Showing posts with label SAMM. Show all posts
Showing posts with label SAMM. Show all posts

Memorandum Berkenaan Tragedi Kren - SAMM



MEMORANDUM BERKENAAN TRAGEDI KREN

18 September 2015

Yang Di Hormati Salman bin Abdul-Aziz Al Saud


Pemerintah Arab Saudi

Dihantar melalui

Saudi Arabian Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia

4th Floor, Wisma Chinese Chamber of Commerce
No. 258, Jalan Ampang
P.O. Box 12002
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Mekah Berubah Menjadi Tanah Elitis

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan rakan sekutu gerakan muda di Malaysia ingin merakamkan rasa amat dukacita dengan insiden kren pembinaan jatuh di kawasan Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi. Takziah kepada semua waris-waris mangsa yang meninggal dunia. Moga "syahid" buat mereka di sana.

SAMM menghargai pengumuman pembayaran ganti rugi atau saguhati yang diumumkan oleh kerajaan Saudi baru-baru ini.

Ya, kami beriman dengan qada' dan qadar tetapi kita juga harus meneliti punca, mengakui masalah dan membaikinya.

SAMM melihat insiden ini berlaku berpunca daripada kecuaian keselamatan di tapak projek. Kerajaan Arab Saudi harus
bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemalangan yang dahsyat ini. Bagaimana kren pembinaan boleh runtuh ketika jutaan umat Islam dari serata dunia tertumpu untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini? Seharusnya Arab Saudi mempertingkatkan aspek keselamatan menjelang musim haji ini. Kontraktor kapitalis kaya yang meraih untung tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Malah mereka di dalam kerajaan yang membenarkan perkara ini berlaku harus dihukum supaya ia menjadi pengajaran besar buat semua.

Isu ini juga perlu dilihat sebagai kegagalan bukan sahaja Arab Saudi malah dunia Islam keseluruhannya dalam mempertahankan kesucian dan warisan sejarah Islam di Tanah Haram. Sedar atau tidak, mengakui atau tidak hakikatnya 85% warisan sejarah telah dimusnahkan atau berubah kononnya atas nama pembangunan.

Kaabah - kiblat umat Islam ketika solat, kelihatan sangat kecil, tersembunyi disebalik binaan hotel-hotel mewah. Monumen-monumen mewah bertambah banyak dan Mekah telah bertukar dari kota ibadah kepada pusat membeli belah. Mekah kini menjadi kota elitis.

Mekah turut terperangkap dengan perlumbaan menonjolkan kelas kehidupan manusia. Tidak lagi menonjolkan ajaran Islam bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan hanya iman dan taqwa.

SAMM juga amat kesal dengan sikap negara-negara Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan, khususnya Malaysia yang selama ini mengambil pendirian berdiam diri terhadap tindakan Saudi tersebut. Tanah Haram yang sepatutnya mengembalikan zuhud hakikat manusia kini telah menjadi medan mewah, malah tidak keterlaluan Kaabah menjadi semakin kerdil.

Rentetan itu, SAMM tanpa berselindung menyuarakan pandangan sudah tiba masanya untuk dunia Islam memikirkan secara serius agar Tanah Haram ini harus ditadbir oleh sebuah jawatankuasa bebas Islam Sedunia atau sebagai pemulaan kerajaan Saudi sendiri harus membuka ruang untuk dunia islam sama berperanan dalam menjaga kesucian tanah haram ini.

