Negara Perlukan Perubahan Total - Pengarah Penerangan PAS

5:25 PM 0 Comments A+ a-



NEGARA PERLUKAN PERUBAHAN TOTAL.

Semalam saya di Program Santai Isu Isu Panas di Kampung Darat Pok Chang, DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu sebagai ahli panel bersama sahabat saya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Penerangan PAS Terengganu.


Soalan paling 'best' yg saya terima semalam adalah dari seorang peserta berbunyi

"Ketika krisis nilai matawang ringgit yg jatuh merudum pada tahun 1997, kerajaan telah menyekat kejatuhan dengan mengikat kadar tukaran ringgit kepada Dollar Amerika pada USD1:RM3.80. Hari ini sudah jatuh teruk USD1:RM4.25. Mengapa kerajaan belum ambil langkah mengikat kadar tukaran itu dengan gunakah rezab matawang negara yg didakwa banyak itu?"

Saya mulakan premis jawapan saya dengan mengingatkan kalau dulu parti PAS orang kata cuma parti orang kampungan, pak ustaz, tok lebai yg tahu urusan masjid surau sahaja. Hari ini Kongres Profesional Muslim Se Malaysia yg bersidang di Kuala Lumpur pada April 2015 yang lalu secara terbuka menyokong PAS dan kepimpinan Islam yg dipandu ulama. Parti UMNO kini cuma tinggal orang pandai pandai dari jenis yg merosakkan pemikiran orang ramai dengan dakyah dakyah yang songsang yg tak bersandarkan kebenaran dan keilmuan.

Untuk soalan mengapa kerajaan tak sekat kejatuhan ringgit?

Secara berseloroh saya menjawab, macamana kerajaan nak sekat kejatuhan ringgit jika Perdana Menteri yang juga menjadi Menteri Kewangan mengajarkan kepada rakyat bahawa "Ringgit Jatuh Baik Untuk Ekonomi Negara"?

Kemudian sekurang kurangnya ada 4 lagi Menteri kanan dalam Kabinet mengulang kenyataan betapa bagusnya jika nilai matawang ringgit turun.

Jadi biarlah ringgit jatuh. Lagi jatuh, lagi baik untuk negara!

Kemudian disambut pula oleh pengulas pengulas yang bersifat mengampu, dengan merapu hujah hujah bagi menyokong kenyataan perdana menteri dan menteri menteri kanan berkenaan.

Kita tidak lupa bagaimana Majlis Professor Negara hilang wibawa sehingga digelar Professor Kangkung.

Saya memberi faham kepada hadirin bahawa nilai matawang dalam sistem kewangan dunia sekarang tidak lagi bersandarkan kepada rezab logam emas yg jadi simpanan negara seperti sistem dahulu yang kita tahu.

Sejak berakhir Perang Dunia Ke Dua, ekonomi dunia yg dikuasai agenda Zionisme yg didokong Amerika Syarikat merubah pendekatan sehingga sistem matawang dunia tidak lagi disandarkan kepada rezab emas.

Nilai matawang ditentukan oleh keyakinan dunia terhadap ekonomi sesebuah negara. Berkait aspek fundamental yg melibatkan statistik kewangan/laporan ekonomi dan juga isu subjektif yg membabitkan persepsi terhadap keadaan negara berkenaan, keyakinan terhadap siapa yg memerintah, urustadbir, ketelusan, perlakuan rasuah, penggubahan wang haram, tahap perlaksanaan demokrasi dan lain lain lagi.

Berlegarnya isu isu Malaysia yang bersifat skandal dan penyelewengan di peringkat antarabangsa yg terlalu besar saiznya terutamanya hutang syarikat 1MDB bernilai kini mungkin RM47Billion (sekarang USD sudah 4.25), derma ke akaun peribadi pemimpin UMNO RM2.6Billion (itu yang dapat dibongkarkan), isu pembelian hartanah di Melbourne oleh MARA, isu rasuah yang dilaporkan New York Post melibatkan urusan melombong bijih besi di Buki Besi Terengganu, laporan Bloomberg tentang lapangan terbang KLIA2 bernilai lebih RM4Billion yg sedang mendap dan mungkin tak dapat digunakan kerana membahayakan, pemborosan melalui projek mega seperti MRT yg bernilai RM42Billion, pembinaan kapal kapal peronda pesisir pantai OPV dengan harga lebih 2 kali ganda kapal yg setara diperolehi oleh negara negara lain ( sebuah OPV RM1.2 billion, mahu bina 27 buah OPV. Sudah bina 6. Sedang bina 9buah).

Semua inilah yg merosakkan kepercayaan dunia kepada kewangan negara.

Perubahan kosmetik seperti merubah nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak dipercayai orang lagi boleh merubah apa apa bila pegawai pegawai paling kanan dalam SPRM pun boleh diganggu, diarah sesuka hati atau dikenakan tekanan dan intimidasi oleh pemimpin negara sendiri.

Keyakinan dunia kepada BN khususnya UMNO sebagai parti pemerintah di Malaysia sudah musnah. 'Window dressing' tak bawa apa apa makna lagi.

Dunia mahu melihat perubahan total kepimpinan negara. Parti pemerintah baru yang punya dasar dan prinsip yg teguh serta bersih. Dunia mahu melihat suntikan kesegaran dalam kepimpinan.

Negara ini perlu disejahterakan.

PAS sedang bekerjasama dengan semua pihak bagi menjayakan agenda Membina Malaysia Sejahtera melalui Kongres Rakyat yang akan berlangsung 12hb September 2015.

Elakkan merosakkan lagi pandangan dunia terhadap Malaysia dengan perbuatan yg mengundang kekacauan dan suasana tidak stabil. Kerana ini kelak menjatuhkan lagi nilai ringgit dan pasaran saham serta keyakinan pelabur asing.

Ia tidak sesuai dengan jiwa rakyat Malaysia yg umumnya cintakan keamanan. Lebih lebih lagi ketika dihimpit kesempitan hidup sekarang.

Sejahterakan rakyat, mereka akan sokong kita. Susahkan rakyat, mereka akan tolak kita.

Yang bersih, jangan sesekali kita jadikan kotor.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
28hb. Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.