Showing posts with label ABIM. Show all posts
Showing posts with label ABIM. Show all posts

Jerebu: Malaysia Perlu Gerakan Inisiatif Proaktif Sebagai Pengerusi ASEAN - ABIM



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menggerakkan langkah proaktif selaku Pengerusi ASEAN untuk menangani masalah jerebu yang melanda dengan lebih efisyen. Masalah jerebu yang melanda negara ini telah menjejaskan kualiti kehidupan harian rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor dan aktiv iti. Maklumat terkini menunjukkan sekurang-kurangnya empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat di negara kita.

Peningkatan IPU ini akan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan khususnya kerana pencemaran jerebu membawa asap dan bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembajarans eperti alergen, toksik, mikrob dan partikel. Penyebaran bahan-bahan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan pernafasan yang tidak sahaja boleh menghakis kualiti kesihatan manusia, tetapi juga menjejaskan ekosistem (haiwan serta tumbuhan), dan peningkatan kos pengurusan berkaitan (penyelenggaraan dan kebersihan pejabat).

Jerebu juga mengakibatkan gangguan yang sangat serius terhadap kegiatan seharian rakyat Malaysia. Sebagai contoh dalam penutupan sekolah misalnya, merupakan isu penting yang menjejaskan proses pembelajaran murid, peperiksaan dan memberikan kesulitan kepada ibu bapa dan penjaga yang terpaksa memikul tanggungjawab tambahan – untuk menguruskan anak-anak yang bercuti sekolah.

Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana turut memberi kesan kepada produktiviti negara. Memandangkan jerebu merupakan masalah serantau, ABIM mendesak kerajaan Malaysia menerusi kapasiti sebagai pengerusi ASEAN agar bertindak segera dengan memanfaatkan instrumen yang wujud menerusi platform serantau ASEAN. Malaysia perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas dan tegas dalam Persidangan ASEAN yang akan datang. ABIM juga menuntut penegasan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan ketetapan-ketetapan yang digariskan menerusi Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution).

Perjanjian tersebut antara lain menetapkan setiap negara anggota perlu bekerjasama untuk memantau serta bertukar-tukar maklumat untuk melancarkan penyelarasan tindakan di kalangan negara anggota untuk menghadapi masalah jerebu. Dalam kesempatan ini, ABIM menyeru kepada sekalian umat Islam agar dapat memperbanyakkan berdoa serta mengerjakan solat hajat bagi memohon kesejahteraan serta keselamatan negara yang kita cintai ini, daripada sebarang keburukan mahupun bencana.

Akhir sekali, ABIM menyeru orang ramai supaya menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah pencegahan agar tidak terkena jangkitan serta masalah kesihatan. Antaranya, mengelakkan serta hentikan sebarang bentuk pembaka ran terbuka, banyakkan minum air, kurangkan aktiviti di luar rumah, selain memakai penutup hidung.

MOHAMMAD RAIMI ABD RAHIM, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

ABIM menyatakan keprihatinan terhadap tragedi rempuhan manusia di Mina



[Kenyataan Media] 
ABIM menyatakan keprihatinan terhadap tragedi rempuhan manusia di Mina yang sehingga kini mengikut sumber agensi Al-Arabiya telah mengorbankan lebih daripada 300 orang Jamaah haji. 

ABIM mengikuti secara dekat perkembangan yang berlaku dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan jamaah Haji Malaysia yang sedang berada di Mina ketika ini. ABIM juga menyeru agar seluruh umat Islam mengerjakan solat Hajat mendoakan keselamatan jamaah Haji kita sehingga selamat menyempurnakan ibadah Haji.

Mohamad Raimi Ab.Rahim, 
Presiden, 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Perutusan ‘Eidul Adha 1436H Angkatan Belia Islam Malaysia



PERUTUSAN ‘EIDUL ADHA 1436H
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

‘Eidul Adha yang dirindui kini kembali menemui umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Haji, seperti yang sering disebut dalam masyarakat Islam di Malaysia merupakan sebahagian dari hari-hari kebesaran di awal bulan Dzulhijjah. Hari penting dalam kalendar Islam ini ditandai dengan penunaian rukun Islam kelima iaitu ibadah haji dan disemangati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail a.s

Ibadah haji yang mula difardukan pada penghujung tahun ke-9 Hijrah dan disempurnakan oleh baginda junjungan Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam merupakan antara ibadah paling afdal dalam syariat Islam, seperti yang diungkapkan oleh seorang ulama’ Mazhab Syafi’e Al Qadi Husain, ibadah haji adalah paling utama kerana ia meliputi penggunaan harta dan amalan fizikal.