Ibadah Haji dan tanah haram telah menjadi sumber kekayaan tanpa henti digali kapitalis berkepentingan perlu dihentikan segera. Agama bukan bahan dagangan atau medan menunjuk kemegahan kemewahan dunia

Dihantar oleh
Megat Khairul Anuar

SAMM Rai Kewujudan Parti Amanah Negara

SAMM RAI KEWUJUDAN PARTI AMANAH NEGARA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengucapkan tahniah dan meraikan kelahiran sebuah lagi parti politik iaitu Parti Amanah Negara atau ringkasnya AMANAH. Parti ini terpaksa diwujudkan dengan menjenamakan semula sebuah parti yang tidak aktif iaitu Parti Pekerja. Walaupun begitu ia masih diiktiraf parti baru kerana pengambil aih parti lama dan menjenamakan semula ialah ekoran ketakutan regim penguasa untuk menerima dan meluluskan pendaftaran parti baru ini. Ini bukti awal regim tidak senang dan ini jelas sebagai tanda kelahiran parti ini sebagai kelahiran parti melawan regim penguasa.

Namun wujud beberapa pertikaian seperti logo parti ini kononya seakan sama dengan logo sebuah organisasi di India. Isu ini diperbesarkan khususnya oleh mereka yang dikenali dari sebuah parti diluar regim yang turut merasa terancam dengan kewujudan AMANAH.

SAMM melihat isu ini sebagai isu kecil, bukan sedikit logo kgususnya dalam bentuk grafik moden yang akan berbentuk seakan malah simbol penumbuk dalam lambang SAMM juga sama dengan banyak organisasi dalam dunia. Jika hendak membawa pertikaian logo sebagai pertikaian besar maka sebuah parti yang dominan seperti PAS juga boleh dikatakan punya logo yang sama dengan bendera Jepun atau Bangladesh adakah kita hendak menyebut PAS meniru bendera negara tersebut ?

Juga jika diselusuri laman sosial beberapa pemuka dikenali sebagai parti yang rasa terancam dengan kewujudan AMANAH, amat rasa hairan bila tiba - tiba menggunakan hujah Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskan AMANAH maka ia tidak sah digunakan. Ini sangat menyedihkan, biarlah kita bersaing tetapi adakah kita bersetuju dengan kekangan regim menggunakan kuasa mengekang hak berorganisasi melalui ROS ?

Amat sedih apabila ramai memerangkap diri membincangkan kewujudan parti AMANAH ini dengan hanya persoalan kecil seperti itu sahaja.

SAMM mengajak semua berbincang perkara lebih 'real'.

SAMM berharap kehadiran AMANAH ditengah kekecewaan rakyat dan kepayan rakyat ini mampu memberi harapan besar. SAMM berharap AMANAH boleh lari dari imej dimana persepsinya ia ialah hanya parti pecahan dari PAS dan terhasil dari kekalahan sekumpulan pemimpin dalam pemilihan parti.

SAMM juga menanti polisi ekonomi yang diambil oleh AMANAH. Adakah ia bersifat porpulis juga seperti sebelum ini ? Contohnya bila harga minyak dunia turun kita sama menyokong mansuhkan sistem harga kawalan bersubsidi dan kemudian bila harga minyak naik kita meminta mengembalikan subsidi.

SAMM juga mendesak segera diselesaikan isu pengagihan kerusi. Seharusnya pada pilihanraya depan ini semua kerusi wajib hanya ditandingi satu lawan satu. SAMM amat gusar jika tidak mampu diselesaikan maka Barisan Nasional akan menang semua kerusi Melayu apabila semua kerusi majoriti Melayu ditandingi 3 penjuru maka Umno akan menang. Hasilnya nanti akan terbentuk keadaan dimana pembangkang ialah mereka yang menang di kerusi bukan majoriti Melayu dan Kerajaan ialah mereka yang menang di kerusi majoriti Melayu. Keadaan ini amat mudah dipercik untuk membakar sentimen perkauman.

Kecuali gabungan AMANAH dan parti pembangkang lain berjaya membawa sentimen sesiapa tidak bersama gabungan yang bakal terbentuk nanti ialah sebahagian dari agenda regim untuk menggagalkan perubahan, namun sejauh mana idea ini mampu ditanam diminda pengundi.

Amanah harus segera menampilkan muka selain dari bekas PAS, AMANAH kena segera mempersiapkan sistem pengkaderanya sendiri. Masa amat mencemburui tetapi yakinlah AMANAH ini punya peranan tersendiri dan diperlukan dalam arus perubahan.

