MISTERI "UNIT" 1MDB DAN PEMERGIAN HUSNI HANADZLAH SUDAH TERJAWAB? - Wan Ahmad Fayhsal

3:07 AM 0 Comments A+ a-



MISTERI "UNIT" 1MDB DAN PEMERGIAN HUSNI HANADZLAH SUDAH TERJAWAB?

Siapa sangka pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, sekali lagi berita mengejutkan menyingkap hakikat yang tiada lagi dapat disembunyikan berhubung misteri kehilangan berbilion wang 1MDB.

Adakah ini sebab mantan Menteri Kewangan II - Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah - yang tahun lalu kita berasa kasihan kerana beliau terpaksa menerangkan tentang hal yang beliau sendiri kabur iaitu pelaburan 1MDB dalam segregrated portfolio investment di kepulauan Cayman yang dibawa balik ke Singapura Bank BSI dalam bentuk unit - telah berundur pergi?


Agak mengejutkan melihat tulisan penulis upahan RPK yang memburukkan Dato' Seri Husni dengan pelbagai tohmahan yang menanti jawapan daripada beliau (yang kini sekadar kata nak belajar ilmu agama), adakah ini bermakna orang-orang pandai dalam kabinet sudah mula rasa "conscience" mereka dimakan sikit demi sedikit? (http://www.malaysia-today.net/husnis-either-everything-or-…/)

Kita semua tahu pejuang 1MDB seperti Dato' Lim Sian See dan Tuan Haji CFO Azmi Arshad gigih pertahankan dua perkara besar yang sebenarnya sudah dijelaskan Bank Negara, WSJ, Sarawak Report, The Edge iaitu (1) hak milik Goodstar dan (2) misteri nilai sebenar pelaburan "unit" 1MDB di Cayman.

Kini kedua-duanya sudah terjawab melalui bukti bertulis daripada (1) Bank Negara dan (2) IPIC - tauke yang dikatakan telah menjamin nilai "unit".

WSJ pada hari ini bukan saja telah memuat naik surat yang agak sulit (entah siapa bagi mungkin IPIC sendiri) yang jelaskan rupanya sejak Julai 2015 mereka sudah pun persoalkan kehilangan wang berblion tersebut daripada 1MDB dan Kementerian Kewangan! (rujuk http://www.wsj.com/…/malaysia-delegation-in-abu-dhabi-for-t…)

Lebih menakutkan 30hb semalam, IPIC telah mengeluarkan Penyata Kewangan 2015 (belum diaudit) yang menjelaskan panjang lebar masalah mereka dengan 1MDB: http://www.ipic.ae/media/125481/ipic-sign-acc-june-2015.pdf

Maka benarlah telahan kita dan betapa batilnya auta yang dilontarkan oleh Tuan Haji CFO yang rakus dan ganas menghina banyak pihak yang mempersoalkan "apa sudah jadi kepada duit 1MDB?"

Tapi sayang takabbur seorang akauntan tiada kenal makna penyesalan dan taubat seolah-olah mencabar Allah SWT bahawa penipuan demi penipuan masih boleh diteruskan dengan mainan nombor pada lejar penyata kira-kira "creative accounting".

Wahai pemuka pentalbis kebenaran, ingatlah janji Allah bahawa kamu merancang Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang!


Sila kongsi artikel ini...

Serangan Terbaru di Turki : Pemuda PAS Kutuk Keganasan

1:15 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

29 Jun 2016 | 24 Ramadhan 1437H


SERANGAN TERBARU DI TURKI : PEMUDA PAS KUTUK KEGANASAN

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk keganasan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, Turki petang Selasa 28 Jun 2016 yang mengorbankan 36 nyawa di samping 147 orang lagi mengalami kecederaan. Sehingga ke saat ini, dilaporkan dari siasatan awal pihak berkuasa Turki mempercayai bahawa serangan ini dilakukan oleh lebih seorang penyerang berani mati.

2. DPPM sekali lagi menegaskan bahawa keganasan tidak pernah menjadi penyelesaian kepada mana-mana masalah. Islam sama sekali mengutuk amalan keganasan apatah lagi melibatkan nyawa pihak awam yang tidak berdosa. Serangan berani mati di lokasi awam seperti di lapangan terbang ini jelas sekali dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama.

3. DPPM merakamkan takziah kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa yang terlibat. Kebersamaan ini merentasi rantau dan benua apatah lagi Turki seolah-olah sedang menjadi plot utama serangan keganasan. Dunia masih mengingati bagaimana pada 13 Mac yang lepas, bandar Ankara diserang dengan letupan bom yang mengorbankan 34 orang dan mengakibatkan kecederaan 125 orang mangsa. Serangan kali ini pula hampir pasti dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai cita-cita untuk melihat Turki terus bergolak dalam suasana yang tidak aman.

4. Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran kepada Turki dan rakyatnya di atas ujian di bulan Ramadhan ini.

Sekian.

“Bertekad Melebar Muafakat”

“Inilah Penyelesaian Kita”

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) /
Ahli Parlimen Pasir Mas


Sila kongsi artikel ini...

KEADILAN Kesal Penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang - Wan Azizah

1:12 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

KEADILAN KESAL PENANGKAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

KEADILAN kesal dengan tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuat penangkapan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, petang tadi sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


YAB Lim Guan Eng sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM. Kami berpendapat tangkapan petang tadi adalah tidak perlu, malah cara ia dibuat dengan kehadiran anggota yang begitu ramai seperti YAB Lim Guan Eng itu seorang penjenayah yang amat berbahaya.

Penangkapan dan pendakwaan YAB Lim Guan Eng mengukuhkan persepsi rakyat bahawa wujud satu usaha sistematik dan terancang untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pimpinan politik tertinggi pembangkang sebelum tibanya PRU14. Malah, umum belum lagi melihat sebarang tindakan diambil SPRM berkaitan skandal-skandal kewangan besar seperti 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion. Apakah hanya pihak pembangkang yang patut menerima layanan seperti YAB Lim Guan Eng, manakala mereka di pihak kerajaan pula menikmati kekebalan di sisi undang-undang?

Oleh itu, KEADILAN menggesa pihak SPRM melengkapkan siasatan dan membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat dalam skandal-skandal kewangan tersebut agar terbukti tahap profesionalisme SPRM dan tidak timbul persepsi di khalayak umum bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dan terancang. Inilah peluang terbaik bagi Tan Sri Dr Abu Kassim, Ketua Pesuruhjaya SPRM, meninggalkan legasi buat SPRM dan membuktikan SPRM bukannya alat politik pemerintah sebelum beliau bersara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

29 Jun 2016


Sila kongsi artikel ini...

AMANAH Negeri Pulau Pinang atas setiakawan Pakatan Harapan mengharapkan siasatan SPRM telus dan tidak terpengaruh dengan tekanan politik

1:08 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media AMANAH Pulau Pinang

Saya berada di Bangunan SPRM bersama rakan-rakan bagi menunjukkan sokongan ke atas pendakwaan terpilih yang dikenakan ke atas YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

AMANAH Negeri Pulau Pinang atas setiakawan Pakatan Harapan mengharapkan siasatan SPRM telus dan tidak terpengaruh dengan tekanan politik malah kami meyakini Lim Guan Eng tidak bersalah.

Jika pendakwaan ini bertujuan melemahkan kami dan perjalanan politik kami, mereka silap kerana kami semakin kuat semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

Orang ramai sudahpun berhimpun di hadapan bangunan SPRM Pulau Pinang tanda sokongan dan esok kami akan berada di mahkamah untuk menyatakan solidariti kami.

Sekian Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Pengerusi AMANAH Negeri Pulau Pinan


Sila kongsi artikel ini...

Elak menjadi hakim, pembicaraan melalui media - Tuan Ibrahim Tuan Man

1:06 PM 0 Comments A+ a-



Elak menjadi hakim, pembicaraan melalui media

Dalam kes pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, PAS tetap berpegang pada pendirian yang dinyatakan Tuan Guru Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan.


PAS mengharapkan Guan Eng akan mendapat pembicaraan yang adil.

Sehingga hari ini, PAS tetap kesal dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menjadi hakim kepada siasatan SPRM terhadap Datuk Seri Najib Razak sebelum ini tanpa membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dibicarakan seperti yang berlaku pada Guan Eng, di mana beliau menjadi ketua pendakwaraya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
30 Jun 2016


Sila kongsi artikel ini...

KAFIR HARBI: KENYATAAN MUFTI PAHANG UNDANG BAHAYA - SHEIKH OMAR ALI

4:09 AM 0 Comments A+ a-



KAFIR HARBI: KENYATAAN MUFTI PAHANG UNDANG BAHAYA - 25 Jun 2016

Saya ingin menarik perhatian semua pihak kepada berita yang dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan portal sesawangnya Utusan Online bertarikh 24 Jun 2016 bertajuk "DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang" seperti capaian berikut "http://m.utusan.com.my/…/dap-tergolong-kafir-harbi-wajar-di…".


Saya berpendapat bahawa kenyataan Mufti Pahang adalah pra-matang dari aspek mencermati perbahasan para ilmuan Islam tatkala mendefinisikan istilah 'kafir harbi' dalam konteks sistem politik moden hari ini.

Di Malaysia, kenyataan Mufti Pahang amat berbahaya khususnya dalam konteks masyarakat majmuk dan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

Mengeluarkan hukum bahawa DAP adalah kafir harbi merupakan suatu tuduhan amat berat yang implikasinya boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam serta negara.

Kenyataan beliau yang menggolongkan DAP sebagai kafir harbi juga boleh membawa maksud darah seluruh ahli DAP adalah halal termasuk darah kami ahli DAP yang beragama Islam. Tidakkah kenyataan ini mengancam keselamatan negara dan saling tak tumpah 'ala IS' bunyinya ?

Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini?

Mufti Pahang dilaporkan berkata "Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka."

Kami amat kecewa kerana Mufti Pahang turut gagal mengemukakan fakta terperinci dan bukti kukuh untuk dijadikan hujah yang boleh disandarkan keatas tuduhan berat 'kafir harbi' tersebut.

Bahkan kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah beliau gagal menekuni fiqh muassirah(fekah semasa) yang giat diperbahaskan ulama' dan para sarjana lewat hari ini seperti Dr Yusuf Al-Qardhowi dan sebagainya!

Apa bukti DAP menentang Islam? Di mana bukti DAP membenci Islam? Menyandarkan hujah DAP tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang sebagai menentang dan membenci Islam adalah hujah yang amat lemah.

Beliau harus sedar bahawa beberapa pemimpin negara beragama Islam yang bertaraf Menteri juga turut tidak terlepas daripada mengkritik bahkan bercanggah pendapat dalam isu perlaksanaan hudud serta RUU Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang.

