihat satu persatu yang terjadi mutaakhir kepada perkembangan yang melibatkan Gerakan ISLAM PAS. aku membelek liku liku sejarah PAS sejak 1990 an dengan merujuk kepada carta organisasi, pertembungan muktamar dan bertanyakan orang orang lama dalam PAS. Sempat juga melihat penulisan akedemik dan kronologi semasa dan dipadankan dengan sejarah, maka ini yang aku dapati.
Sebenarnya, apa yang berlaku dalam PAS, penyakit hubbu riasah ini mula membiak sejak mula reformasi 1998. tatkala itu, Ketua Pemuda masih lagi ALmarhum Ustaz ABu Bakar Chik. Di Peringkat Pusat adalah old guard yang begitu setia memagari PAS dengan prinsip dan dasar ISLAM. Namun, dalam legasi pemuda PAS ketika itu terbahagi kepada beberapa fraksi, antaranya pro khomeinisme ( yang tertonjol bila memecat ketua pemuda dari KOSIS), Kumpulan Republik ( terdiri daripada alumni UM dan UKM KL) dan kumpulan yang bersama Ulama dan dasar.
Pertembungan mula nampak sekitar pemilihan DPPM 1997 apabila Almarhum Ustaz ABu Bakar Chik dicabar Mohd Sabu. Waktu ini, Almarhum ABC disokong kumpulan ulama dan republik.
apabila muktamar 1999, Belaku muktamar pemilihan. Almarhum Ustaz ABC tidak lagi mempertahankan Posisi Ketua Pemuda. Meninggalkan Posisi itu untuk dipertandingkan oleh Mahfodz Omar melawan Dr Hatta Ramli yang juga selaku KP Selangor waktu itu. Kebetulan waktu itu juga, SU Agong PAS, Ustaz Halim Arshat jatuh sakit setelah menjawat jawatan SU semenjak 1989 apabila melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat. Dalam pertandingan ini, Mahfodz Omar menang dengan reputasi yang ada pada jawatan setiausaha Gerak yang dibina oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor, manakala Dr Hatta tewas. Namun begitu, dicadangkan oleh mereka yang mendokong Dr Hatta untuk dicadangkan menjadi setiausaha Agong, seumpama kes Ustaz Halim Arshat yang melepaskan ketua Pemuda bagi memberi laluan kepada Ustaz ABu Bakar Chik.
Dalam masa yang sama, timbul pula tokoh baru muda Ulama, profesional yang diangkat oleh almarhum Ustaz Fadhil iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Beliau seumpama anak emas dan permata PAS waktu itu kerana dengan status akedemik yang tinggi dan kemampuan dalam pelbagai bahasa dunia termasuk arab, english, perancis dan lain lain. beliau adalah penterjemah kepada tokoh tokoh besar ISLAM apabila mereka datang ke Malaysia. Sehingga tulisan Pak SUbky Latiff memuji beliau sebagai calon Perdana Menteri akan datang.
Maka apabila timbul cadangan nama untuk setiausaha Agong kepada Ustaz Fadhil, Nama ustaz Nasharuddin Mat isa dipilih mengatasi calon calon lain termasuklah dr hatta ramli. Maka, di sinilah boleh melihat pertembungan halus peringkat pertama.
Dalam waktu yang sama, 1999 menyaksikan PRU 10 yang menjadi pencapaian terbesar PAS sehingga Presiden PAS menjaadi ketua Pembangkang dan timbalan Presiden PAS menjadi Menteri Besar Terengganu. Peruntukan Ketua Pembangkan membolehkan melantik seorang Setpol , makanya DR Hatta Ramli dilantik menjadi Setpol Ustaz Fadhil Noor di Parlimen. Manakala bagi menteri besar terengganum TGHH melantik Cikhu Hussin Ismail sebagai Setpolnya.
Keadaan yang ada ini menjadi peluang kepada mereka yang GHB hari ini, apabila berlakulah kematian kepada ALmarhum Ustaz Fadil Noor pada June 2002. kelompongan Ustaz fadil menyebabkan beban yang begitu tinggi kepada pemangku Presiden waktu itu, TGHH. TGHH mempunyai dua setpol, setpol MB terengganu dan SETPOL Ketua Pembangkang Di Perinkat Pusat.
Di waktu yang sama, semasa Muktamar 2002, Ustaz Fadhil Noor mengumumkan untuk melancarkan Dokumen Ngeara ISLAM setelah dicabar oleh Tun Mahathir. Pada awaln diserah tugas kepada PPP mendrafkan dokumen tersebut. Ditakdirkan ALLAH, almahum ustaz Fadhil meninggal dunia selepas 2 minggu muktamar. PPP ketika itu dipengerusikan olkeh Dr Dzulkefly Ahmad, mendraf dokumen negara ISLAM bersama Dr Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Dr Hassan Ali, Mokhtar Shuhaimi tanpa ada panel pencadang dari dewan Ulama PAS dan Ilmuan PAS yang lain.
Selepas memangku Presiden PAS, banyak jadula di Pusat diserahkan kepada SETPOL Ketua Pembangkang waktu itu iaitu dr Hatta. Maka, ketika inilah dirancang untuk melancarkan Ucapan pertama Pemangku Presiden PAS yang dijadualkan di Klana Jaya september 2002 dengan dinamakan kertas kerja strategi Dua Lapis. Kertas kerja ini disediakan sekali lagi oleh PPP dan DR Hatta Ramli tanpa memberi kesempatan untuk TGHH menyemak sehingga malam program. Apabila dibentangkan KErtas Kerja strategi Dua Lapis itu, Ucapan TGHH tekah ditolak oleh Almarhum ustaz ABC, Muhammad sabu dan pemimpin yang lain sehingga seolah olah imej TGHH waktu itu jatuh merudum saat menerima baton kepimpinan dari Almarhum Ustaz Fadhil Noor. TGHH yang kena, tetapi yang menyediakan kertas dokumennya cuci tangan.
Berbalik kepada dokumen Negara ISLAM yang disusun oleh Dr Dzulkefly dan PPP. Ia telah ditolak total oleh majlis syura kerana tidak menepati paiawai kerangka negaraa ISLAM sebaliknya hanya kepada sebuah model negara demokrasi sivil bermoral. akhirnya Majlis syura mengambil ketetapan untuk buat baru yang diuruskan oleh Dewan Ulama dan disemak oleh Dr Harun Din. Hal ini ditulis oleh Liew Chin Tong dalam jurnal politik yang diterbitkan di singapura. Kebetulan thesis Liew Chin Tong adalah berkenaan dengan PAS dan negara ISLAM versi PAS. Soalnya, siapa yang membocorkan kepada Liew Chin Tong? Fikir fikirlah sendiri.
Apabila Post Mortem PRU2004, dengan Pantas sebahagian Pemimpin Progressif ini menyalahkan Dokumen negara ISLAM versi Dewan Ulama. Sedangkan 1999, PAS menang dengan undi swing dari orang Melayu, manakala BN kekal dengan sokongan bukan Melayu. Sebab itu Mahathir buat persempadanan semula 2003 untuk menguntungkan BN yang bergantung kepada UMNO/BN.
cerita masih panjang, tapi mungkin dalam coretan yang lain.
Ahmad Hakimi Othman.
Yang mengkaji Sejarah PAS dan pergolakannya.
s
Sila kongsi artikel ini...