Bahkan Al Halimiy menukilkan bahawa ibadah haji merangkumi seluruh pengertian ibadah; orang yang mengerjakan haji seolah-olah dia berpuasa, bersembahyang, beri’tikaf, berzakat dan berjuang di jalan Allah.
Ibadah haji yang merupakan pelengkap kepada rukun Islam ini mempunyai kesan yang mendalam merentas pelbagai kelompok umat Islam di mana pun mereka berada. Buat dhuyuf ar Rahman (para tetamu ar Rahman) yang dijemput mengerjakan haji, ia merupakan kesempatan terbaik menghapuskan segala dosa-dosa yang lampau dan kembali bersih tanpa dosa seperti waktu dilahirkan. Buat mereka yang tidak berpeluang mengerjakan haji pula, amalan berpuasa ‘Arafah misalnya menghadirkan mereka peluang untuk diampunkan dosa, menurut riwayat hadis - selama setahun. Ibadah korban pastinya hadir sebagai kesempatan untuk golongan yang berkemampuan membelanjakan harta di jalan Allah dan buat golongan fakir, miskin dan dhaif untuk menerima agihan daging korban mengisi perut yang sering merintih kelaparan. Sungguh besar faedah dan manfaat ibadah haji serta korban kepada individu dan masyarakat.

Satu lagi dimensi penting dan universal yang perlu diamati dalam konteks penghayatan ibadah haji ialah mesej ketakwaan dan perpaduan umat merentas batas ras, etnik dan perkauman, mahupun darjat pangkat dan kedudukan.
Ibadah haji merupakan manifestasi dan penyataan paling jelas pesan Al Quran dalam Surah al Hujurat bahawa

“Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”. Pengalaman dan kesedaran inilah yang dirasakan oleh setiap para tetamu , antara lain seperti yang dinukilkan oleh Malcolm X (el Hajj Malik Shahbaz) dalam catatan perjalanan ketika mengerjakan haji yang telah merubah paradigma terdahulu beliau yang berbau rasis , asabiyah Qaumiyah dan perkauman sempit sepanjang perjuangannya menentang rasisme di Amerika Syarikat.

Begitulah jua mesej Islam tersebar sepanjang sejarahnya merentas daratan dan lautan bagi meruntuhkan tembok diskriminasi bangsa, kasta, warna kulit dan sentimen kesukuan yang membawa umat manusia kepada penindasan,
kezaliman dan ketidakadilan.

Bersempena ‘Eidul Adha pada tahun ini kami dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyeru umat Islam di Malaysia dapat menghayati makna ibadah dan mesej persaudaraan yang sejagat di sebalik perayaan ibadah yang besar ini dan menterjemahkannya di dalam mendepani kehidupan bermasyarakat hari ini.

‘Eidul Adha juga seharusnya menjadi detik untuk kita menginsafi betapa tinggi nilai pengorbanan yang perlu dibuat ke arah membentuk kesempurnaan setiap amalan ibadah kita. Biarlah nilai pengorbanan dan kekuatan iman menjadi asas pembinaan dan kefahaman di kalangan umat Islam, khususnya generasi muda di negara ini.

Justeru ABIM ingin menyeru generasi muda, belia dan mahasiswa agar menyahut semangat berkorban dengan tampil menawarkan diri membantu kariah surau, masjid dan komuniti setempat , baik di kota mahupun desa dalam menyempurnakan ibadah korban dengan semangat gotong-royong dan pemuafakatan. ABIM juga suka menyarankan generasi muda agar mula memasang tekad, keazaman dan berusaha untuk mengerjakan ibadah haji dan korban ketika usia muda dan bertenaga dan tidak semata-mata menanti waktu usia semakin senja.

Akhir sekali; ABIM turut ingin merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia akibat tragedi kren runtuh di Masjidil Haram pada musim haji tahun ini. Semoga Allah mengganjiri mereka dan kesabaran ahli keluarga dengan sebesar-besar ganjaran.

Alllahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! WalilLahil Hamd!