Bagaimanakah seorang mufti kerajaan negeri boleh mengeluarkan kenyataan yang cukup lemah seakan-akan berasaskan emosi atau didorong sentimen politik kebencian semata-mata?

Saya sebagai Muslim yang menganggotai DAP amat berasa malu dengan kenyataan naif Mufti Negeri Pahang tersebut. Ia tidak menggambarkan ilmu dan akhlak Islam malah menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mudah melabel tanpa fakta dan bukti.

Saya ingin bertanya Mufti Pahang, adakah beliau melakukan rujukan dengan mana-mana pihak lain seperti Majlis Fatwa Kebangsaan misalnya sebelum melabelkan DAP sebagai kafir harbi? Jika tiada, sebegitu mudahkah hukum seberat meng'kafir harbi'kan orang dikeluarkan? Lekeh benarkah institusi agama kita?

Di kesempatan ini, saya ingin melayangkan soalan dari Mufti Pahang berhubung pendirian beliau terhadap beberapa keadaan seperti berikut;

1- Kerajaan Negeri Selangor yang dibentuk oleh parti-parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP pasca PRU 2008 dan diperkenan oleh Sultan Selangor. Jika DAP kafir harbi, apakah pendirian beliau terhadap kerajaan Selangor yang diterajui pakatan PAS PKR dan DAP?

2- Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional. Dalam isu hudud sepertimana dipetik oleh Mufti Pahang sendiri yang meng'kafir harbi'kan DAP, apakah pendirian beliau terhadap UMNO yang lebih 50 tahun memerintah negara tanpa melaksanakan hudud bahkan bersekutu dengan MCA yang cukup keras menentang hudud?

Dalam masa sama, saya sebagai ahli DAP beragama Islam menjemput Mufti Pahang atau memohon beliau sendiri untuk mengadakan pertemuan mahabbah dengan pihak DAP agar penjelasan lebih jelas dan tepat diperolehi. Dialog adalah antara jalan bagi menutup pintu-pintu yang mendorong kepada pendekatan ekstrem.

Saya juga berharap agar pihak berwajib yang memiliki perkaitan dalam hal ini sentiasa memainkan peranan memandu para agamawan agar lebih berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataaan mahupun fatwa untuk membendung kemungkinan-kemungkinan yang boleh memudharatkan rakyat dan negara.

----------

SHEIKH OMAR ALI
Penolong Setiausaha Publisiti
DAP Johor
Graduan Usuluddin
Akademi Pengajian Islam UM


Sila kongsi artikel ini...

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti

4:07 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.


Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016


Sila kongsi artikel ini...

SYUKUR ALHAMDULILLAH DATO'BASHAH DAH KELUAR DARI WAD HOSPITAL P.PINANG - Mahfuz Omar

3:38 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

*SYUKUR ALHAMDULILLAH DATO'BASHAH DAH KELUAR DARI WAD HOSPITAL P.PINANG*.

1.Alhamdulillah saya bersyukur YAB Dato'Bashah MB kedah sudah pun keluar dari wad hospital P.Pinang dan di benarkan pulang kerumahnya.Sudah tentu menjadi kegembiraannya dan keluarga apabila Bashah dibenarkan pulang.Terima kasih kepada pasukan perubatan yang merawat Bashah yang telah memberikan yang terbaik.Moga mereka semua mendapat ganjaran pahala yang lumayan dari Allah dibulan Ramadzan.

2.Apa yang masih belum terjawab ialah berapa lama Bashah perlu berehat untuk memasti beliau pulih sepenuhnya.Ini sangat penting untuk memastikan beliau dapat kembali ke Wisma DarulAman dalam keadaan yang fit.Persoalan yang saya bangkitkan kerana pembedahan yang dilakukan keatas Bashah ialah major pembedahan bukannya minor pembedahan.Apatah lagi diwaktu berlaku kejadian Bashah mengalami pitam.Tak mungkin dalam tempoh yang singkat dapat pulih.Mana mungkin seorang MB hanya sekadar duduk di Pejabat tanpa turun kebawah untuk menghayati denyut nadi rakyat.

3.Seorang MB bukan sekadar mempengerusi mesyuarat tetapi perlu memerah otak untuk berfikir tentang pembanggunan ekonomi untuk masa depan rakyat dan negeri Kedah.Sebab itu jawapan kepada persoalan saya ialah berapa lama masa untuk Bashah berehat.*Kita tidak boleh memaksa atau membiarkan beliau memaksa diri untuk bekerja yang boleh menjejaskan kesihatan beliau*.

4.Sebaliknya pakar perubatan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu menasihat Bashah untuk berihat secukupnya dan jawatan MB boleh dipangku oleh orang lain.Dan Bashah sendiri perlu menyedari yang beliau perlu berihat secukupnya bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap yang cukup stabil dan fit.

5.Saya tidak menyuruh dia berhenti atau melatakan jawatan MB tetapi saya minta beliau bercuti.Saya faham tentang pekeliling kerajaan dan undang undang tubuh negeri Kedah yang menyebut jika MB bercuti lebih 28 hari secara berterusan baru jawatan MB dipangku.Bukan salah pun Bashah ambik cuti lebih dari 28 hari dan jawatan MB dipangku kerana nak pulih masaalah kesihatan agar betoi betoi fit.Baghu sambung tugaih.*Beliau tidak perlu bimbang jawatan MB tidak akan hilang hanya dipangku sementara*.

6.Rakyat akan terima proses ini kerana mereka perlu perhatian yang serius dari seorang ketua kerajaan (MB).Pegawai keliling kelalang Bashah yang menerima lantikan politik jangan lah bimbang.Jawatan lantikan mereka tak akan hilang.Pemangku MB pasti akan manfaatkan khidmat kamu.*Nampak yang gelisah dengan kenyataan saya pegawai keliling Bashah.Saya percaya depa takut pemangku MB buang depa lantik orang lain*.Sebab tu depa kona kenyataan saya.

7.Saya tak nafi Sapa pun akan sakit.Saya pun sakit.Ogos ini saya akan masuk wad.*Ini bukan soal adun atau Ahli Parlimen biasa.Bashah bukan tauke pasembur atau mee tonggek*.Bashah bukan MB untuk parti Umno.Beliau adalah adalah MB dan ketua kerajaan untuk rakyat Kedah.Bila dia sakit dia tak boleh bagi perhatian pada tugas.Walaupun ada exco dan KCS tetapi MB perlu memikir,merancang idea,memimpin,memantau,menyelia dan sebagainya.Apapun saya minta Bashah bertenang dan *pegawai keliling jangan ghisau jawatan depa tak hilang.Sempat lagi makan sagon*.

8.Terpulanglah kepada Bashah sama ada nak dengaq nasihat saya atau tidak.Saya nasihat demi kepentingan negeri dan rakyat Kedah.Banyak lah berehat Sebelum kembali bertugas.Jauh dan lama lagi nak kena kenjoi lepaih ni.Jangan nanti jadi macam PM Najib sampai tak makan nasihat dan akhirnya *1Kedah masuk wad ICU*.

‪#‎BashahCepatSembuh‬
‪#‎SelamatkanKedah‬
‪#‎SelamatkanRakyatKedah‬ *DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Asai usoi sebelah Mak Kg Jerlun
Beghanak di Kg Aloq Senjaya
mukim Titi Gajah*.
11.30am 26 Jun 2016/21 Ramadzan 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Apabila rasuah dianggap rezeki… - Tuan Ibrahim Tuan Man

12:50 PM 0 Comments A+ a-



Apabila rasuah dianggap rezeki…

Apakah yang dimaksudkan rasuah?

Rasuah ialah apabila seorang cuba membayar sejumlah wang bagi melepaskan diri daripada saman trafik, dan duit itu pula diterima oleh penguatkuasa sebagai imbuhan untuk melepaskannya.

Rasuah ialah apabila seorang mengambil tawaran daripada seorang pembida agar peluang dia memenangi bida tersebut menjadi tinggi sebagai imbuhan.

Rasuah ialah apabila ada pihak menawarkan duit kepada pengundi supaya pengundi dapat mengundi pihaknya sebagai imbuhan.

Dalam erti kata lain, rasuah sebenarnya ialah tindakan memakan harta orang lain dengan cara yang batil iaitu menerima rasuah atau suap bagi mendapatkan manfaat seperti menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya atau merugikan lawannya, didahulukan urusannya atau ditunda kerana suatu kepentingan atau mendapatkan satu kedudukan dan pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan pemberi rasuah daripada mereka di kedudukan berkuasa.

Pengertian rasuah itu sebenarnya amat luas, ia bukan hanya tertumpu kepada masalah kewangan sahaja, tetapi juga termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan.

Yang menyayatkan hati ialah meskipun mengetahui rasuah ialah satu perbuatan jenayah, namun rakyat dan kerajaan telah membiarkan virus ini menular dan menjadi darah daging masyarakat.

Rasulullah S.A.W. dalam hadis sahih menyebut:"Pemberi rasuah, penerima rasuah & orang perantaraan menguruskan rasuah (orang tengah) semuanya sama akan dimasukkan ke dalam neraka."

Hatta di dalam ayat Quran pun disebut rasuah adalah haram di sisi Islam.

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." Al-Baqarah: 188

Cuma masalahnya, ramai yang hanya mulutnya menolak rasuah, namun apabila berdepan dengan rasuah, ia pula dianggap rezeki.

Contoh yang paling mudah ialah rasuah kesalahan trafik. Yang memberi rasuah menganggap ia adalah rezekinya untuk membayar ‘denda’ yang jauh lebih rendah daripada sepatutnya manakala penerima rasuah menganggap ia adalah rezeki lebihan kerana berbuat baik melepaskan seorang pesalah trafik.

Perkara yang sama juga berlaku di peringkat yang lebih tinggi, apabila pembida kontrak memenangi bidaan yang tidak sepatutnya dimenangi melalui rasuah menganggap itu adalah rezekinya. Penerima rasuah pula berasa ia adalah rezeki tambahannya kerana ada pembida yang sanggup membayarnya, kerana baginya tiada beza sekiranya projek itu dianugerah kepada pembida A mahupun B.

Ramai juga yang tidak mengerti kesan rasuah. Penerima rasuah merasakan rezeki mereka bertambah sehingga mereka boleh hidup mewah di luar kemampuan mereka. Pemberi rasuah pula selalu mendapat manfaat daripada cara yang batil walaupun mereka tidak layak dan merompak hak mereka yang layak.

Jelas, mereka yang dipandu hawa nafsu, sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat dan tidak bersyukur sehingga melibatkan diri dalam rasuah gagal membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah.