Selamat datang dan ingatlah anda memerlukan rakyat. Hadirlah dengan politik berinsip jelas bukan porpulis yang mempergunakan keadaan semata. SAMM sedia bekerjasama.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

SAMM Seru Hartal Esok



Kenyataan Umum
15 September 2015

SAMM Seru Hartal Esok


Secara asasnya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong sebarang bentuk perhimpunan yang ingin dilakukan oleh rakyat Negara ini sebagai satu proses menjalankan hak demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, dalam masa yang sama juga SAMM menolak sebarang bentuk perlakuan yang bertujuan untuk mencetuskan provokasi atau ketegangan antara etnik sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Perhimpunan “Baju Merah” yang dijadualkan akan diadakan pada 16 September 2015 ini kelihatan seperti tidak mempunyai tujuan atau maksud sebenar yang khusus. Sebaliknya telah bertukar berkali-kali cuma yang jelas terpancar adalah perhimpunan tersebut membawa slogan ke arah mencetuskan provokasi dan ketegangan antara etnik semata-mata.

68 tahun yang lepas, pada tarikh 20 Oktober 1947, rakyat Malaya telah menggunakan kekuatan demokrasi dan kesepaduan untuk melancarkan Hartal atau mogok umum yang melibatkan pemboikotan bekerja dan melakukan urusan harian sepenuhnya. Hartal juga adalah salah satu bentuk “civil disobedient” yang dilakukan untuk menuntut sesuatu perkara ataupun membantah satu perkara.

Oleh kerana itu, SAMM sememangnya menyambut baik hasrat komuniti peniaga Cina di Jalan Petaling dan Bukit Bintang untuk tidak beroperasi pada hari esok. SAMM juga menyeru semua peniaga dan orang awam yang tidak menyokong perhimpunan ini untuk mengadakan hartal di seluruh Kuala Lumpur esok bagi mengelakkan berlakunya insiden tidak diingini yang mungkin boleh menggugat keharmonian hidup bermasyarakat ini.

Dalam menghadapi krisis politik dan ekonomi hari ini, sudah pastilah kad pergeseran etnik dan agama menjadi pilihan rejim-rejim tirani untuk mengekalkan kuasa mereka. Rakyat harus bijak dan tidak terperangkap dengan permainan provokasi perkauman ini. SAMM juga menyeru agar ulangtahun ke 52 penubuhan Persekutuan Malaysia ini disambut dengan menghidupkan kembali Semangat Hartal agar perjuangan untuk menuntut demokrasi sejati dan menghentikan anasir perkauman di tanahair ini akan berjaya suatu hari nanti.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pertembungan Mahathir - Najib ini begitu menarik sekali jika diteliti dari menyerlahkan sikap masing - masing - che'GuBard



Catatan Umum

10 September 2015

1. Pertembungan Mahathir - Najib ini begitu menarik sekali jika diteliti dari menyerlahkan sikap masing - masing dalam negara ini khususnya orang politik. Sama ada berpegang terus dengan prinsip atau sekadar bercakap berdasarkan kepentingan dan keadaan demi porpulariti.

2. Pertama sekali ditegaskan sekali lagi SAMM menyifatkan pertembungan ini sebagai pertembungan taikun lama yang diwakili kepentinganya oleh Mahathir dengan taikun baru yang cuba menggantikan peranan taikun lama yang diwakili kepentingannya oleh Najib.Rakyat telah bercakap lama isu rasuah dan salahguna kuasa namun kini Mahathir baru angkat kerana Isu rasuah, salahguna kuasa hanya menjadi penyendal dalam pertembungan ini.