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Presiden

ABIM Tolak Perjuangan Berasaskan Perkauman; Rasisme Tidak Wujud Dalam Islam



[Kenyataan Media]


[Kenyataan Media]ABIM Tolak Perjuangan Berasaskan Perkauman; Rasisme Tidak Wujud Dalam Islam:-

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berasa terpanggil untuk berkongsi keprihatinan yang mendalam terhadap kebimbangan yang dizahirkan oleh Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin berhubung gejala-gejala berbau perkauman yang semakin rancak dimainkan oleh segelintir umat Melayu terhadap bangsa Cina di negara ini. Beliau justeru menekankan peranan penting yang dimainkan oleh umat Melayu Islam ke arah suri teladan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

ABIM yakin bahawa MACMA sebagai sebuah persatuan yang memayungi bangsa Cina beragama Muslim dan bertanggungjawab menyampaikan kefahaman Islam yang tepat di kalangan bangsa Cina di Malaysia pastinya mempunyai asas yang kukuh untuk menolak penfasiran agama Islam yang cenderung bersifat perkauman ‘asabiyyah yang sempit serta dilihat tidak selari dengan tuntutan nilai sebenar ajaran Islam.

Dengan semangat yang sama, ABIM amat berdukacita serta menolak sebarang sentimen serta prasangka berbau ras yang cuba dimainkan ke atas bangsa tertentu di negara ini. Amalan rasisme ini sekiranya tidak dihentikan akan membiakkan gejala ekstremisme yang sama sekali tidak akan menguntungkan bangsa Melayu dan umat Islam di negara bertuah ini.

ABIM berkeyakinan bahawa perjuangan membela bangsa dan agama memerlukan takrifan yang jelas dan segar. Perjuangan membela bangsa dan agama seharusnya disemai ke arah mengukuhkan prinsip yang dituntut oleh Islam seperti keadilan sosial, amanah, integriti dan perpaduan umat dan selari dengan tuntutan Maqasid Syariah.

Umat Melayu Islam seharusnya menampilkan wajah dan citra hakiki Islam sebagai agama rahmat sejagat (rahmatan li al-`alamin). Pengistilahan "islamic racism" adalah satu percubaan yang keji dalam usaha menghalalkan sifat perkauman atas justifikasi agama. Sepanjang sejarah, rantau Melayu telah melaksanakan amanah pencitraan ini dengan menampilkan wajah Islam yang ramah, santun dan peduli. Rekod sejarah toleransi yang unik rantau ini harus dilestarikan serta digembleng sebagai satu kekuatan pemersatu pelbagai ranah bangsa yang berbeza.

Justeru sebagai bangsa yang bermaruah, umat Islam harus mengangkat prinsip Kemuliaan Insan atau karomah insaniyah yang dijamin Allah SWT ke atas seluruh anak Adam tanpa mengira bangsa dan agama. Menerusi pemahaman keatas prinsip ini, kita akan dapat menghargai kewujudan bangsa lain di negara ini sebagai manusia yang turut mempunyai maruah dan kemuliaan diri.

Mohamad Raimi Abd Rahim, Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
:-

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berasa terpanggil untuk berkongsi keprihatinan yang mendalam terhadap kebimbangan yang dizahirkan oleh Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin berhubung gejala-gejala berbau perkauman yang semakin rancak dimainkan oleh segelintir umat Melayu terhadap bangsa Cina di negara ini. Beliau justeru menekankan peranan penting yang dimainkan oleh umat Melayu Islam ke arah suri teladan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

ABIM yakin bahawa MACMA sebagai sebuah persatuan yang memayungi bangsa Cina beragama Muslim dan bertanggungjawab menyampaikan kefahaman Islam yang tepat di kalangan bangsa Cina di Malaysia pastinya mempunyai asas yang kukuh untuk menolak penfasiran agama Islam yang cenderung bersifat perkauman ‘asabiyyah yang sempit serta dilihat tidak selari dengan tuntutan nilai sebenar ajaran Islam.

Dengan semangat yang sama, ABIM amat berdukacita serta menolak sebarang sentimen serta prasangka berbau ras yang cuba dimainkan ke atas bangsa tertentu di negara ini. Amalan rasisme ini sekiranya tidak dihentikan akan membiakkan gejala ekstremisme yang sama sekali tidak akan menguntungkan bangsa Melayu dan umat Islam di negara bertuah ini.

ABIM berkeyakinan bahawa perjuangan membela bangsa dan agama memerlukan takrifan yang jelas dan segar. Perjuangan membela bangsa dan agama seharusnya disemai ke arah mengukuhkan prinsip yang dituntut oleh Islam seperti keadilan sosial, amanah, integriti dan perpaduan umat dan selari dengan tuntutan Maqasid Syariah.

Umat Melayu Islam seharusnya menampilkan wajah dan citra hakiki Islam sebagai agama rahmat sejagat (rahmatan li al-`alamin). Pengistilahan "islamic racism" adalah satu percubaan yang keji dalam usaha menghalalkan sifat perkauman atas justifikasi agama. Sepanjang sejarah, rantau Melayu telah melaksanakan amanah pencitraan ini dengan menampilkan wajah Islam yang ramah, santun dan peduli. Rekod sejarah toleransi yang unik rantau ini harus dilestarikan serta digembleng sebagai satu kekuatan pemersatu pelbagai ranah bangsa yang berbeza.