Rasuah bukan sahaja menaikkan kos sara hidup, akan tetapi ia juga mengganggu dan membantu pentadbiran sesebuah kerajaan. Dunia perniagaan menjadi tidak menentu dan menjurus ke arah kerugian. Pelabur hilang minat melabur di negara, dan ini mengurangkan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.

Akhirnya, rakyat yang akan susah kerana sebahagian kos sara hidup mereka telah ditelan oleh rasuah.

Rasuah menjadi punca utama rosaknya rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang bermaruah dan tercemarnya imej Islam. Rasuahlah yang membawa negara ke tahap hari ini. Tidak keterlaluan jika kita menggelar sesiapa yang bersubahat dengan rasuah adalah pengkhianat negara.

Di bulan Ramadan ini, tercetus satu persoalan di minda, bagaimanakah rakyat dapat diajak membenci rasuah? Bagaimana kita boleh bersama mendidik rakyat bahawa rasuah itu bukan satu rezeki?

Di dalam Islam, telah ditekankan bahawa balasan bagi perbuatan rasuah itu tidak lain ialah neraka jahanam. Itulah seksaan dan azab pemberi rasuah dan penerima rasuah. Namun amaran ini dipandang lekeh kerana ramai yang hanya hidup mengejar dunia, tanpa mempedulikan kesannya di akhirat. Malah, sesungguhnya rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah seorang Muslim.

Mereka yang menikmati rasuah sebagai rezeki juga lupa kesannya kepada ahli keluarga yang diberi makan minum dari hasil yang haram tersebut. Sedangkan Rasulullah ada menyebut dalam hadis Baginda akan balasan orang yang memakan makanan yang haram dan tidak halal.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu". Al-Baqarah: 168

Kerja memerangi rasuah yang kini menunjang di Malaysia bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, ia tidak mustahil asalkan semua pihak dapat sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

PAS akan terus menggunakan pendekatan Islam dan bekerja keras tanpa mengira jemu berjihad menentang rasuah, kerana rasuah adalah satu penyakit yang paling bahaya untuk sesebuah negara dan rakyatnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Jun 2016


Sila kongsi artikel ini...

MYWATCH Kesal Tindakan Provokasi Orang Awam Terhadap Anggota Polis

1:12 PM 0 Comments A+ a-



MYWATCH KESAL TINDAKAN PROVOKASI ORANG AWAM TERHADAP ANGGOTA POLIS

MyWatch melahirkan rasa kesal dengan sikap orang awam (kenalan pihak perakam) dalam video seperti yang tersebar ini yang cuba melakukan provokasi dengan memanggil anggota polis wanita yang bertugas sebagai “bodoh”. Sedangkan anggota wanita tersebut hanya meminta perakam mengikut arahan iaitu hanya seorang sahaja pihak yang mahu membuat laporan polis berada di kaunter.

Di sebabkan arahan ini, kenalan pihak perakam video telah memanggil anggota wanita berkenaan sebagai bodoh sehingga menimbulkan kemarahannya. MyWatch tidak bersetuju jika kesalahan 100% diletakkan kepada anggota wanita berkenaan kerana beliau diprovok terlebih dahulu. Anggota polis juga seorang manusia dan sudah tentulah kesabaran mereka ada hadnya.


Selain itu, di dalam video langsung tidak kedengaran anggota wanita berkenaan membalas provokasi terbabit dengan perkataan kasar. Malah anggota wanita berkenaan turut menegaskan “Saya tidak akan naik angin jika orang tidak buat saya naik angin dahulu”.

Mywatch menasihatkan anggota wanita berkenaan turut membuat laporan polis supaya polis juga dapat menjalankan siasatan terhadap motif sebenar si perakam. Pada pandangan MyWatch, perakam mempunyai niat jahat mahu mengaibkan anggota wanita berkenaan dengan merakam adegan ketika sedang marah walhal sewaktu kenalan pihak perakam mengungkapkan kata bodoh tidak pula dimasukkan di dalam rakaman.

MyWatch berharap orang awam yang lain tidak menjadikan perbuatan perakam ini sebagai contoh kerana niat mulanya mahu mengaibkan anggota polis tetapi akhirnya diri sendiri yang malu.

"Fight Injustice Everywhere"

Dato' Sri Sanjeevan R
Pengerusi MyWatch


Sila kongsi artikel ini...

The Malaysian Insider (TMI) & Utusan Malaysia adalah Pakatan Bersekutu..? - Syed Ahmad Fadhli

12:06 PM 0 Comments A+ a-



The Malaysian Insider (TMI) & Utusan Malaysia adalah Pakatan Bersekutu..?

Hari ini, portal sensasi TMI melaporkan tajuk berita "PAS Tidak Mahu Rampas Kuasa UMNO, Sedia Sokong BN, Kata Hadi".
Berita itu disiarkan dengan bersumberkan Utusan Malaysia, media arus perdana yang berkepentingan UMNO.
Aneh bukan..? Sejak bila pula portal pembangkang 'beriman' dan percaya kepada media milik UMNO yang sering terkenal dengan budaya spin, putar-belit dan fitnah.
Pada satu sisi, media ini dilihat bermusuhan antara satu sama lain kerana pemiliknya mempunyai agenda yang berbeza.
Namun, demi melaga dan memburukkan imej PAS pada pandangan umum, mereka boleh bersatu seiring sekata.

Apabila disemak sumber asal berita yang bertajuk "PAS Tak Kemaruk Kuasa Perintah Negara-Hadi" yang disiarkan Utusan versi cetak pada hari ini, terdapat ulasan dan tokok-tambah perisa oleh pemberita/editor bagi menggambarkan betapa mesranya PAS kepada UMNO.
Inilah modal intipati yang diceduk oleh portal TMI untuk meneruskan agenda berterusannya memburukkan imej PAS. Tajuk berita asal telah diubah oleh TMI kepada "PAS Tidak Mahu Rampas Kuasa UMNO, Sedia Sokong BN, Kata Hadi".
Wah, begitu hangat lagi sensasi tajuk berita ini yang boleh mengundang kecurigaan dan kekeliruan bagi sesiapa yang mudah terpedaya.
TMI sememangnya ingin membentuk persepsi jahat dengan membentuk pemikiran masyarakat agar percaya propagandanya bahawa PAS kini menjadi rakan baik yang sedia membela UMNO.

Jadi, sebenarnya apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Presiden PAS dalam Ucapan Perasmian Himpunan Harap 3.3 di Marang.?
Adakah sama seperti yang dilaporkan oleh Utusan dan TMI itu..?
Saya menyemak dan mendengar kembali rakaman ucapan yang ada di Channel Youtube Terengganu Kini.
Ucapan Tuan Guru Presiden PAS selama 40 minit.

Beliau menyebut betapa pentingnya kembali kepada Islam dalam semua aspek kehidupan, tidak boleh memisahkan agama daripada politik kerana ada perhitungan dosa dan pahala.
Beliau menyingkap sejarah zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al Khattab, jatuhnya kuasa besar Parsi dan Rom, hasil negara melimpah ruah, banyak hasil negara.
Bukan sahaja pegawai kerajaan sahaja yang dapat pencen, bahkan rakyat biasa, orang tua yang tidak bekerja dan orang bukan Islam turut mendapat imbuhan itu.
Dikisahkan Saidina Umar Al Khattab ditegur oleh seorang rakyatnya kerana berpakaian baru, sedangkan kain yang dipakai Umar itu bukanlah diambil daripada jalan yang salah tetapi anak Saidina Umar yang memberikan bahagian kainnya bagi mencukupkan ia dibuat pakaian kerana tubuh badan Saidina Umar yang agak besar.

Dahulunya, ketua negara ditegur kerana sehelai baju, sekarang berapa Billion..?
Bukan sahaja sekarang ini, zaman pemimpin dahulu berlaku juga. Bukan seorang PM, tetapi beberapa PM,macam itulah.
Kita marah yang ada pada hari ini, yang dahulu pun lebih kurang juga.
Masalahnya apa.? Kita pisahkan politik daripada agama.
Masukkan politik dengan agama yang ada hitungan dosa pahala, memerintah negeri ada hitungan dosa pahala.
Kalau ada dosa pahala, orang takut nak tipu rakyat.

Dikisahkan pula berkenaan zaman pemerintahan Saidina Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan pemerintah yang adil. Zamannya hasil negara melimpah ruah, cukai dihapuskan, penerima zakat pun susah hendak dicari. Sebaik sahaja Saidina Umar dilantik sebagai Khalifah, baginda mengarahkan isterinya (anak Khalifah Abdul Malik bin Marwan) agar memulangkan segala pakaian perhiasan pemberian ayahnya ketika memerintah dahulu kepada Baitul Mal kerana dibimbangi wujud salahguna duit negara dahulu.
Ketika Menterinya datang ke rumah berbincang hal negara, dihidupkan pelita. Apabila Menterinya bertanya hal keluarga, dihembuskan pelita tadi dan dihidupkan pelita lain pula. Ditanya kerana apa buat begitu.?
Pelita asal tadi adalah duit negara, pelita yang kedua adalah duit aku. Inilah warak, inilah zuhud.

Bagaimana kita mahu kembali kepada pemerintahan sebegini..?
Kembalilah kepada Islam.. PAS mengajak balik kepada Islam, khususnya orang Melayu yang sudah beragama Islam, orang PAS yang sudah beragama Islam, orang UMNO dan orang atas pagar sudah beragama Islam, baliklah kepada Islam.

"PAS tidak tamakkan kuasa. Kalau UMNO balik kepada Islam, laksanakan Islam, mengikut hidayah Allah, bukan Islam kerana jibayah (hendak dapat sokongan rakyat), Islam yang sebenar-benar ikhlas kerana Allah, kita akan dokong Islam ditegakkan. PAS tidak berebut kuasa dan jawatan, PAS mahu Islam ditegakkan.
Tetapi, ingat jika Islam dipermain-mainkan, kita akan hambat sehingga lubang cacing..!!! Kita akan lawan, ini pendirian kita. "

Jelas, terang lagi bersuluh bagi sesiapa yang sedia mendengar apa intipati ucapan Tuan Guru Presiden PAS itu pasti akan dapat memahami mesej murni yang beliau nyatakan.
Maaf, saya lebih mempercayai Ulamak yang memimpin jamaah berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, maka bukanlah mudah untuk saya telan dan percaya sahaja berita pembohongan dan fitnah yang disampaikan oleh Utusan dan TMI ini....

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS


Sila kongsi artikel ini...