3. Cuma menariknya ialah apabila memerhati gelagat beberapa ahli politik pembangkang termasuk pimpinan utama. Contohnya ketika muncul isu Pegawai SPRM ditukar, maka berbondong sokongan termasuk pimpinan utama pembangkang hadir ke SPRM menyatakan sokongan kepada SPRM. Sudah lupakah mereka bahawa
SPRM yang samalah yang membunuh Teo Beng Hock yang mereka jaja isunya sehingga membawa kepada bukan sekadar undi tetapi undi dan derma yang banyak
SPRM yang samalah yang dibongkarkan terlibat dalam cubaan menjatuhkan kerajaan PR Selangor
SPRM yang samalah yang membunuh Sarbani
SPRM yang samalah menutup perbagai laporan rasuah pemimpin regim penguasa
dan perbagai perkara lagi yang hingga kini tak pernah selesai kerana kepincangan sengaja pimpinan utama SPRM itu dan SPRM itu sendiri tidak bebas. SAMM sendiri telah mengistiharkan SPRM itu mati ketika hari SPRM itu dilahirkan (klik sini ) kerana SPRM itu lebih teruk dari BPR sebelum itu kerana bukan sahaja tidak bebas tetapi memakan peruntukan dana rakyat yang sangat banyak.

4. Yakinlah apa yang berlaku kali ini dalam SPRM ini hanya kerana pimpinan utama SPRM itu mengambil sikap berpihak dalam pertembungan Mahathir - Najib semata. Ramai pegawai SPRM yang jujur dan bersungguh tetapi pimpinan utama SPRM yang dilantik dengan cadangan Perdana Menteri itu sendiri terkongkong dan mudah diperalat. Mana mungkin SPRM yang duduk bawah JPM itu bebas.

5. Menjadi persoalan adakah pemimpin utama pembangkang termauk dalam kategori 'mudah lupa' yang dikatakan Mahathir, hadir dan menyokong (pimpinan utama) SPRM yang mengkhianati rakyat selama ini ? Anda telah mengherokan SPRM dan itu signal pemimpin pembangkang kepada rakyat. Katalah selepas ini isu pertembungan ini sejuk dan 'selesai' , dan SPRM yang tidak bebas itu diperalat sekali lagi mensabotaj kerajaan negeri bawah bukan Bn..... apa nak kita katakan jika rakyat percaya kerana kita juga yang latih rakyat supaya herokan watak pimpinan SPRM ini yang kononya berjuang.

6. Sepatutnya ketika SPRM ditekan tempoh hari, pembangkang muncul dengan ketegasan untuk SPRM sepatutnya bebas, diletakkan terus dibawah Parlimen, lantikan dan peruntukan harus terus dari Parlimen ke SPRM, SPRM harus ada kuasa mendakwa mutlak dan seumpamanya. Bawa cadangan ini dan himpin pimpinan utama SPRM 'endorse' maka ia lebih berprinsip dan mempromosikan tuntutan perubahan untuk rakyat lebih jelas. tetapi malangnya pembangkang lebih mengutamakan politik porpulis dan terlepas detik penting tersebut. lebih malang lagi selepas menyatakan sokongan kepada pimpinan utama SPRM sehingga pegawai yang ditukar mendapat kerusinya semula di SPRM, semua kelihatan senyap malah pemimpin pembangkang juga senyap dan terlupa.

7. Kali ini muncul watak terbaru dalam siri pertembungan Mahathir - Najib iaitu Timbalan Pengarah Cawangan Khas yang ditukar. Dia tidak selesa dengan pertukaran tersebut. Jujurnya dari segi kekananan dia layak menjadi Pengarah Cawangan Khas pun. Mungkin kecewa kerana jawatan Pengarah bertukar tangan dengan dia hanya melihat kekal di kerusi Timbalan maka dia telah mengambil sikap bersama kem Mahathir. Saya yakin ini puncanya ditukar. Selepas ditukar dia bising dan tiba - tiba semua salah baginya. Tiba - tiba dia menyatakan Pegawai Polis terbeban kerana mengiringi Rosmah Mansur dan Rosmah ada di rumah dimana satu pertemuan penting libatkan Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa watak lagi. Jika difikirkan polis mengiring isteri PM bukan sekarang ia sudah lama tetapi kenapa selepas terpelanting baru bising dan ia mengundang senyum kerana memanglah Rosmah ada di rumah tempat mesyuarat tersebut kerana mesyuarat tersebut di kediaman Najib dan Rosmah. Adakah jika suami membuat diskusi di rumah Isteri perlu keluar dari rumah untuk menunjukkan dia tidak campur urusan.