Justeru sebagai bangsa yang bermaruah, umat Islam harus mengangkat prinsip Kemuliaan Insan atau karomah insaniyah yang dijamin Allah SWT ke atas seluruh anak Adam tanpa mengira bangsa dan agama. Menerusi pemahaman keatas prinsip ini, kita akan dapat menghargai kewujudan bangsa lain di negara ini sebagai manusia yang turut mempunyai maruah dan kemuliaan diri.

Mohamad Raimi Abd Rahim, Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa.



HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq.

Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti.

Dalam masa yang sama, HELWA ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meletakkan lafaz takliq bagi maksud menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai pertaruhan dalam politik.

Sewajarnya perkara berkaitan lafaz takliq perceraian ini tidak seharusnya menjadi pertaruhan dalam politik kerana ia melibatkan maruah isteri yang seolah-olah dipermainkan akibat kerakusan politik kuasa.

Tindakan ini sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan maruah wanita yang bergelar isteri serta memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga keseluruhannya apatah lagi jika lafaz tersebut disabitkan oleh Mahkamah Syariah sebagai sah dan jatuh talak.

Helwa ABIM juga menyeru agar semua pihak berhenti membuat kenyataan balas berkaitan hukum kesahihan lafaz tersebut bagi mengelakkan kemudharatan dan kekeliruan kefahaman masyarakat awam .

Pihak HELWA ABIM juga menawarkan sesi pencerahan isu hukum-hakam dan perundangan kepada orang awam yang mahukan penjelasan tentang isu ini dengan lebih lanjut dan bantuan guaman syariah untuk mewakili pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu tersebut ke Mahkamah Syariah.

Fadhlina Binti Dato' Siddiq Naib Presiden ABIM (HELWA)

Puisi 'BANGSAT' - Faisal Abdul Aziz





Puisi "BANGSAT"




Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah menyelongkar dengan dahsyat segala khazanah harta milik rakyat.




Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah merampas jiwa merdeka sebagai azimat dalam diri kami yang selama ini tersemat.




Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah memecahkan perpaduan masyarakat yang selama ini sepakat bermuafakat.




Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah melacurkan dasar pendidikan yang penuh keramat untuk mengangkat generasi kami supaya tinggi martabat.




Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah mengangkat pihak asing yang laknat sebagai penasihat hingga menggadai masa depan negara yang berdaulat.




Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah memeras apa saja barakat yang rakyat dapat dengan bermacam jerat hingga bangsa ini hidup merempat.




Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah menjatuhkan maruah umat yang bermartabat dan dipandang hormat untuk pastikan mereka taat tanpa syarat.




Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah mempermain hukum Tuhan yang bersumber wahyu dan riwayat hingga acap kali menjadi mangsa diperalat.




Hari ini demi membersihkan diri kami dari noda ‪#‎BANGSAT‬, maka seluruh rakyat telah sepakat mengangkat cita mulia BERSIH EMPAT.




Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz

Setiausaha Agung ABIM

29 Ogos 2015, Kuala Lumpur

Hapuskan 'kebangsatan' Bangsa dengan Dakwah. - ABIM



[Kenyataan Media ABIM]
Tarikh: 25 Ogos 2015

Hapuskan 'kebangsatan' Bangsa dengan Dakwah.

Dalam Surah Ali i'mran, Allah menyebut mengenai umat yang terbaik. Umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah. Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan. Memang benar kebangsatan dan kesialan satu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui oleh segenap kalangan.

Maka tidak hairan jika Sayyidina Umar al-Khattab r.a menganjurkan tunjuk perasaan berhampiran Ka'bah bagi memperihalkan bantahan mereka terhadap penafian hak beragama yang merupakan hak asasi manusia.

Kisah ini dipetik dan dijadikan hujah oleh Prof Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Tsaurah Sya'ab (Kebangkitan Rakyat).

Maka Maka dengan ini Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru umat Islam yang majoritinya Melayu menggunakan ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dengan turun menyertai Perhimpunan Aman Bersih 4 pada 29-30 Ogos ini.

Kita mesti menghentikan kebangsatan umat Islam khususnya bangsa Melayu dengan keberanian menyatakan kebenaran. Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

ABIM juga menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya.

Hentikan segera kebangsatan ini dengan dakwah. Cikgu Amidi bin Abdul Manan,
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia.
(ABIM)


Recent Posts Widget

.

.