'Umno Perlu Digulingkan - Tun Mahathir' - Zul Hazmi Shariff

11:56 AM 0 Comments A+ a-



UMNO PERLU DIGULINGKAN - TUN MAHATHIR

Sejujurnya aku tidak pernah suka, menyukai, setuju bersetuju, sokong menyokong atau teruja dengan apa saja tindakan Tun Dr Mahathir. Bagi aku Tun ialah antara punca Malaysia dalam keadaan sekarang samada Malaysia maju atau Malaysia serabut.

Selama Tun menjadi PM Malaysia selain membawa Malaysia di persada dunia, Tun juga menzalimi kita rakyat Malaysia. Ya kita dapat kebaikan di zaman Tun tapi kezalimannya juga tidak kurang. ISA dan macam-macam lagi di zaman Tun amat mencengkam. Asasnya ialah Umno.


Sebelum ini Tun keluar Umno kerana tidak bersetuju dengan penggantinya sendiri yang dia sendiri pilih iaitu Tun Abdullah. Apabila Tun Abdullah meletak jawatan, Tun kembali kepada Umno kerana pengganti Tun Abdullah juga orang yang dipilih sendiri oleh tun Mahathir dan beliau percaya Najib akan menjadi lebih baik dari Tun Abdullah. Malangnya Tun silap dan Tun seperti biasa tidak pernah mengakui kesilapannya.

Sekarang Tun seakan-akan faham dan nampak bahawa Umno sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana Umno sudah menjadi parti pertahan Najib bukan parti pertahan melayu. Tun Mahathir akui Umno perlu ditumbangkan dan digulingkan jika Umno masih pertahan Najib.

Kita yang di luar Umno faham dan percaya bahawa Umno sudah tidak boleh berubah malah akan menjadi lebih teruk jika kita biarkan Umno berkuasa. Umno menjadi teruk dan bertambah teruk bukan kerana dasar Umno tetapi kerana penguasa di dalam Umno. Umno sudah tidak boleh diharap. Umno semakin gila dan akan terus menggila jika dibiarkan.

Dari dulu kita nak gulingkan Umno. Berbagai macam fakta dan bukti kita dedahkan keburukan Umno tetapi masyarakat memandang sepi. Sekarang Tun Mahathir yang mendidik Umno menjadi gila itu sudah percaya Umno gila dan mahu bersama kita menjatuhkan dan menggulingkan Umno, kita tidak boleh biarkan begitu saja.

Kita sedari dulu ingin menjatuhkan Umno malah di zaman Tun lagi kita nak jatuhkan Umno. Sekarang Tun juga nak gulingkan Umno.

Selamat datang Tun Mahathir bersama kami menjatuhkan Umno. Jom ikut kami. Kami tak akan ikut Tun. Kami bukan pengikut Tun. Tun ikut kami.

JOM GULINGKAN UMNO.
BERANI BERUBAH.

Zulhazmi Shariff.
01032016


Sila kongsi artikel ini...

Bebaskan KWSP dari pelaburan yang tidak patuh syariah (Riba) - Jofri Jaraiee

7:32 AM 0 Comments A+ a-



Bebaskan KWSP dari pelaburan yang tidak patuh syariah (Riba)

Menurut laporan Akhbar Harian baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan melancarkan dana patuh Syariah sepenuhnya pada Januari 2017 sebagai pilihan kepada pencarum yang berminat menukarkan simpanan mereka kepada status patuh Syariah sepenuhnya. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Abd Latif, berkata saiz awal dana itu dijangkakan antara RM100 bilion dan RM120 bilion. "Dana itu akan berasaskan 'siapa cepat dia dapat' kerana saya tidak rasa kami boleh menampung semua orang. "Kami menyasar kurang daripada RM120 bilion. Ia hanya anggaran," katanya kepada pemberita pada taklimat media baru-baru ini.

Memang ini satu berita yang baik bagi pencarum Muslim yang ada simpanan dalam KWSP tetapi masalahnya sekarang ini mengapa ianya terhad dan tidak secara menyeluruh. Umat Islam yang sudah sekian lama mencarum dan melabur dalam KWSP amat terkejut mengetahui statistik pelaburan aset KWSP setakat 31 Disember 2014 yang 60% tidak patuh Syariah.
Umat Islam amat bimbang hasil pendapatan mereka bercampur dengan pelaburan yang tidak patuh syariah. Selama ini mereka fikir pelaburan KWSP bebas dari unsur-unsur pelaburan yang tidak patuh syariah.

Baru-baru ini juga kerajaan telah memberi pilihan kepada pencarum untuk memilih samaada mengekalkan 11% atau mengurangkannya kepada 8% caruman kepada KWSP. Ada yang berpandangan bahawa haram dan berdosa memilih caruman 11% setelah KWSP membuat penawaran PILIHAN antara mengekalkan 11% atau mengurangkannya kepada 8%, maka ruang untuk MEMILIH wujud pada setiap pencarum Muslim.

Di sini kita siarkan pandangan pihak tersebut yang mengatakan ada dua implikasi:
Pertama: Jika kita sebagai pencarum Muslim memilih untuk mengekalkan caruman kepada 11%, maka ruang pelaburan dana caruman terhadap instrumen yang tidak patuh syariah adalah lebih besar dan dibuat atas dasar pilihan kita sendiri. Maka, pilihan sebegini dianggap kurang menepati sifat wara' dan taqwa seorang Muslim kerana membiarkan ruang pelaburan kepada instrumen tidak patuh syariah lebih besar.

Kedua: Jika pencarum memilih untuk menukar kepada jumlah caruman 8%, maka ruang pelaburan di instrumen tidak patuh syariah secara amnya telah berkurangan sebanyak 3% (11%-8% = 3%). Ini adalah kerana kita berkuasa dan dibenarkan untuk MEMILIH jumlah caruman. Maka pilihan menukar kepada 8% adalah lebih menepati kepada Maqasid Syariah (antaranya menjaga harta dari kebinasaan dan sumber haram) dan mengurangi risiko pelaburan lebih banyak dibuat menerusi instrumen tidak patuh syariah.

Justeru, pilihan ini adalah lebih aslam (selamat) dan sesuai dengan kedudukan individu Muslim yang mementingkan urusan kewangannya sentiasa menepati atau menghampiri kepatuhan terhadap syariah. Jadi lebihan 3% dari gaji bulanan telah terselamat dari pelaburan yang berisiko haram di KWSP dan kita berpeluang menggunakannya (kerana ia akan kekal dalam gaji bulanan yang diterima setiap bulan) samada untuk disimpan atau dilaburkan ke instrumen lain yang patuh syariah atas pilihan masing-masing.

Itu menurut pandangan seorang Eksekutif Kanan Unit Dakwah dan Pemasaran Khas AJK Teknikal Syariah PPZ MAIWP.
Kalau ianya HARAM, mengapa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak bersuara melarang umat Islam dari terus menyimpan dan melabur ke dalam KWSP. Mereka harus berani mengeluarkan fatwa melarang umat Islam dari terus terjerumus dalam perkara yang jelas Haram di sisi syariat Islam.

Persoalan: Adakah KWSP dapat memberi jaminan bahawa pelaburan patuh syariah 100% apabila pencarum memilih 8%? Pandangan yang mengatakan menukar kepada 8% adalah lebih menepati kepada Maqasid Syariah hujahnya kurang kuat kerana ianya masih lagi bercampur dengan pelaburan tidak patuh syariah. Mengapa tidak mendesak KWSP melabur 100% patuh syariah agar tiada lagi unsur riba?

Ramai pencarum Muslim musykil dengan masalah pelaburan KWSP yang tidak patuh syariah sehingga menyebabkan hasil pendapatan mereka dalam KWSP bercampur dengan perkara syubhah ( tidak jelas halal atau haramnya).
Kami menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai peraturan mencarum dan menerima dividen daripada keuntungan pelaburan di KWSP. Bolehkah dikatakan bahawa keadaan darurat bagi umat Islam untuk mencarum dalam KWSP sedangkan majoriti pengurusan atasan terdiri daripada orang Islam.
Sebagai seorang Muslim sepatutnya perkara ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan KWSP untuk membersihkan unsur-unsur riba dari hasil pelaburan KWSP agar pendapatan pencarum umat Islam tidak dicemari oleh unsur-unsur yang dilarang dalam syariat Islam.

Majoriti pencarum sangat berharap dapat mengekalkan 11% kerana hasil dividen dan juga simpanan pencarum akan meningkat kalau dibandingkan hanya 8%. Walaupun dipotong 3% untuk menambah pendapatan bulanan tetapi pada setiap tahun pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan cukai pendapatan yang lebih keatas pencarum. Ini bermakna adalah lebih baik mengekalkan caruman 11% dalam KWSP dari mengurangkan 3% untuk bayaran cukai pendapatan.
Kita juga mengesa pihak KWSP mengasingkan pelaburan pencarum Muslim dengan bukan Muslim untuk mengelak dari termakan hasil riba yang dilarang dalam agama Islam. Dengan mengambil pendekatan “pengasingan” ini, tidak akan timbul isu 11% atau 8%, kerana pelaburan pencarum Muslim akan dilabur mengikut instrumen patuh syariah 100%. Bagi yang bukan Islam juga tidak perlu bimbang kerana mereka bebas memilih pelaburan yang mereka yakini boleh memberi keuntungan kepada pelaburan mereka.

Dengan pengasingan pelaburan itu nanti sekurang-kurangnya simpanan umat Islam dalam pelaburan KWSP bebas dari pelaburan tidak patuh syariah. Mereka boleh membayar zakat pendapatan setelah mereka mengeluarkan semua simpanan dari caruman mereka setelah mencapai usia 55 tahun.

Bagi umat Islam yang telah mencarum sekian lama sudah tentu mereka mahu hasil pendapatan mereka bersih dari riba. Sekiranya simpanan umat Islam dalam KWSP terpaksa dipotong dari hasil riba sudah tentu simpanan mereka selama ini akan berkurangan untuk membersihkan pendapatan dari riba. Sedang yang bukan Islam mendapat hasil simpanan yang penuh berbanding dengan umat Islam melainkan umat Islam tersebut tidak ambil peduli tentang hasil pelaburan mereka. Pihak KWSP seharusnya memikirkan masalah ini sekiranya mereka ingin umat Islam patuh dengan syariah dan bebas dari riba.

Harap masalah ini dapat diberi perhatian oleh pihak KWSP dan juga pihak berkuasa untuk mengelakkan pencarum Muslim terlibat dengan riba. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

--


Sila kongsi artikel ini...

Kerajaan Teknokrat: Kelantan Boleh Dahului Pusat - Mahfuz Omar

4:25 PM 0 Comments A+ a-





KERAJAAN TEKNOKRAT : KELANTAN BOLEH MENDAHULUI PUSAT.