8. Jangan keliru saya tidak membela Rosmah dan Najib tetapi penentangan saya terhadap Rosmah dan Najib lama bermula semenjak sebelum Najib menjadi PM lagi, tetapi jika dilayan isu dimunculkan bekas timbalan pengarah cawangan khas ini maka rakyat akan diperbodohkan. Dia melawan hanya kerana kepentingan dia terjejas.

9. Paling lucu ialah ialah apabila Bekas Timbalan Cawangan Khas ini bercakap soal kononya Cawangan Khas menjadi alat politik. Adakah dia tidak tahu, itulah yang ramai termasuk SAMM perjuangkan selama ini iaitu sebahagian besar buget PDRM diperuntukkan kepada Cawangan Khas dan ia adalah pembaziran kerana Cawangan Khas hanya membuat kerja politik. Adakah dia lupa kerja cawangan khas memantau program - program politik dan pergerakan pemimpin politik khususnya pembangkang dan mempersiapkan laporan untuk 'pihak atasan' ? Bukankah Cawangan Khas terlibat kerja sabotaj politik dan lain lain selama ini. Sememangnya Cawangan Khas itu Cawangan 'menjaga politik regim', malah lantikan dia sendiri melalui endorsement politik. Dalam hal dia ini saya berdoa janganlah ada pemimpin pembangkang muncul membela dan mengherokan dia. Jika tidak maka pasti akhirnya kita akan jadi lelucon sejarah.

10. Cuma media progresif dan pro pembangkang memberi ruang seolah dia ini hero, ingatlah jangan lupa kalau pertembungan Mahathir - Najib ini selesai dan kemenangan dipihak kem Mahathir dia akan menjadi Pengarah Cawangan Khas maka dalam sistem 'korup' yang sama dia akan melakukan seribu satu kerja menindas pembangkang. Ketika itu rakyat lupa dia ialah Cawangan Khas alat politik regim kerana rakyat terakam betapa heronya dia berani melawan Najib.

11. Sepatutnya ketika ini pemimpin pembangkang muncul mendesak perubahan dan reformasi dalam sistem polis. Contohnya desak kalau benar dia ni telah taubat dan pro rakyat minta dia 'endorse' dan sokong IPMC. Rombak sistem lantikan jawatan dalam PDRM khususnya pimpinan atasanya perlu berasaskan sistem lebih bebas dari campur tangan politik supaya institusi PDRM itu sendiri akan bebas dan bertanggungjawab kepada rakyat.

12. Inilah antara intipati kempen ‪#‎sudahlahMahathir‬ iaitu menukar individu tidak menyelesaikan masalah tetapi perubahan perlu dengan menukar sistem yang gagal hari ini. Namun bila SAMM menggerakankan kempen #sudahlahMahathir dengan menerangkan kepada rakyat mengenai perubahan sistem, rakyat mula menerima tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang yang menuduh kami sokong Najib. Kami cuma senyum mengenangkan senteng sangat pemikiran mereka ini. Mahathirlah punca kecelaruan sistem dalam negara dia watak utama merosakkan semua sistem demi kelansungan politiknya.