1. Cadangan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Presiden Pas yang diangkat semula oleh Datuk Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas dalam surat terbuka kepada rakyat Malaysia dan pembangkang semalam 22 Feb 2016 yang mencadangkan pembentukan sebuah Kerajaan Teknokrat di negara ini adalah suatu cadangan yang sangat praktikal dalam menangani kelemahan dan kegagalan pemain politik yang tidak mempunyai latar belakang berkemampuan menguruskan negara dan negeri.


2. Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam. Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan Pas kepada golongan teknokrat profesional. Mengurus kerajaan sesebuah negara dan negeri kini makin kompleks memerlukan keupayaan merencana pembanggunan ekonomi yang makin mencabar.

3. Cadangan yang baik ini sukar diterima oleh PEMIMPIN POLITIK BEBAL seperti Najib dan Umno Bn. Ini disebabkan oleh pemimpin politik bebal ini melihat perlantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas. Ini yang sedang berlaku di dalam negara. Perebutan untuk menduduki apa-apa jawatan dalam kerajaan di kalangan pemimpin politik, sedangkan negara dan negeri terabai serta rakyat menanggung penderitaan yang sangat malang.

4. Cadangan yang baik daripada Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden Pas tidak boleh dibiar berlalu tanpa apa-apa permulaan sebagai contoh yang praktikal untuk meyakinkan rakyat tentang idea baru untuk politik baru dan matang. Oleh itu, adalah diharapkan pimpinan Pas akan meneroka perlaksanaannya di Kelantan dengan meminda perlembagaan atau undang undang tubuh negeri Kelantan bagi membolehkan kuasa politik yang diperolehi dalam pilihan raya melantik MB dan Exco Kerajaan Negeri daripada kalangan profesional yang bukan daripada kalangan ADUN dengan berasaskan kelulusan akademik untuk mentadbir dan membangun negeri Kelantan.

5. Ini akan menjadikan Kelantan terus menjadi guru politik Malaysia. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja.

‪#‎SelamatkanKelantan‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
23 Februari 2016/14 Jamadilawal 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Surat terbuka kepada rakyat dan pembangkang - Tuan Ibrahim Tuan Man

7:09 AM 0 Comments A+ a-



Surat terbuka kepada rakyat dan pembangkang

Dalam situasi tekanan ekonomi global yang serius khususnya harga petroleum yang jatuh teruk, banyak negara berada pada keadaan tertekan, khususnya negara yang bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber utama.


Keadaan ini mengakibatkan ribuan pekerja yang diberhentikan yang menyah-stabilkan suasana sehingga mendorong pelbagai masalah tekanan hidup ke atas rakyat.

Kerajaan mempunyai tanggungjawab besar bagi memulihkan kedudukan ekonomi dan merangka satu sistem ekonomi yang pelbagai sumber, bagi membangunkan sumber utama lain. Keadaan ini tidak sepatutnya dibiar berterusan tanpa adanya suatu perancangan jangka panjang bagi mengatasi kes yang sama berulang pada masa depan.

Kegawatan politik dan polemik dalaman yang berterusan tentunya tidak membantu negara untuk keluar dari kemelut yang berlaku. Kita mengakui bahawa kepimpinanan negara yang diterajui oleh Umno-BN adalah punca kepada masalah negara. Namun, perkara yang lebih penting pada waktu ini ialah membantu rakyat bagi memahami situasi yang berlaku dalam negara kini.

Kegagalan besar kerajaan pimpinan PM Datuk Seri Najib Razak bilamana menjadikan cukai GST sebagai penyelesaian masalah dan tekanan ekonomi negara. Rakyat dicukai secara paksa manakala kerajaan terus membazir dan boros dalam perbelanjaan serta pemimpin bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa

Bukan itu sahaja, kerajaan juga mencadangkan menghidupkan AES dan baru-baru ini ada pula ura-ura cadangan menaikkan kadar saman kesalahan jalanraya. Semua ini adalah contoh-contoh ketara tindakan kerajaan dilihat tidak membantu rakyat keluar dari kemelut yang ada sebaliknya kerajaan lebih banyak menyelesaikan masalah dengan menambahkan bebanan rakyat.

Peluang pekerjaan yang dijanjikan semasa kempen PRU13 langsung hilang dari sebutan. Kini, ribuan mahasiswa menganggur dan PTPTN pula mengejar hutang daripada mereka.

Kian nyata, gagasan menukar hala tuju negara dari pertanian kepada perindustrian ternyata tidak berkesan dalam melonjakkan ekonomi negara. Wawasan 2020 yang hanya tinggal 4 tahun sahaja lagi tidak lagi kesampaian. Sebelumnya, DEB juga gagal mencapai matlamat 30% pemilikan ekonomi Bumiputera apabila ia hanya berjaya diagihkan di kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah. Semua gagasan ekonomi yang diilhamkan Umno-BN gagal seperti FGVH, yang kini berubah menjadi satu mimpi ngeri buat Felda dan para peneroka.

Apakah dengan bebanan hutang negara yang mencecah RM600 billion dan isu 1MDB, isu derma RM2.6 bilion dan jutaan lagi skandal yang sedang dibongkar; persoalan kini timbul – mampukah kerajaan merencana hala tuju yang jelas bagi negara keluar dari kemelut ekonomi yang menakutkan ini?

Melihat kepada situasi yang ada, majoriti rakyat merasakan kepimpinan negara lebih banyak disibukkan dengan kerja membantu PM bagi mengatasi skandal yang melingkari beliau. Kepimpinan yang ada dilihat lebih suka membuat kerja mengampu untuk mengekalkan kuasa daripada menggembleng tenaga dalam merancang masa depan negara. Kepimpinan sebegini sudah tentu tidak lagi boleh diharapkan bagi membela rakyat dan negara.

Rakyat kini menanti PRU14 untuk melakar perubahan politik. Rakyat memerlukan peta baru dalam merangka pelan pembangunan dan masa depan negara. Umum mengetahui bahawa Umno-BN gagal membela dan menyelesaikan permasalahan negara, apakah rakyat masih ingin meneruskan dan mengekalkan kerajaan yang korup ini? Jika ya, maka natijahnya nanti ialah kegagalan.

Rakyat perlu dibawa keluar dari kegelapan ini kepada cahaya masa depan. Malaysia perlu diselamatkan – dan objektif ini patut menyatukan semua pihak yang sayangkan Malaysia.

Hakikatnya, semua parti pembangkang ingin menukar parti yang menerajui kerajaan kini. Malangnya hari ini, selain Umno-BN, yang menambah duka dan derita rakyat ialah kecelaruan di kalangan parti pembangkang. Rakyat ingin melihat pembangkang bersatu - bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain.

Umno-BN bukan lagi menjadi penyelamat, malah ia adalah perosak. Dengan GST, Umno-BN boleh dianggap sebagai parasit. Oleh itu, suatu gagasan baru mesti dibentuk .

Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan cadangan kerajaan teknokrat sebagai jalan keluar kepada kemelut politik pembangkang. Kerajaan Teknokrat adalah satu langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara manakala parti dan ahli politik menjadi wadah perubahan tersebut.

Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan yakni kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada Perdana Menteri hingga ke peringkat terbawah.

Sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan PM dan Menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihan raya. Kuasa politik yang didapati melalui pilihanraya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan professional untuk mentadbir negara.

Berdasarkan sejarah politik negara, kita harus menerima hakikat bahawa bukan semua teknokrat tahu berpolitik dan bukan semua ahli politik itu berminda teknokratik.

Lantas, lontaran idea ini perlu diteroka.

Dengan Kerajaan Teknorat, polemik sempit berdasarkan persepsi semata-mata, persaingan dan penindasan atas nama perbezaan parti politik, salah guna kuasa oleh ahli politik, kediktatoran seseorang ahli politik dan cara berpolitik fitnah dan durjana dapat dikurangkan.

Kepada para pimpinan parti politik, terutamanya pembangkang: ‘We need to rise above’. Marilah berpolitik secara matang dan memikirkan ke arah gagasan besar ini sebagai suatu jalan keluar bagi masa depan Malaysia tercinta.

Untuk mencapai matlamat ini, rakyat perlu menjadi pendesak dan guru disiplin kepada pemimpin dan ahli politik agar mereka berpolitik secara matang dengan mengutamakan negara dan kesejahteraan rakyat terlebih dahulu. Konsep pembangkang juga perlu diubah. Mereka perlu dilihat sebagai rakan dialog berharga bagi membangunkan negara.

Rakyat perlu memberikan mesej kepada para ahli politik bahawa mereka perlu bekerja untuk undi kamu dan bukannya sekadar mengambil kesempatan dengan mengganggap rakyat secara automatik akan mengundi mereka jika mereka menolak satu pihak yang lain.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 Februari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Nazri Aziz Jangan Kurang Ajar Dengan Timbalan Presiden UMNO Yang Dipilih Oleh Perwakilan UMNO Seluruh Negara - Khairuddin Abu Hassan

7:02 AM 0 Comments A+ a-



NAZRI AZIZ JANGAN KURANG AJAR DENGAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO YANG DIPILIH OLEH PERWAKILAN UMNO DI SELURUH NEGARA!!

Kenapa nazri aziz ni nampak kelam kabut dan takut sangat apabila yb timbalan presiden umno becakap secara hakikat mengenai isu wang derma rm2.6 billion, wang syarikat src rm42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi najib tun razak serta kes skandal 1mdb yang menjadi isu polemik di negara kita?!

Nazri aziz jangan kurang ajar dengan timbalan presiden umno yang dipilih oleh para perwakilan umno!! Nazri aziz hanyalah kucing kurap yang dilantik menduduki kerusi majlis tertinggi umno bukan pun menang melalui pemilihan!!


Sedarlah diri tu sikit!! Inilah budaya kurang ajar yang sedang menyusup serta merosakkan parti umno!! Pemimpin haprak macam nazri aziz inilah yang membuatkan umno semakin dibenci dan ditolak oleh rakyat jelata!!

Sebagai timbalan presiden yang dipilih secara sah; tan sri muhyiddin yassin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu-isu yang sedang membelenggui pemikiran rakyat di negara kita!! Rakyat mahukan kebenaran!! Rakyat nak tahu secara sahih, terang, jelas serta mendalam khususnya kes skandal yang berkaitan dengan skandal 1mdb!!

Tan sri muhyiddin yassin mempunyai 'locus standi' untuk bercakap secara terbuka untuk menerangkan kepada keseluruhan rakyat kerana beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas dasar menegur pucuk pimpinan tertinggi umno mahupun kerajaan untuk menyiasat kes skandal 1mdb secara telus, adil, saksama dan selidik secara komprehensif!!

Apakah salah kalau tan sri muhyiddin yassin nak memberi pencerahan kepada rakyat mengenai kes skandal 1mdb yang telah menyebabkan beliau dipecat tanpa alasan yang kukuh?!

Saya nak bagi tahu nazri aziz agar jangan gusar kerana sudah terlambat serta sukar untuk sesiapa pun yang nak sorokkan isu kes skandal 1mdb ke pengetahuan rakyat jelata!! Malahan ianya telah menjadi satu isu dunia pun dewasa ini!!

Nazri aziz kena ingat yang dia hanya kucing kurap yang dilantik untuk menduduki kerusi majlis tertinggi umno!! Budak nazri aziz juga tolonglah jangan serang timbalan presiden umno yang sah kerana tan sri muhyiddin yassin berada di hirarki kedua tertinggi parti!!

Apa pun kita semua tak perlu layan kerenah budak bangang nazri aziz ni!! Suruh dia suluh dan cerminkan muka dia terlebih dahulu!!


Sila kongsi artikel ini...

Pembekuan warga asing: BN akan flip-flop lagi selepas PRN Sarawak? - Tuan Ibrahim Tuan Man

9:21 PM 0 Comments A+ a-



Pembekuan warga asing: BN akan flip-flop lagi selepas PRN Sarawak?

PAS percaya tindakan flip-flop dalam keputusan pengambilan 1.5 juta warga Bangladesh ke pembekuan pengambilan warga asing secara total dalam sekelip mata besar kemungkinan cumalah taktik sementara mengelakkan isu ini daripada menjadi isu utama di pilihanraya negeri Sarawak.

Ini kerana isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini adalah isu yang merentas kaum, agama dan politik dan ia sudah pasti memberi kesan kepada BN di PRN Sarawak. Isu ini akan meletakkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang kuat berkempen untuk menguatkan rakyat tempatan Sarawak sendiri dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan warga asing secara besar-besaran tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang sedang menyelebungi rakyat Sarawak.


Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya negeri Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan untuk membawa sebegitu banyak warga asing ke negara tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup, mencari kerja dan suasana sosio-politik yang kian berubah kerana pertambahan warga asing yang begitu mendedak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur, warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah dan ada yang tiba-tiba menjadi Bumiputra kerana mengahwini orang Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih baik daripada warganegara sendiri.

Hari ini, kerajaan boleh menyalahkan kononnya majikan yang flip-flop dalam pengambilan warga asing. Tapi, betulkah begitu kerana pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri BN berubah keputusan?

Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula. Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Februari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Kontroversi pekerja Bangladesh: Mesyuarat kabinet berfungsi kah tidak? - Tuan Ibrahim Tuan Man

7:54 PM 0 Comments A+ a-



Kontroversi pekerja Bangladesh: Mesyuarat kabinet berfungsi ke tidak?

Kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang berakhir dengan pembekuan pengambilan warga asing serta-merta oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat memalukan kerana ia mendedahkan betapa lemahnya kepimpinan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penerangan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot yang menjelaskan bahawa jumlah 1.5 juta yang dinyatakan oleh TPM adalah pekerja yang berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara yang memerlukan khidmat mereka lagi mengejutkan. Ia cukup berbeza dengan apa yang dinyatakan TPM sebelum ini di mana kerajaan akan membawa masuk sejumlah 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun.


Lebih mengejutkan graduan Oxford dari Umno juga merasakan apa yang diutarakan TPM sebelum ini itu munasabah.

Kenyataan TPM hari ini datang sehari selepas Najib memberitahu wartawan di Amerika Syarikat bahawa beliau akan berbincang dengan timbalan beliau mengenai kemasukan 1.5 juta Bangladesh.

Ini menimbulkan persoalan – apakah menteri-menteri ini menghadiri mesyuarat kabinet? Apakah perkara sebesar ini dibincang di dalam kabinet? Jika tidak, apa yang dibincang di dalam kabinet sebenarnya dalam setiap kali mesyuaratnya? Apakah yang cuma dibincang ialah strategi mempertahankan kedudukan Najib sebagai PM?

Apa yang berlaku dalam kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini, saya percaya, adalah hasil daripada tindakan mempertahankan PM dalam episod 1MDB dan juga derma RM2.6 bilion sehingga ia menjadi satu budaya dalam Umno-BN.

Apa yang disebut oleh pihak atasan diterima bulat-bulat tanpa soal ibarat lembu dicucuk hidung. Apabila pihak atas membuat kesilapan yang terang-terang, tiada siapa yang berani memperbetulkannya sehinggalah nasi menjadi bubur seperti apa yang dilakukan oleh Richard Riot hari ini.

Lebih besar lagi, kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini, menonjolkan bahawa PM tiada masa menguruskan negara kerana disibukkan mempertahankan diri. Ahli-ahli kabinet pula turut serta dalam kerja mempertahankan bos sehingga alpa dengan kerja sendiri.

Apa yang rakyat boleh harap lagi daripada kabinet yang gemuk tapi kurang berfungsi ini?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 Februari 2015


Sila kongsi artikel ini...

Mana RM 2.6 Bilion? - Zulhazmi Shariff

2:41 PM 0 Comments A+ a-



MANA RM2.6 BILION?

The Wall Street Journal (WSJ) sekali lagi mempertahankan kenyataan mereka sebelum ini bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Tun Razak bukannya derma dari dermawan Timur Tengah sebaliknya adalah daripada wang 1MDB melalui anak-anak syarikatnya termasuk SRC International.

Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil terhadap WSJ untuk membuktikan dakwaan WSJ tersebut walau pun sebelum ini Najib Tun Razak mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.


Siapa yang kita rakyat Malaysia hendak percaya??

Wang RM2.6 bilion tersebut dikatakan derma oleh SPRM yang menyiasat isu tersebut. SPRM dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa wang tersebut ialah derma daripada Timur Tengah dan bukannya wang SRC International. Timbalan Perdana Menteri kemudiannya mengatakan beliau sendiri telah berjumpa dengan penderma tersebut. Seterusnya Peguam Negara turut mengesahkan ianya derma dari Timur Tengah malah sejumlah RM2.03 bilion telah dipulangkan oleh Najib kepada penderma. Peguam Negara selepas itu mengarahkan SPRM menghentikan dan menutup kertas siasatan berkaitan isu tersebut.

Selain itu akhbar-akhbar luar negara melaporkan bahawa FBI juga menyiasat beberapa transaksi melibatkan pengaliran wang yang turut melibatkan orang-orang yang rapat dengan Najib Tun Razak.

Siapa kita nak percaya??? SPRM? Peguam Negara? Polis DiRaja Malaysia? Najib Tun Razak?

Sampai bila kegilaan ini hendak dibiarkan? Cukuplah. Cukuplah.

BERANI BERUBAH.
Zulhazmi Shariff.
19022016


Sila kongsi artikel ini...

Selesaikan dahulu pengangguran rakyat – Faiz Fadzil

11:07 AM 0 Comments A+ a-



Selesaikan dahulu pengangguran rakyat – Faiz Fadzil

Keputusan kerajaan mengambil 1.5 juta warga Bangladesh untuk bekerja di negara ini atas alasan rakyat terutama belia tidak berminat bekerja dalam bidang 3D iaitu 'dirty, dangerous and difficult' adalah menjengkelkan.

Usahlah perlekeh kemampuan rakyat Malaysia. Rakyat negara ini bukannya berasal dari kutub utara yang tidak biasa dengan cuaca panas dan habuk, mahupun tanah ataupun daun kering. Pertanian adalah sektor ekonomi asal negara ini. Rakyat Malaysia juga punyai kekuatan fizikal yang setanding dengan orang Bangladesh untuk terlibat dalam sektor pembinaan.

Namun, apakah masalah utama yang mendorong kurangnya minat warga tempatan untuk terlibat dalam pekerjaan di sektor perladangan dan pembinaan?

Masalah utama adalah kerana gaji yang rendah ditawarkan kepada mereka. Sebab itulah, tuntutan gaji minima sebanyak RM1,500 jika diluluskan akan dapat menarik minat rakyat negara ini untuk bekerja 3D.

Hanya orang luar seperti warga Bangladesh yang sanggup menerima bayaran gaji rendah kerana jumlah yang diterima di negara ini adalah satu nilai yang besar di negara mereka. Mereka sanggup untuk tinggal berhimpit-himpit di dalam sebuah rumah kongsi.

Mereka tidak menggunakan kenderaan pergi ke tempat kerja. Mereka tidak perlu membayar pinjaman bank untuk sebuah rumah yang harganya ratusan ribu ringgit. Mereka tidak perlu membayar apa-apa yuran pengajian dan perbelanjaan harian anak-anak yang tinggi.

Tetapi, bagi rakyat negara ini, semua tanggungan ini bukan sahaja tanggungjawab, malahan menjadi bebanan.

Ia disumbangkan kos sara hidup yang cukup tinggi, harga rumah yang mahal, kos pengangkutan termasuk komuter, ERL, minyak, cukai kenderaan dan tol yang tinggi, harga barang yang semakin hari semakin meningkat serta bayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST). Semua ini perlu ditanggung rakyat negara ini.

Oleh itu, alasan yang diberikan kerajaan adalah meleset umpama membandingkan oren dengan epal.

Jika tidak kerana gaji yang rendah di negara ini, kenapa terdapat rakyat negara ini yang sanggup bekerja di Singapura. Rata-rata rakyat yang bekerja di sana terlibat dalam sektor pembinaan. Bukankah ia kerja 3D.

Namun kerana gaji yang tinggi, mereka sanggup berulang alik ke Singapura bagi mencari pendapatan lebih bagi menampung kos sara hidup yang tinggi di negara ini.

Kenaikan gaji minima kepada RM1,500 pasti boleh dilaksanakan dengan tuntas jika kerajaan dapat mengurangkan kos pengurusan sektor korporat seperti menurunkan cukai korporat, mengurangkan harga barang, minyak dan tarif elektrik serta membatalkan GST.

Jika ini dapat dilaksanakan, syarikat-syarikat terutama sektor SME mampu membayar gaji minima yang dituntut ini.

Perkara lain yang membimbangkan adalah penguasaan perniagaan oleh warga Bangladesh bukan sahaja di kawasan kampung, malahan di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur. Mereka kini sudah mula menjalankan perniagaan kedai makan, perniagaan sub-kontrak dalam sektor pembinaan dan perniagaan komputer dan telefon bimbit.

Jika perkara ini tidak dibendung, akhirnya mereka akan menjadi tuan, rakyat pula menjadi kuli. Masalah pengangguran rakyat pula pasti akan meningkat lagi.