13. Isu SPRM dan PDRM ini disebut dengan jelas dalam ‪#‎blueprint‬ Jalur Negara Perubahan (1) yang bakal diterbitkan oleh SAMM. Buku ini hasil bengkel berikutan usul Rapat SAMM baru baru ini yang perlunya menggariskan dengan jelas apa dia negara perubahan jika tidak rakyat akan terkeliru perubahan dengan hanya menukar individu mahupun parti pemerintah sahaja.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Analysis by Prof. Dan Slatter: we are moving on the right path - SAMM



Open Statement

Analysis by Prof. Dan Slatter: we are moving on the right path

Solidarity Anak Muda Malaysia (SAMM) welcomed the paper written by Dan Slatter, Professor of Political Science from the University Of Chicago titled “Malaysia's Mess is Mahathir made” publish the East Asia Forum.http://www.eastasiaforum.org/2015/07/29/malaysias-mess-is-mahathir-made/


Since the beginning of the campaign # SudahlahMahathir, SAMM have expressed the delirium governance today is the result of particularly dirty hands Mahathir and UMNO / BN in general. Analysis by Professor Dan Slatter ultimately indirectly vindicated this.

Mahathir is the character that has brought corruption and politic-economic patronage which so far has corrupted the system in the country. SAMM is also consistent with the position that Najib must answer to all questions cheating governance today, but the general public should be aware that the practice of money politics and political patronage starts since May 1946 (When UMNO was formed). The condition worsens after 22 years Mahathir took office.

Therefore, SAMM have never agreed with the idea of “overthrow” Najib and to be replaced by another political leader from UMNO / BN. SAMM assert a claim to set up a Provisional Government or Caretaker Government covering all political parties to resolve the ongoing crisis and prepare Malaysia to face general elections in clean, fair and transparent within a maximum period of 18 months.

SAMM is also very upset because a political science professor from foreign universities could thoroughly understand the political situation of the country, but many opposition political incumbents trapped in narrow Mahathir's game. Be assured that he will never allow this country ruled apart UMNO / BN. It is impossible to imagine we will joining Mahathir to save the country.

What he is doing is merely for his own interests, his family and proxies that have looted the country's revenue.

Solidariti Anak Muda Malaysia

Kecewa fitnah AntaraPos - SAMM



Kenyataan Media
30 Ogos 2015

(Kecewa fitnah AntaraPos)


Merujuk kepada laporan berita (http://antarapos.com/bm/index.php…) bertarikh 28-08-2015 12:08 ditulis oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar yang jelas ia merupakan satu fitnah.

Dalam berita tersebut Antara Pos tersebut dengan sengaja menfitnah cheGuBard dengan mengatakan kononya cheGuBard dalam satu forum menyebut DAP mahu menjatuhkan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor apabila membangkitkan isu Darul Ehsan INVESTMENT Group (DEIG) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Setelah meneliti berkali kali rakaman video forum tersebut dengan jelas laporan AntaraPos ini fitnah jahat.

Dalam forum tersebut, pihak yang mendakwa DAP menggunakan isu DEIG untuk menjatuhkan Azmin Ali adalah dari pengerusi forum dan juga respon seorang lagi panel lain, mungkin dengan tujuan bagi memberi persepsi buruk menunjukkan bagaimana jahatnya DAP mencaturkan politik menjatuhkan individu. Namun cheGuBard menjelaskan isu DEIG ini bermula 'panas' dengan dibangkitkan oleh YB TS KHALID IBRAHIM (adun bebas) bukan DAP yang bangkitkan.

Hanya kemudian selepas Khalid bangkitkan baru ia mendapat respon wakil DAP, malah ditegaskan bukan sahaja wakil DAP tetapi wakil PAS dan wakil Umno dalam dewan juga turut respon. Jadi cheGuBard dengan jelas menegaskan tidak perlu ada pihak yang cuba 'spin' isu ini sebagai isu perkauman bagi memburukkan DAP.

Ketika memberikan komen berkenaan isu ini dalam forum tersebut dengan jelas cheGuBard menyatakan yang seharusnya malu dalam perkembangan ini ialah pembangkang utama di Selangor iaitu wakil - wakil umno kerana sepatutnya ia dibangkitkan oleh wakil Umno tetapi Umno yang sangat lemah sebagai pembangkang sehingga tidak mampu melantik ketua pembangkang terpaksa menanti Adun bebas Khalid untuk membangkitkan perkara itu barulah kemudian disambut oleh Umno.