Oleh itu, Pemuda Amanah menggesa kerajaan untuk menggalakkan golongan muda menceburi bidang perniagaan dengan meningkatkan inisiatif pinjaman dan latihan kemahiran sebagai satu alternatif kepada masalah pengangguran yang semakin parah di negara ini. Ratusan ribu graduan yang masih menunggu panggilan kerja hendaklah dibantu oleh kerajaan.

Janganlah hanya melihat kepada keuntungan levi semata-mata kerana ia hanya membantu ekonomi Putrajaya dan bukannya rakyat.

Siapa pula kroni yang bakal mendapat keuntungan berbilion ringgit hasil bayaran levi ke atas pekerja Bangladesh.

Kerajaan juga seharusnya membersihkan dahulu masalah warga asing yang tiada dokumen sah bekerja di sini. Kebanjiran warga asing di negara ini sudah lebih dari cukup untuk bekerja di negara ini terutama di sektor 3D.

Rakyat negara ini perlukan perhatian dan bantuan kerajaan. Bukannya dengan memberikan BR1M tanda bantuan. Tetapi pulihkan ekonomi negara, wujudkan peluang pekerjaan dan tingkatkan pendapatan rakyat.

Masalah pengangguran rakyat negara ini perlu diberikan keutamaan berbanding Bangladesh.

Tadbirlah negara ini sepertimana dua Khalifah Umar yang mementingkan kebajikan rakyat dan ketelusan dan integriti pengurusan kewangan negara. – 19 Februari, 2016.


Sila kongsi artikel ini...

Kenapa Peguam Negara Batalkan Perjumpaan Dengan Dua Panel SPRM? - Khairuddin Abu Hassan

2:00 PM 0 Comments A+ a-



KENAPA PEGUAM NEGARA BATALKAN PERJUMPAAN DENGAN DUA PANEL SPRM??

Kenapa peguam negara; tan sri mohamed apandi ali membatalkan perjumpaan beliau dengan dua panel sprm?!

Tan sri apandi mesti terangkan kepada 30 juta rakyat malaysia apa rasional serta justifikasi beliau batalkan perjumpaan dengan dua orang panel sprm?! Isu ini sudah menjadi polemik negara sekian lama!! Jangan lah dok tangguh tindakan lagi!!


Isu wang derma rm2.6 billion serta dana src rm42 juta yang masuk dalam akaun peribadi najib tun razak tertakluk di bawah undang-undang negara kita!! Dalam apa cara untuk menutup kemungkaran tersebut agak sukar kerana bukti forensik secara hitam putih khususnya rekod-rekod perbankan sukar dipinda atau dimanipulasikan!!

Saya akan cabar kesahihan tindakan keputusan peguam negara membebaskan najib tun razak dari kes ini di kamar mahkamah kelak!!

Peguam negara adalah salah seorang pengamal undang-undang yang tertinggi di negara kita ini. Jadi; tolong bagi tahu tan sri apandi ali agar bertindaklah mengikut undang-undang negara sepertimana yang tertakluk di bawah perlembagaan persekutuan.

Bertindak berdasarkan asas kebenaran secara jujur, telus dan tanpa sebarang unsur pilih kasih mahupun bersikap berat sebelah!! Pengamal undang-undang mesti membuktikan secara professional yang beliau berpegang utuh pada keluhuran undang-undang serta perlembagaan!!

Jangan sama sekali kita bersubahat untuk menutup kemungkaran kerana ianya bercanggah dengan undang-undang di dunia yang bertamaddun!! Jangan jadikan undang-undung yang mulia ini sebagai undang-undang rimba yang diterima-pakai mengikut citarasa sendiri!! Ini pendapat peribadi saya secara umum.

Tolong jawab kepada 30 juta rakyat malaysia kenapa batalkan perjumpaan dengan dua orang panel sprm wahai peguam negara!! Rakyat jelata ingin tahu justifikasi dari tan sri mohamed apandi ali sendiri!!


Sila kongsi artikel ini...

'Orang Bangladesh dan kita sama di sisi tuhan' - Zulhazmi Shariff

12:51 PM 0 Comments A+ a-



"Orang Bangladesh dan kita sama di sisi tuhan"

Aku ingat ulamak mana yang sebut... rupanya Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya seorang wanita cina dari parti komunis.

Apabila Kerajaan umumkan akan membawa masuk tenaga kerja seramai 1.5 juta dari Bangladesh, pelbagai kritikan yang dihamburkan. Macam-macam cerita tak elok tentang orang-orang Bangladesh yang dibongkar, diungkit.


Bangla cabul pelajar sekolah, Bangla curi duit, bau Bangla busuk, Bangla itu Bangla ini dan macam-macam lagi. Punya jauh serangan ditujukan dan yang peliknya kenapa Bangla yang diserang?

Yang nak bawa masuk Bangla ke Malaysia ialah Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Umno/BN. Nak dibawa masuk atas alasan permintaan daripada pemain industri kononnya warganegara Malaysia tidak mahu bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan yang kerjanya kotor, buruk, busuk, berat dan terdedah dengan bahaya.

Dah kenapa Bangla yang disalahkan?

Bangla cabul pelajar sekolah... Bangla saja ka?? Ada juga bersepah insiden datuk sendiri cabul cucu... bapak tiri cabul anak tiri... kekasih ibu cabul anak... bukan Bangla... kelaku buruk ini bukan kerana bangsa. Kelaku buruk ada pada sesiapa saja tak kira bangsa tapi yang pasti kelaku buruk ini lebih buruk ada pada "MELAYU UMNO".

"MELAYU UMNO" inilah yang nak membawa Bangla masuk Malaysia. "MELAYU UMNO" inilah yang mengeksploitasi kekayaan negara untuk kelompok mereka.
"MELAYU UMNO" inilah yang membangsatkan melayu lain dan warganegara Malaysia yang lain.

Yang buruk dan busuk ialah "Melayu Umno" ini bukan Bangla, bukan nepal, bukan Myanmar bukan cina bukan Vietnam bukan Kemboja.

Mereka membawa masuk Bangla dan lain-lain bangsa hanya kerana mereka-mereka (Bangla, Indon, Kemboja, Vietnam, Nepal dsb) boleh diperkotak-katik. Berikan tempat tinggal tidak selesa tidak apa. Makan kinum ala kadar tidak apa. Gaji tidak setimpal tidak apa. Suasana tempat tinggal dan tempat kerja tidak selesa tidak apa. Kerja tidak kira masa pun tidak apa. Dilayannya mereka seperti hamba. Diperahnya keringat mereka bagai binatang tanpa peri-kemanusiaan.

Akibatnya mereka-mereka itu akan tertekan dan bertindak balas. Kemudian kita salahkan mereka.

Cessssssss celakalah Umno/BN....

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
17022016


Sila kongsi artikel ini...

Masuk 1.5 juta Bangla Umpama 'Serah' Negara - Edy Noor Reduan

5:38 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
16 Februari 2016

Masuk 1.5 juta Bangla Umpama 'Serah' Negara
Pengumuman Kerajaan untuk membawa masuk sejumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh lagi akan hanya menyaksikan populasi bukan warganegara meningkat kepada 8.2 juta orang jika berdasarkan kepada statistik November 2014. Ini meliputi 27% daripada populasi negara yang berjumlah lebih kurang 30 juta hari ini.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak keras usaha mengarut ini dengan fakta dan pandangan berikut;


1. Populasi warga asing seramai 8.2 juta akan menjadi jumlah etnik kedua terbesar mengatasi populasi cina Malaysia yang berjumlah 6.64 juta.

2. Warga Bangladesh yang akan berjumlah 2.1 juta selepas ini akan menjadi populasi etnik ketiga terbesar menggantikan etnik India. Malah jumlah mereka adalah jauh lebih besar dari populasi penduduk Negeri Sembilan dan Melaka (dicampurkan).

3. Kerajaan tidak pernah membentangkan statistik sebenar keperluan pekerja asing mengikut sektor dan industri, malah jumlah warga asing sedia ada jika diperuntukkan untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu seharusnya mencukupi.

4. Kegagalan kerajaan untuk merangka pelan penambahbaikan produktiviti buruh tempatan dan, struktur gaji dan imbuhan akhirnya jalan mudah diambil dengan mengimport tenaga kerja asing seperti apa yang berlaku hari ini.

5. SAMM cadang supaya hanya sektor pembinaan, pertanian, perkilangan, perhotelan dan pembantu rumah sahaja dibenarkan untuk diisi oleh warga asing.

6. Kerajaan harus bertegas memastikan sektor industri perniagaan khususnya restoran dan kedai makan, hanya boleh diisi oleh warga tempatan. Warga asing juga tidak boleh bekerja sebagai penjual di mana-mana premis, jadi kita akan melihat warga asing yang berniaga itu adalah salah dan wajib diberkas. Maka, secara tidak langsung kelopongan sektor ini akan menawarkan jumlah gaji yang lebih tinggi untuk diisi oleh warga tempatan.

7. Ingin disebut juga di sini, Industri makanan dan minuman juga tidak boleh diisi oleh warga asing di atas faktor kebersihan dan kesihatan.

8. Jika alasan pekerja tempatan tidak mahu menceburi bidang pekerjaan yang 'kotor' seperti kata menteri, bagaimana pula dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri yang sama di Singapura sedangkan di sini pekerjaan itu diisi oleh pekerja asing?

9. SAMM juga melihat adanya unsur pengambilan untung pantas dengan jumlah bilion ringgit dalam mengurus kemasukkan 1.5 juta warga Bangladesh ini. Malah laporan media yang mengatakan syarikat adik Timbalan Perdana Menteri juga terlibat menimbulkan konflik kepentingan yang berprofil tinggi. Ini sangat tidak wajar sekali, umpama menyerah negara ini untuk disesakkan oleh warga asing.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Sila kongsi artikel ini...

Tan Sri Khalid Abu Bakar, Tolong Beri Pencerahan Laporan Polis Saya Terhadap Jho Lo dan Skandal 1MDB Sejak Disember 2015 - Khairuddin Abu Hassan

10:19 AM 0 Comments A+ a-



TAN SRI KHALID ABU BAKAR TOLONG BERI PENCERAHAN LAPORAN POLIS SAYA TERHADAP JHO LO DAN SKANDAL 1MDB SEJAK 12 DISEMBER 2014

Saya ingin memohon penjelasan dan pencerahan dari ketua polis negara mengenai status laporan polis saya terhadap jho lo di dalam kes skandal 1mdb yang mula dilaporkan sejak 12 disember 2014!! Apa statusnya tan sri khalid abu bakar?!

Sebagai pelapor saya mempunyai hak untuk meminta penjelasan dan pencerahan dari tan sri khalid abu bakar. Apakah jho lo sudah dipanggil oleh pihak pdrm untuk soal siasat?!


Kalau jho lo sudah dipanggil oleh pdrm; saya ingin bertanya bila?! Apa perkembangannya?! Kalau pdrm belum soal siasat jho lo; saya pun nak tanya kenapa?! Dah lama dah saya buat laporan polis!!

Saya amat teruja menonton kenyataan ketua polis negara di dalam saluran berita buletin utama tv3 semalam. Tan sri khalid abu bakar kata setelah ada orang buat laporan polis terhadap yabhg tun dr mahathir mohamad dalam hanya 2 hari pihak pdrm dah pun buka kertas siasatan terhadap mantan perdana menteri itu!! Cepat pulak!!

Bagaimana dengan laporan polis saya terhadap kes skandal 1mdb?! Apa statusnya?!

Boleh ketua polis negara beri sedikit pencerahan terhadap semua laporan-laporan polis saya terhadap jho lo, individu-individu lain serta syarikat 1mdb?!

Terima kasih banyak ya yang dihormati ketua polis negara!!


Sila kongsi artikel ini...

1MDB - semua institusi - Parlimen, SPRM, Audit Negara, Bank Negara, Peguam Negara, PDRM - nampaknya telah ditewaskan atau dijinakkan. - Husam Musa

10:50 PM 0 Comments A+ a-



1MDB - semua institusi - Parlimen, SPRM, Audit Negara, Bank Negara, Peguam Negara, PDRM - nampaknya telah ditewaskan atau dijinakkan.

Malaysia nampaknya tidak mempunyai mekanisma melepaskan diri dari jerutan korupsi skala besar dari puncak kuasa.

Terpaksa menyerah diri sekali pun nurani meronta-ronta.


Kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja.

Mana lagi institusi yang boleh tegak menyelamatkan negara? Atau menunggu keruntuhan terakhir dan Malaysia tidak lagi dapat diselamatkan?

Hanya kerana seorang pemimpin yang tidak tersentuh oleh keluhuran undang-undang?

Satu-satunya yang tinggal dalam kejauhan harapan kita - Majlis Raja-Raja dan para Sultan.

Bolehkah Majlis Raja-Raja menyalakan semula harapan rakyat terbanyak dengan memanggil SPRM menyembahkan maklumat mengenai kertas terakhirnya mengenai 1MDB.
Kertas ini dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja yang akan bersidang.

Kemudian Majlis Raja-Raja membentuk satu panel untuk menyembahkan pandangan dan nasihat samada terdapat prima facie atau tidak berdasarkan kertas laporan siasatan itu.

Jika ia berlaku, ia akan menunjukkan Raja-Raja muncul menjadi titik terakhir rakyat menaruh harapan mewujudkan mekanisma meluruskan semula perjalanan negara tercinta.

Mungkinkah di sana ada sinar harapan?

Husam Musa
5 Jamadilawwal 1437/
14 Februari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Putrajaya Wajar Laksana Gaji Minima RM1,500 dan Kuatkan Kesatuan Sekerja Sebelum Gesa Anak Muda Ambil Alih Kerja Pekerja Asing

10:45 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

Putrajaya Wajar Laksana Gaji Minima RM1,500 dan Kuatkan Kesatuan Sekerja Sebelum Gesa Anak Muda Ambil Alih Kerja Pekerja Asing

Gesaan Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi, hari ini agar anak muda mengambil alih kerja-kerja yang diisi pekerja asing cukup menarik tetapi pra-matang.


Adakah Ahmad Zahid benar-benar memahami sebab kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut "3D" atau "Dirty, Difficult and Dangerous" atau "Kotor, Susah dan Berbahaya"?

Sepatutnya beliau melalui mesyuarat Kabinet terdekat menggesa Putrajaya untuk melaksana langkah-langkah berikut, termasuk:

- meningkatkan gaji minima seperti yang dicadang Pembangkang iaitu RM1,500 sebulan;
- memastikan hak pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutamanya dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja;
- memastikan sistem pendidikan vokasional yang menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri yang lebih menyeluruh; dan
- memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat, dan paling penting anak muda untuk mengambil alih kerja-kerja yang dimonopoli pekerja asing, terutama melalui geran untuk meningkatkan teknologi yang diguna dalam bidang-bidang kerja tersebut.

Tanpa melaksana langkah-langkah di atas, gesaan Ahmad Zahid hanyalah retorik semata-mata dan bukannya niat ikhlas untuk membantu anak muda mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Naib Ketua AMK

14 Februari 2016


Sila kongsi artikel ini...

Mencari rasa bangga rakyat yang hilang - Tuan Ibrahim Tuan Man

10:38 PM 0 Comments A+ a-



Mencari rasa bangga rakyat yang hilang

Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa ingin merasa bangga terhadap negara dan juga institusi-institusi berkuasa dan kewangan negara.

Mereka dahagakan pujian-pujian terhadap Malaysia. Mereka ingin dengan bangganya menyebut ‘Kita orang Malaysia’ tanpa orang lain mengungkit dan bertanya soalan-soalan mengenai skandal berskala antarabangsa yang memalukan.

Mereka juga ingin merasa bangga dan syukurnya Malaysia dipuji kerana negara ini ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, dilihat bersih, sanggup bertanggungjawab, sedia mengaku salah dan memberikan keyakinan kepada rakyatnya.

Begitu juga dengan sistem keadilan negara, mereka ingin merasa bangga apabila Malaysia dipuji kerana adanya seorang Peguam Negara yang boleh bertindak secara berdikari, adil dan saksama terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat.

Namun, hari ini, majoriti rakyat Malaysia berasa malu dengan apa yang sedang melanda negara kita.

Sebabnya mudah, nama Malaysia kini terpalit dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang tidak dapat terpisah dengan skandal kewangan yang melanda 1MDB dan juga ‘cerita sebenar’ derma RM2.6 bilion yang muncul di dalam akaun peribadinya. Lebih menyayatkan hati, kini nama Peguam Negara juga diheret bersama sejurus beliau mengumumkan tiada tindakan susulan terhadap PM selepas menerima laporan siasatan SPRM terhadap derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Hari ini, nama Malaysia kini sering disebut bersama 1MDB dan RM2.6 bilion di mana-mana pelusuk dunia. Perkara ini memberatkan hati rakyat kerana ia telah menjejaskan nama baik negara sepenuhnya. Akhirnya, rakyat juga yang terpaksa memikulnya – dalam bentuk kejatuhan nilai Ringgit, laporan negatif media-media antarabangsa yang bertubi-tubi dan juga pandangan serong negara lain.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia jangan berputus asa. Rakyat Malaysia perlu terus menjadi pendesak kepada kerajaan dan pembangkang, terutamanya para ahli politik negara untuk melakukan yang terbaik untuk negara.

Rakyat perlu berani menyatakan bantahan dan terus mendesak kepada salahguna kuasapenyelewengan dan penipuan kerajaan. Rakyat perlu bertegas dengan pembangkang pada perkara-perkara yang sama.

Rakyat perlu menghantar mesej bahawa para ahli politik perlu berusaha dan bekerja untuk mendapatkan undi mereka. Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak.

Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara. Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama.

Demi masa depan negara tercinta dan misi mencari kembali rasa bangga yang kehilangan, segalanya kini terletak di bahu rakyat - bos sebenar Malaysia tatkala kebanyakan para ahli politik negara terus bercakaran tanpa pertimbangan kesannya terhadap negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
14 Februari 2015


Sila kongsi artikel ini...

Hand phone saya dihujani dengan gambar-gambar yang viral hari ini tentang penentangan rakyat Kedah .... - Anina Saadudin

8:20 AM 1 Comments A+ a-



Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hand phone saya dihujani dengan gambar-gambar yang viral hari ini tentang penentangan rakyat Kedah terhadap tindakan DS Najib mengepalai gerakan menjatuhkan DS Mukhriz di Kedah. Mereka memberi isyarat "kalih" dengan memasang bendera BN terbalik di seluruh pelusuk negeri.


Ketika saya mengheret DS Najib ke mahkamah penghujung Ogos 2015, keadaan di Kedah adalah bercampur baur. Sokongan kepada Presiden UMNO masih ada ketika itu. Ramai orang masih belum percaya bahawa DS Najib itu seorang pemimpin yang jahat. Malah ramai juga UMNO Kedah yang gagal memahami perkara pokok apatah lagi apabila DS Mukhriz dilihat bukan lah pemimpin UMNO yang memberi sokongan kepada saya. Malah DS Mukhriz pernah menegur cara saya berucap dalam ucapan penangguhan di mesyuarat agung perwakilan wanita UMNO bahagian Langkawi 8 Ogos 2015.

Saya tidak memerlukan restu DS Mukhriz untuk menegur Presiden kerana saya bukan pemimpin UMNO. Saya rakyat marhaen. Rakyat marhaen sudah hilang sabar dengan Presiden UMNO. Jadi, saya tidak perlu consent dari DS Mukhriz untuk bercakap benar bagi didengari oleh Presiden UMNO. Sudah dibilang jangan kencing rakyat pun, Najib belum dengar. Hari ini DS Mukhriz juga menjadi mangsa kejahatan politik Najib.

Saya bukan orang Mukhriz. Saya bukan orang sesiapa. Saya hanya ahli biasa yang tiada jawatan dalam kepimpinan UMNO. Saya hanya bercakap bagi mewakili rakyat marhaen lain seperti saya. Tiada pemimpin UMNO mengenali saya kerana saya bukanlah pemain politik.

Tidak perlu menjadi pemimpin UMNO untuk merasai denyut nadi rakyat. Menjadi rakyat biasa menjadikan saya lebih mulia dari pemimpin-pemimpin yang hanyut dalam buaian kuasa dan mabuk dalam kilauan material.

Berbalik kepada persoalan pokok, kenapa rakyat Kedah hari ini bangkit untuk menjatuhkan Najib? Hari ini mereka menjadi saksi kepada nilai kejahatan seorang manusia yang bertopengkan wajah seakan syurga. Hari ini Najib menyaksikan bahawa prinsip cash is king boleh dicabar di negeri Kedah.

Rakyat Kedah bukan menentang BN kerana menyokong parti lain. Hari ini seluruh Kedah memasang bendera BN terbalik kerana mereka MAHU MENUMBANGKAN NAJIB. SELURUH KEDAH MAHU NAJIB BERHENTI DARI TERUS MEMUSNAHKAN NILAI DAN SISTEM KEMANUSIAAN BUKAN SAHAJA DI MALAYSIA, TETAPI DUNIA.

Salam ufuk timur,

Anina Saadudin


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.