SAMM dengan tegas menggesa AntaraPos membetulkan laporan ini yang jelas berniat jahat dan seolah cuba memburukkan cheGuBard dan menjejaskan hubungan SAMM dengan DAP.

SAMM juga memohon ADUN Bukit Gasing (DAP) sebelum memberikan komen kepada media seharusnya beliau memastikan dahulu kedudukan sebenar. Kami yakin YB Rajiv Rishyakaran sendiri tidak menonton rakaman forum tersebut sebaliknya hanya memberikan komen terus tanpa ketahui kebenaran apabila dihubungi wartawan antarapos.

Kami tidak menolak untuk mengambil tindakan lanjutan jika pembetulan dan permohonan maaf tidak diperolehi secara terbuka dalam masa terdekat.

sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Semua Pihak Perlu Bertenang Dan Terbuka Meraikan Perbezaan Pandangan - CheGu Bard SAMM



SAMM rai BERSIH 4 dan minta semua bertenang termasuk pasukan keselamatan

Kenyataan Umum
26 Ogos 2015


Semua Pihak Perlu Bertenang Dan Terbuka Meraikan Perbezaan Pandangan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menasihatkan Najib dan Polis DiRaja Malaysia agar tidak mengambil sebarang tindakan keterlaluan dalam menghadapi perhimpunan Bersih 4 nanti.

Bersih telah berulang kali menyatakan bahawa perhimpunan hujung minggu nanti adalah satu perhimpunan tunjuk rasa secara aman. Perhimpunan tersebut juga akan menjadi medan ujian bagi Najib sama ada Najib akan menuju bentuk pemerintahan tirani seperti Mahathir semasa zaman Reformasi 1998 dahulu.

SAMM dengan ini meminta semua pihak agar bertenang kerana Kerajaan tidak akan terguling hanya dengan demonstrasi 48 jam. Perhimpunan Bersih hanyalah sekadar ruang untuk rakyat melaksanakan hak yang dijamin Perlembagaan dan menyuarakan pendapat bagi mendesak penambahbaikan sistem pentadbiran negara khususnya penambahbaikan Pilihanraya.

SAMM menghargai usaha Bersih mengubah dan menggugurkan tuntutan menjatuhkan individu semata-mata kerana kita perlu ingat perubahan sistem bernegara itu adalah lebih penting dan utama. Tiada gunanya pemimpin tertinggi negara silih berganti tetapi sistem yang bejat ini tidak dipulihkan.

SAMM mendokong penuh tuntutan Bersih ke arah Pilihanraya Umum yang bebas dan adil dimana SAMM merupakan sebahagian tenaga yang mengasaskan Bersih sejak dari zaman Syed Syahir menjadi pengerusinya. Malah tidak keterlaluan, strategi demo Bersih 1 yang diwarisi hingga kini merupakan idea asal SAMM bersama sekutu ketika itu.

Dalam perkembangan yang sama, SAMM tidak pernah sesekali membuat sebarang ketetapan menghalang mana-mana komrad SAMM untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 nanti. Komrad SAMM bebas untuk turut serta. SAMM tetap kekal komited untuk meraikan pandangan dan pelbagai aksi unjuk rasa bagi menyelamatkan tanahair ini daripada terus terbeban dengan kerosakan sistem yang serius.

SAMM juga menyelar tindakan-tindakan kumpulan anti-Bersih 4 termasuklah aksi separa matang kumpulan baju Merah di depan Sogo. Walaupun berbeda pandangan politik tetapi tidak sepatutnya ia dizahirkan dengan tindakan mengugut dan cuba menimbulkan kekacauan terhadap sebuah perhimpunan aman yang lain. Jika kumpulan ini mahu membuat perhimpunan untuk tujuan menyokong Perdana Menteri, buatlah di lokasi lain atau di masa yang lain kerana Bersih telah umum lebih awal.

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Recent Posts Widget

.

.